Sabtu, 9 Julai 2011

KEBEBASAN BERSUARA ADA BATASANYA~
SEMERAHCILI!
Segala Percakapn Adakah Selari Dengan Setiap Tindak-tanduknya? Anda Nilai Sendiri....

Pemikir Islam??? Adakah semua ilmu dan amal terpaksa dikorbankan hanya untuk memenuhi tuntukan politik sehingga terpaksa mengikut segala kehendak individu yang songsang???

Benar2 Ikhlas Memperjuangkan BERSIH atau ada Agenda Lain??? Gunakan Orang2 Melayu atau Cuba Pergadaikan AGAMA ISLAM???


Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65)
 Lidah adalah merupakan nikmat yang paling besar yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita utk kegunaan harian seperti berkata-kata, merasa kelazatan makanan dan sebagainya. Namun kegunaan yangpaling banyak sekali adalah untuk berkata-kata. Dalam menggunakan kata-kata, kita bukan semata-mata diberi kebebasan mengikut hawa nafsu untuk bersuara, sebaliknya Islam meletakkan sempadan dan batasannya untuk berkata-kata. Pepatah Melayu ada berkata ‘Silap Kata Badan Binasa’.

Di antara larangan Islam dalam menggunakan kata-kata atau lidah adalah:
1.     Larangan Mengumpat
‘Celakalah bagi pengumpat lagi pencela (Surah Al-Humazah, Ayat 1) ’

2.     Larangan Berdusta
‘Dan apabila kamu melihat kpd mereka, kamu akan kagum dengan batang tubuh mereka (termasuk pemakaian dan perwatakan mereka) dan sekiranya mereka bercakap (atau berpidato) kamu akan terpesona atau terpengaruh dengan kata-kata mereka’ (Surah Al-Munafiqun, Ayat 4)

~ Adakah ini yang telah berlaku kepada masyarakat MELAYU ketika ini yg terlalu mempercayai seseorang pemimpin sehingga terpedaya dengan setiap omongan kosong, janji-janji manis, kata-kata dusta yang diucapkan oleh pemimpin mereka yg disanjung. Bermati-matian mempertahankan seseorang indivu tanpa menyiasat kebenaran terlebih dahulu. Renung-renungkanlah wahai BANGSAku…

3.     Larangan Berdebat Sesama Islam
~Ramai orang suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. Kadang-kala timbul situasi menyerang, menentang dan saling mencela antara mereka. Situasi ini berlaku sangat sengit ketika ini. Apabila PERHIMPUNAN HARAM BERSIH yang tetap dianjurkan meskipun mendapat tentangan hebat dr kebanyakkan orang awam. Pastinya sepanjang penganjuran berkenaan, perdebatan berlaku di mana-mana…saling tuduh menuduh antara pihak penganjur dan juga pihak sebaliknya dalam menegakkan siapa yang betul?, Islam tidak membenarkan kita berdebat walaupun kebenaran memang di pihak kita! Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun ia benar (Riwayat Abu Daud)’


~ Mengapa Individu yang beragama Islam, hebat dan mempunyai pemikiran Islamic seperti Datuk Seri Haji Abdul Hadi, Haji Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa pemikir Islam yang lain menolak bulat2 riwayat dan saranan Rasullulah ini? Adakah mereka ini terlalu taksub dengan kekuasaan, terlalu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada meskipun menggunakan cara kotor seperti ini??? Seperti biasa tepuk Iman Tanya diri anda, adakah ini yang anda mahu ikot???.

4.     Larangan Menghasut dan Mengadu Domba (Batu Api)

~Perbuatan ini amat besar implikasinya kepada masyarakat sehingga boleh menyebabkan PERPECAHAN dan SALING BENCI-MEMBENCI di antara satu sama lain. Oleh itu, Semerahcili!, sarankan jauhilah diri drpd mereka yang berperangai seperti ini. Ancaman bagi si pengadu domba atau penghasut telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya:

‘Tidak masuk syurga bagi orang yang mengadu domba (Hadis Riwayat Al-Bukhari)’

5.     Larangan Membangga Diri (Takabbur)

~Ramai juga yg membangga diri bertujuan utk meninggikan DARJAT DIRI tetapi dgn cara menghina orang lain. Bercakap dgn tidak menghiraukan perasaan orang lain sehingga mengoreskan hati orang lain yang mendengarnya.

~Sifat sombong dan bongkak ini mendorong mereka memperkecil-kecilkan orang lain seperti menggunakan agaman untuk kepentingan diri..menutup segala kejahatan menggunakan jubbah dan kopiah..menggunakan firman-firman Allah agar dipandang mulia meskipun niat tidak selari dengan tindakan….Lagi teruk kebolehan diri yang di anugerahkan Allah di gunakan untuk kepentingan politik semata-mata! Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang tersemat di dalam hatinya sifat takabbur walau sekecil zarah sekali pun, ia tidak akan masuk syurga (Riwayat Muslim)

nOTa Semerahcili!:

Justeru  itu jagalah segala percakapan kita, jangan kerana sepatah percakapan kita ianya menghancurkan segala kehidupan kita dan menghumkan kita ke dalam neraka. Walahu’lam…………………










Jumaat, 8 Julai 2011

Ambiga Sreenevasan : Betul Ke Punya NIAT "BERSIH"

Adakah Betul Niat Ambiga Benar2 BERSIH dalam Memperjuangkan Keadilan di dalam negara ini???

Adakah dengan berhimpunya semua orang-orang Melayu di perhimpunan Haram ini akan mengubah keadaan BANGSA MELAYU yang kian mundur ketika ini??? Tanya Diri Anda....

Disebalik niat BERSIH : Ambiga Sreenevasan
Siapa Ambiga Sreenevasan??? Mesti ada yang tidak kenal dgn wanita ini dan ada yang memandang beliau sebagai yang sangat hebat, berani menyuarakan pendapat, berani menentang kerajaan dgn pelbagai cara dan sebagainya. Mari kita sama-sama selidik dan siasat apakah wanita ini begitu berani atau hanya berjuang untuk kepentingan diri, dan sebagainya.
  1.  Agama Hindu
  2. Bekas Presiden Majlis Peguam
  3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
  4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
  5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
  6. Penyokong Tegar Kes Murtad
  7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
  8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak
Sekarang anda boleh lihat siapakah Ambiga sebenarnya, kepada orang-orang melayu+islam pastinya tahu bahaya yang bakal di bawa oleh wanita ini sekiranya dibiarkan beliau untuk terus memperjuangkan niat ‘BERSIH’ seperti yang beliau dakwa selama ini.
Sebagai Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Ambiga telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan tersebut adalah seperti: -
14 Tuntutan  Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
  1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
  2. Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
Dalam soal hukum hakam yang telah di ALLAH s.w.t tetapkan dalam Al-Quran, setiap peraturan yang telah di maktubkan di dalam perlembagaan juga  berani Ambiga persoalkan, apatah lagi perkara lain yang membabitkan hak-hak bangsa MELAYU selepas ini. Orang-orang Melayu mudah lupa dan cepat sangat terpedaya dengan setiap tindak tanduk manusia ini.
Allah berfirman tentang buruknya perlakuan kaum yahudi ini iaitu:
(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu mengikat, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi (al-Baqarah: 27)”…
Orang-orang Islam masih ada waktu untuk berfikir dengan waras…setiap kata-kata Allah itu adalah kebenaran. Berubah selagi ada waktu…Jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan akhirnya rosak dan musnah BANGSA, NEGARA, dan yang paling penting AGAMA ISLAM yang disayangi kita semua…..walahhua’lam…..
  




Selasa, 5 Julai 2011

Pisau, Parang Dan 15 Mercun Bola=BERSIH


  BERSIH ker??? Tepuk Dada Tanya Selera!

Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini, Betulker apa yang Semerahcili! baca ini..Ini ker namanya BERSIH?

BERSIH apa namanya if sampai bawak parang, pisau, bahan letupan lagi..ayooo..ayooo..ayooo...nie sudah lain neh!..niat yang tak bersih neh!....kepada pengikut2 bersih nie kena ingat 'jaga-jaga ada yang meghatiiiii!!!' hahaha....

Pengikut BERSIH neh if kalo da gian sgt nak berhimpun baek dengar jeq nasihat kerajaan, pergi berkumpul di stadium jeq....yang mana da beli tiket tur ke k.l, tak lah kempunan nak buat rally betui tidak?

BERSIH..BERSIH...BERSIH....rasa nak makan jagungla plak......EH! semerahcili! tak sokong erk..just nak makan jagung jer....


Jom Makan Jagung!sedap weh!!

Mengapa Perlu Rampas Pasport Anwar???

Kerajaan Disaran Merampas pasport DSAI drpd pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia


NIBONG TEBAL 3 Julai - Kerajaan disaran merampas pasport Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Saranan itu disuarakan oleh saksi utama kes liwat ketua pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali yang mahu pergerakan Anwar disekat agar suara kecaman dan penghinaan terhadap negara tidak lagi didengar oleh masyarakat antarabangsa.

Ummi Hafilda turut mengulangi permintaan supaya Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menarik balik gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan dahulu.

Katanya, Anwar tidak layak dipanggil Datuk Seri kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan, selain terbabit dalam pelbagai isu moral yang tidak selari dengan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.

"Saya minta gelaran Datuk Seri beliau ditarik balik kerana saya tahu macam mana perancangan Anwar jika dia dapat merampas kerajaan, malah abang saya, Azmin (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) juga bersekongkol dengannya untuk menghapuskan sistem beraja.

"Saya juga rela kehilangan seorang abang yang menjadi darah daging saya daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sekiranya terus membiarkan Anwar berkuasa," katanya ketika berceramah pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai Acheh malam tadi.

Program yang diadakan sempena Juara Rakyat UMNO Bahagian Nibong Tebal itu turut dihadiri Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Tambah Ummi Hafilda, pemimpin UMNO tidak perlu takut kepada Anwar kerana beliau ialah pemimpin yang kotor dengan rasuah serta salah laku seksual.

Beliau mendakwa mengetahui semua perilaku buruk Anwar menyebabkan pemimpin pembangkang itu tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Jadi orang Pulau Pinang kena yakin yang Anwar, Azmin dan Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) akan ditalkinkan pada tahun ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Pulau Pinang akan kembali dirampas UMNO dan Barisan Nasional, jadi tak perlu gentar dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang hanya bersandiwara dengan imejnya serta menjadi pelakon terhebat dunia," katanya.-Utusan

Semerahcili!, Saranan ini perlu diambil dan diteliti dgn lebih dalam lg, ini kerana sekiranya besar DSAI membuat perkara berkenaan ia akan menjejaskan kredibiliti Negara yg kita sayangi di mata dunia...ia akan menimbulkan kesan yang buruk jika ia berterusan...oleh demikian, pihak yg bertanggungjawab perlu serius menetliti dan mencari kebenaran..jika terbukti benar, tindakan yg tegas perlu diambil!

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Kepada BERSIH

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

Semerahcili!, adakah titah ini dipandang 'enteng' oleh pihak berkenaan??? semerahcili! merasakan semua ini sia-sia kerana mereka akan terus mengadakan perhimpunan haram berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka akan menunjukkan kepada umum 'keras kepala' mereka..kita tunggu apa yang akan dikenakan kepada mereka selepas ini.....

Sabtu, 2 Julai 2011

BERSIH=KOMUNIS??? BIAQ BETOI???

AHLI Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) mengedarkan risalah Anti-BERSIH 2.0 kepada orang ramai di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam. - Berita Harian

Semerahcili!, Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpuanan haram anjuran BERSIH dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di seksyen 4.
Apa neh??? dikaitakan dengan komunis plak??? apa nak jadi dengan BERSIH neh kater bersih sgt, tp mengapa bertualangkan Komunis???
Rakyat akan paham setiap tindakan yang dibuat..jgn riso, rakyat mahukan keamanan dan keharmonian bkn huru hara yang dibuat untuk memuaskan hati individu ataupun sesebuah parti.
Rakyat sudah pandai menilai mana yang baik, mana yang buruk....

Padah Kemaruk Mahu Jadi Jutawan!!!

Apabila Manusia Terlalu Kemaruk Mahu Jadi Jutawan Sampai Mudah Tertipu Dan Akhirnya Menyusahkan Diri Sendiri.












6 Terjerat Penipuan Melalui SMS rugi lebih RM105,000

Semerahcili!. hanya kerana kemaruk untuk menjadi jutawan segera, enam individu terjerat dengan janji2 manis ditawarkan satu sindiket penipuan melalui SMS hingga kerugian lebih RM105,000 baru-baru ini.

Bukti Rakyat Didahulukan!!!





854 penduduk dapat geran komunal

TENOM: Selepas 60 tahun mencurahkan keringat di tanah diterokai nenek moyang mereka, 854 penduduk tiga kampung di sini semalam akhirnya diberikan hak ke atas tanah itu melalui geran komunal yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penduduk Kampung Pangulobon I, Pangulobon II dan Kabintaluan kini mampu mengukir senyuman apabila masing-masing dipilih sebagai peserta program pembangunan tanah itu melalui pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Seramai 113 penduduk Kampung Pangulobon I diberikan hak pemilikan secara bekelompok ke atas tanah seluas 720 hektar, 41 penduduk di Kampung Pangulobon II (200 hektar) dan 700 penduduk Kampung Kabintaluan (2,640 hektar).

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangulobon I, Larau Abau; Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Pangulobon II, Ampang Ahil dan Wakil Ketua Anak Negeri Kampung Kabintaluan, Antarik Bali menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan SLDB yang diwakili Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin dan Pengurus Besarnya, Juvairi Majid.

Melalui MoU itu, setiap peserta akan menikmati pendapatan RM1,100 sebulan selepas kelapa sawit yang dimajukan SLDB mengeluarkan hasil dalam tempoh lima tahun.

Mereka menerima geran itu daripada Najib pada program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Padang Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30 kilometer (km) dari sini.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, masa depan dan kehidupan penduduk terbabit kini lebih terjamin melalui geran tanah komunal.

“Yang pasti setiap isi rumah terbabit akan melepasi tahap kemiskinan selama-lamanya dan inilah yang saya katakan tranformasi luar bandar boleh membawa perubahan bermakna kepada masa depan masyarakat luar bandar,” katanya turut mengumumkan peruntukan RM30 juga kerajaan Pusat untuk tujuan menyukat tanah bagi proses pengagihan geran komunal itu.

Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM2.8 juta untuk menaikkan taraf jalan kampung bagi daerah Kemabong, selain RM3 juta lagi untuk pembinaan rumah panjang bagi menempatkan hasil kraftangan khusus untuk suku kaum Murut di sini

Khamis, 30 Jun 2011

Rebutlah Peluang Ini Wahai Kaum Belia!!!

Semerahcili!, kaum belia di negara ini bukan semua yang suka merempit, membuang masa melepak sana sini seperti yg selalu dihebahkan oleh media masa...belia-belia harapan negara yang sering kita lihat ketika ini adalah belia yang berilmu dan berdaya saing dalam memajukan diri. Ada antara mereka yang mula berjinak2 memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bersemangat untuk berubah dan berjaya seperti orang lain. Semerahcili! percaya dengan pembangunan pesat dan dunia perniagaan yang dilihat sangat memberi peluang yang baik menyebabkan kebayakkan belia di negara tertarik untuk memulakan perniagaan meskipun kadang kala tiada modal untuk memulakan perniagaan yang mereka minati!. Strategik kerajaan dalam melahirkan golongan belia yang menceburi bidang perniagaan dapat dilihat dengan mengadakan program penyediaan mentor manakala dana pula mudah diperoleh dengan membuat pinjaman da kerajaan. Oleh itu, kepada belia2 yg mahu memulakan perniagaan mereka boleh menggunakan medium ini utk terus berjaya! jgn tajut utk mengambil risiko tersebut....semoga berjaya anak2 muda di Malaysia!... 





Jumaat, 24 Jun 2011

Mahu Beli Barang Dengan Harga Murah??? Beli di sini!





































ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli barang dengan harga lebih murah selepas pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, semalam.


Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia seiring gagasan 1Malaysia: Najib

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan semalam bertepatan dengan perjuangan mengukuhkan perpaduan serta simbol pembelaan rakyat di negara ini. 

Perdana Menteri berkata, konsep itu juga sesuai dengan gagasan 1Malaysia untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional dalam proses pengukuhan jati diri yang diperjuangkan selama ini.
Beliau berkata, jika sebelum ini Klinik 1Malaysia diwujudkan seiring dengan gagasan itu, konsepnya kini diperluaskan dalam bentuk produk dan perkhidmatan lain untuk manfaat rakyat.Read More

Semerahcili!, wah..wah..bleyla semerahcili! shopping sakan pas neh!!! huhu
































Khamis, 23 Jun 2011

Dewan Rakyat: ‘Cetak semula Interlok’

Teknik tampalan didakwa menyusahkan guru, pelajar


Novel Interlok Di Dakwa Menjadi Mangsa Politik!








KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula 120,000 novel Interlok baru membabitkan kos RM600,000, termasuk penghantaran berikutan beberapa pindaan terhadap buku yang digunakan pelajar Tingkatan Lima di empat negeri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan untuk mencetak semula diputuskan dalam satu mesyuarat selepas pihaknya menerima aduan guru bahawa pendekatan pindaan novel menggunakan teknik tampalan menyusahkan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian akan menarik semula buku sedia ada di sekolah terbabit dan menggantikannya dengan buku baru mengandungi pindaan beberapa frasa sensitif serta glosari. Read More...


Semerahcili!, berpendapat usaha kerajaan ini perlu dihargai kerana pihak kerajaan sedaya uapaya menjaga sensiviti pelbagai kaum dengan memgambil serius dalam menangani isu ini. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai setiap usaha kerajaan bagi memastikan keharmonian dan keamanan di negara ini sentiasa dikekalkan. Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia~~...

Tindakan SPRM satu kesalahan???



                           Abdul Taib akan jelaskan kedudukan sebenar hari iniKUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dirinya adalah suatu kesilapan.

Abdul Taib berkata, pembangkang mungkin akan menggunakan isu berkenaan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berlangsung ketika ini, namun ia tidak akan menjejaskan beliau. Read More...

Semerahcili!, berpendapat tindakan SPRM itu adalah prosuder biasa..itu adalah kewajipan pihak SPRM dalam menjalankan tugas yg diamanahkan kepada mereka...

Tak Abih-Abih Kes Dera!!!!

AZRI mendukung jenazah anaknya selepas selesai proses bedah siasat di PPUKM, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya reda dan menyerahkan kepercayaan sepenuhnya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan sama ada anak saya didera atau sebaliknya,” kata bapa bayi berusia 20 bulan, Nor Danish Haikal yang disahkan meninggal kelmarin akibat pendarahan usus selepas dua hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Difahamkan, ini kejadian kedua menimpa keluarga bayi terbabit kerana pada 2004, anak lelaki sulung mereka yang berusia dua tahun juga meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh namun pihak hospital mengesahkan ia akibat serangan sawan.Read More....


Semerahcili!, mengapa kanak-kanak ini menjadi mangsa penderaan? heran semerahcili!, mengapa ada pengasuh yang lalai serta tidak menjaga amanah yang diberikan untuk menjaga anak orang yang dihantar kpd mereka??? jika tidak suka menjaga kanak2 jgn ambil upah untuk menjadi pengasuh!!! itu pesan semerahcili!...kes ini  pernah juga berlaku kpd kaum keluarga semerahcili!, anak abang semerahcili! kerap luka, mata merah setiap kali mengambilnya pulang dr rumah pengasuh..semerahcili! pun rs nak mengamuk tidak keadaan tur bila setiap hari ada saja kesan-kesan anak saudara semerahcili! disakiti sebegitu rupa!...manusia kalo da tidak ikhlas membuat kerja jadik rupa itulerr!!!...duyit yg diterima setiap bulan baik dicampak dalam tong sampah jer, sebab tak berkat krn membuat kerja secara tidak ihklas dan tidak betul!....

Rabu, 22 Jun 2011

Guna Kod Rahsia Curi Motorsikal!

                                                   Rancang jenayah di Facebook!

Kumpulan curi motosikal guna kod rahsia dalam laman sosial elak dikesanKLUANG: Sekumpulan remaja yang mendalangi kecurian motosikal di daerah ini, melangkah setapak dalam jenayah mereka apabila menggunakan laman sosial Facebook, bagi mengadakan perbincangan dan bertukar kod rahsia sesama ahli untuk menjalankan aktiviti mencuri dan urus niaga penjualan kenderaan yang dicuri dengan pelanggan.

Penggunaan laman popular itu sebagai helah menyukarkan kegiatan jenayah mereka dikesan polis yang memperhebatkan operasi memburu kumpulan curi motosikal di sekitar daerah ini. Read More...


SemerahCili!, apabila kemudahan yang disediakan disalahguna!ahkirnya bala kepada diri sendiri..moga dijadikan pengajaran....

Jangan Percaya Cerita Karut Ini!!!










KHIDMAT pesanan ringkas palsu yang disebarkan melalui telefon bimbit sejak 19 Jun lalu.
Semerahcili!, mengaharapkan agar masyarakat seharusnya peka dan berhati-hati dalam menangani isu yang sensitif. Jangan gadaikan keharmonian dan keamanan yang ada ini untuk kepentingan peribadi ataupun pihak2 yg tertentu!!!


Usah percaya khabar angin ‘Malabar’ serang orang Melayu
SHAH ALAM: Orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai khabar angin kononnya orang Melayu diserang sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai ‘Malabar’ yang didakwa berlaku di Klang.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang dikaitkan dalam mesej BlackBerry (BBM) itu berkata, polis Selangor masih belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berkenaan kes berkenaan.


Kenyataan media itu menyebut, jika pihak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu tidak menghentikannya dengan serta merta, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
“Kenyataan seperti ini boleh mendatangkan khianat awam dan ia satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sejak 19 Jun lalu, maklumat palsu yang mengaitkan Ketua Polis Selangor, disebarkan melalui BBM kepada pengguna telefon pintar itu.


Ia menyebut: “Maklumat dari Ketua Polis Selangor: Sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai Malabar dipercayai telah menyerang kaum Melayu dengan menggunakan senjata parang di Klang dan merebak di sekitar Kuala Lumpur. Kaum Melayu terutamanya wanita diminta berhati-hati dan berwaspada. Sebarkan kepada orang Melayu yang lain.”-Berita Harian