Isnin, 30 Julai 2012

#POLITIK# LAJIM UKIM DAPAT KAPAL MEWAH

Naek Kapal Dengan Manusia Ini???


BEAUFORT 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.>>>> Duit, Kedudukan, semua da dapat beb! Nak tunggu apa lagi nie? Lompatlah..



‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam"--dah dapat kapal baru banyak plak cakap pak cik nie..

Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.

Naik kapal baru erk? Pemimpin yang tiada pendirian..bila2 masa boleh ubah pendirian…anwar sudah bagi ape kat u all nie?

#LAWAK# KANTOI TAK PUASA


Semalam SM tengok video nie.meskipun simple jer dier create benda neh..tp sempoi beb! 

Santai…

Muka Slamber jeq dua ekor nie..hehehehe

#POLITIK# DIANA AMIR PERLI ABBY ABADIE

 

Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

 “Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpin (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

Mayb ini lebih ikhlas bertutur kata dalam membidas pengakuan abby abadie yang terdesak dalam mencuri perhatian....