Kadangkala, saya tidak nafikan bahawa pihak pembangkang memang “bijak” dalam memainkan peranan menyuntik racun ke dalam minda sehingga mampu menyembunyikan kejijikan mereka di mata rakyat.
Bagi yang tidak tahu, kurang faham dan kurang mengerti, saya yakin mereka mungkin akan mudah terpengaruh dengan “sindrom listen, listen, listen” yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Terus terang saya katakan, saya langsung tidak berminat untuk membela Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen, yang dijadikan “bahan” oleh segelintir mahasiswa Pro-M (pro-pembangkang) dan penyokong Pakatan Haram diluar sana.
Mungkin saya akan mengulas mengenai Syarifah di akhir tulisan ini untuk berlaku adil.
Namun, saya lebih berminat untuk mengulas tentang Bawani yang tiba-tiba diangkat setaraf “wirawati”, sama seperti Adam Adli yang bertindak biadap di dalam beberapa kes yang melibatkan propaganda Pakatan Haram sebelum ini.
Dalam ertikata lain, Bawani dan Adam Adli memang tiada beza sikapnya. Cuma berbeza jantina sahaja. Adam Adli “mahasiswa biadap” versi lelaki dan Bawani “mahasiswi kurang ajar” versi perempuan.
**Sumber