Selasa, 12 Julai 2011

POLIS DAN PENYOKONG BERSIH KEDUA2NYA MANUSIA

SIFAT KEMANUSIAAN MASIH TERTANAM DALAM HATI-HATI MANUSIA  DI TANAH AIR INI ~
Kedamaian, Keharmonian dan Saling Maaf Memaafkan adalah satu fitrah yang manusia perlu untuk hidup dengan baik 
(Keterangan Gambar: penunjuk perasaan dan polis yang berjabat tangan sebelum bersurai pada pukul 4 petang)


Kita tidak boleh menilai berdasarkan gambar semata-mata, sedangkan tidak tahu apa yang berlaku, apa pun sekiranya mahukan keamanan pastikan kita menghormati antara satu sama lain.Itu prinsip yg nyata!


Khemah yang selesa, Makanan yang sedap...tempat yg selesa....tidaklah sezalim yg disangka..



POLIS berkasar dengan penyokong-penyokong BERSIH….POLIS bertindak kejam dengan memukul, menyepak, POLIS membuat pelbagai ragam dan 1001 kerenah yang menyekat sedaya mungkin agar penyokong BERSIH tidak berhimpun…..Adakah kita berfikir dan melihat semua ini hanya dari 1 sudut sahaja? Adakah Polis di negara ini hanya senyum dan buat tidak endah sekiranya tahu perhimpunan ini akan diadakan? Dengan beribu orang yang berhimpun PASTI akan terjadi perkara yang tidak diingini sekiranya tidak dikawal dan diberi perhatian khusus…..Mengapa setiap kebaikan polis yang telah lama berkhidmat  di negara  ini tidak dihargai?
Sekelumit keburukan adakah mampu memadam kesemua kebaikan yang dilakukan kepada rakyat di TANAH AIR kesayangan kita ini?
Kita yang mungkin bukan dipilih sebagai pemimpin pasti merasakan ini kerja jahat yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak sealiran dengan dasar parti mereka, ttpi mereka perlu ingat setiap pemimpin mempunyai tanggugjawab yang besar…sekiranya berlaku perkara yang buruk tanpa pengawasan dan kawalan pihak polis pastinya pemimpin yang meneraju negara juga akan dipersalahakan 100%!... “Kawal pun salah, xkawal pun salah”….terdetik di dalam hati pemimpin yang meneraju negara ketika ini mungkin…
Suara yang dibangkitkan pula ketika perhimpunan tidak mewakili kesemua suara rakyat, ini apabila masih ramai yang tidak menyokong perhimpunan haram…pelbagai kesan buruk yang  ditinggalkan selepas seronok terkinja2 di atas jalan raya tanpa tujuan yang PASTI….Semerahcili!, merasakan kebanyakkan ahli-ahli ini sebenarnya masih kabur..masih tidak tahu arah tujuan untuk memperjuangkan prinsip diri sehingga hilang punca dalam memastikan boleh berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah apabila keluar menghadapi dunia realiti yang begitu mencabar kini….
Berbalik mengenai keganasan polis kepada penyokong2 bersih, seperti yang Semerahcili! tahu pihak polis menyediakan makanan yang sedap lagi menyelerakan kpd tahanan-tahanan…tiada istilah untuk menzalimi kpd tahanan-tahanan yang tidak bertindak kasar…….kemungkinan pd pendapat Semerahcili!, dengan keadaan yang amat sesak, emosi yang tidak dpt dikawal, berlaku tolak menolak ketika perhimpunan berkenaan ada berlaku sedikit kekasaran antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak penyokong BERSIH dan pihak polis…..semuanya tidak mustahil berlaku…oleh itu, kita tidak boleh hanya menyunding jari kepada satu pihak sahaja...
Apapun, setiap tindakan yang dibuat pihak polis bukannya semata2 utk menzalimi rakyat..pastinya beberapa kesilapan kecil berlaku ketika perhimpunan berkenaan terjadi krn situasi yang tegang……Penyokong BERSIH pun manusia…Pihak Polis pun manusia, pasti ada sifat kemanusiaan di antara hubungan ini….moga masa hadapan semua pihak mencari jalan yang paling baik demi kesejahteraan SEMUA….Wallahu’lam…..




PELAJAR:
BETUL DIPERALAT ATAU MAHU DIPERALATKAN?

Para Pelajar Yang DiSyaki Terlibat Di dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 Kelmarin Bakal diKenakan Tindakan Tidak Lama Lagi...




Adakah MANUSIA ini akan bertanggujawab kpd semua para pelajar yg dikenakan kpd mereka kerana menyertai perhimpunan HARAM BERSIH? sama2 kita lihat kesudahannya....



Harapan menggunung tinggi kedua-ibu bapa di kampung utk melihat anaknya musnah sama sekali apabila anak2 mereka terpengaruh dengan setiap agenda pembangkang! adakah ini nilai yg kita harus JUNGJUNG???

Menteri Pengajian Tinggi, datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini sedang menunggu laporan drpd pihak polis berhubung pembabitan penuntut pengajian tinggi awam dlm phimpunan haram di Lumpur kelmarin.
Semerahcili!, merasakan ini satu perbuatan bodoh dan tidak berakal beberapa siswa&siswi yang terlalu mengikut nafsu dan mahu di pandang HERO&HEROIN di kalangan rakan-rakan lain. Adakah mereka sedar mengenai kesan yang bakal mereka hadapi sekiranya dapat dikesan mengenai pembabitan himpunan haram anjruan BERSIH berkenaan?
Semerahcili! Juga pernah belajar hingga ke IPT, ttpi tidaklah sampai terikut2 dengan agenda pembangkang yg nyata menggunakan nama BERSIH yang diwujudkan oleh badan2 NGO utk kepentingan politik semata2…Semerahcili!, masih boleh berfikir secara releven dan tahu setiap duit dan pengorbanan kedua ibu-bapa untuk melihatnya anaknya hingga ke menara gading ke sampaian….adakah mereka sedar setiap perbuatan mereka ini akan mendatangkan 1001 bala kpd mereka? Adakah selepas mereka ditangkap dan dikenakan tindakan tata tertib oleh pihak U mereka merasakan pemimpin-pemimpin Pembangkang ini akan membantu mereka kelak?
Sekiranya mengatakan mereka ini bodoh dan tidak tahu berfikir, pastinya kata-kata Semerahcili!, disangkal sama sekali!, silap2 dimaki hamun oleh pelajar2 ini barangkali…..tetapi sekiranya mereka ini waras dan mengakui KEBIJAKSANAAN mereka mengapa terlalu mudah terpengaruh dengan hasutan bodoh Si S AMBIGA Sreenevasan?
Seronok berdemo? Seronok seperti hero&heroin terkinja2 di atas jalan raya? Seronok merasakan diri sudah terlalu pandai&hebat? Seperti biasa tepuk dada Tanya Iman…..walahu’lam….