Jumaat, 11 November 2011

#POLITIK# JAMIL KHIR PERJELAS KESILAPAN TWITTER DS

Jamil Khir Perjelas Keadaan Sebenar~

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Beliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.

Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Jamil memberitahu pemberita demikian sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurutnya, perdana menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.

Bagi SM kesilapan DS menulis twitter sebegitu sememangnya tidak dapat dinafikan..tetapi apa yang SM  heran puak2 pakatan haram ini takkan isu sekecil seperti itu mahu diperbesar-besarkan? Mungkin DS terlalu ‘Excited’ sewaktu menunaikan haji dan secara terburu-buru mengatakan Hajinya telah selesai….sewajarnya kita mendoakankan hajinya Mabrur bukannya bersangka bukan2….

Nota:
Kita yang tak mampu lagi pergi menjadi tetamu Allah ini berdoa kepada yang mampu pergi..bukannya mengutuk dan dengki…fikir-fikirlah…..


#SOSIAL# CHEF WAN MENGAMUK ANAKNYA MENIPU!

Chef Wan hambat anaknya dengan kuali kui..kui..kui...

Chef terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan berang dengan tindakan anaknya yang juga sedang meningkat populariti dalam bidang masakan iaitu Chef Riz atas tindakannya mendedahkan maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.

Chef Wan menganggap tindakan anaknya itu bukan sahaja mengaibkan dirinya akan tetapi turut mendapat tempias beliau sekeluarga. 

"Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan", kata Cef Wan.

Beliau juga tidak mengambil kisah atas sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas anaknya itu. Sebarang tindakan dakwa beliau sewajarnya diambil ke atas anaknya itu kerana ianya akan memberi pengajaran kepadanya. 

"Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan".Katanya

Syabas SM ucapkan kepada Chef Wan!~…tak semua bapa-bapa di Malaysia ini akan mengaku dan memarahi anaknya apabila anak mereka melakukan kesalahan malah menunding jari kepada orang lain meskipun secara terang-terangan anaknya bersalah!…kata-kata chef wan ‘Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan.”Katanya

SM, rasa TUN Mahathir pun sepatutnya bertindak seperti Chef Wan..’Nak Balun Marina tur..Balun Lah…’ hahaha….

Nota:
Nak Popular cepat pun janganlah menipu jadik ketua chef!~….setakat pembantu terus kater jadik ketua chef…hahahaha