hahaha lawak giler..tapi Awesome!!!
Khamis, 21 Jun 2012
#POLITIK # 8 FAKTA MENARIK TENTANG PTPTN
Adakah anda
sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang
anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan
perbelanjaan hidup kerana perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional
(ptptn) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa
depan serta kejayaan anda terjamin.
Sejak penubuhan
ptptn pada tahun 1997, ptptn telah berjaya membantu ramai pelajar
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan
kewangan daripada kerajaan melalui ptptn, segala masalah kewangan yang anda
mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Apa yang
anda perlu tahu tentang ptptn? Antaranya adalah :
1. Pada tahun 2011 sahaja, ptptn telah membantu
seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap
menara gading.
2. Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan
yang cemerlang dengan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama, anda
akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman ptptn? Ini bererti bahawa
segala pembiayaan pendidikan anda adalah percuma!
3. Apabila anda memohon pinjaman ptptn, ia juga
cukup untuk menampung sara hidup anda di ipt. Bermakna, anda tidak perlu lagi
bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.
4. Untuk makluman semua, pinjaman ptptn hanya
mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.
5. Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah
pihak ptptn hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.
6. Kerajaan malaysia juga memberi subsidi yuran
pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada
jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!
7. Pendidikan percuma yang dikatakan di finland
adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar
cukai sehingga 53%.
8. Sebenarnya turki tidak menawarkan pendidikan
percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di turki
hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, warganuffnang, sila
menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin.
Sila kunjungi laman web rasmi ptptn di http://www.ptptn.gov.my/ untuk
keterangan yang lebih lanjut.
PTPTN KEJAM LAGI?????
#POLITIK#LELAKI HODOH MAHU JADI MODEL IKLAN
Pemenang wajah
terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya
selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.
William
Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang
untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.
“Saya
berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada
sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.
Ketika
pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah
selepas menewaskan empat lelaki lain.
“Saya telah
menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk
menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.
Menurut
penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton
kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu
cantik konvensional.[sumber]
*** Saper Kater
Muka Hodoh Tak Laku Beb???
Langgan:
Catatan (Atom)