Rabu, 7 November 2012

LAWAK PAGI INI...BAKAL PRESIDEN DAN PM REPUBLIK OF MALAYSIA..!!!


Bila Anwar sebut dia nak tawan Putrajaya...

Sorang yang pakai kerusi roda tu dah mimpi nak jadi PRESIDEN REPUBLIK...

Sorang lagi yang memang chauvinis ultra kiasu tu nak jadi PM REPUBLIK...

Abih tu Anwar nak jadi apa?

Kalau dia jadi PRESIDEN/PM pun, dah tentu dia hanya jadi PUPPET jer...

Lagi dua ekor tu setuju ke?

Jadi DUTA OMEGA la kottttt..!!! Heh!

TERKINI !!! FUIYOOO.. Nurul Izzah saman Blogger dan Akhbar...




Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya, Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN


*** SAMANLAH KALO BERANI....

HARAP AMENG BUKAN HANGAT-HANGAT TAIK AYAM!~


Isteri Terharu Baca Surat Ameng Dari Penjara



Penyanyi Ameng (Spring) tidak sabar untuk bebas daripada penjara dan masih mempunyai perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya, Sabariah Zakariah walaupun mereka dipisahkan oleh tembok besi.

Menurut Sabariah, 43, dia terharu dengan kata-kata Ameng dalam surat yang diterimanya pada Selasa kerana ia menunjukkan sifat romantik suaminya yang tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata selama lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Saya baru terima surat ketiga daripada Ameng pada hari ini (Selasa). Surat itu dikirimkan pada 9 Oktober lalu tetapi baru hari ini sampai.
“Saya terharu dengan isi surat itu kerana ia menceritakan isi hati dan perasaan suami terhadap saya. Selama saya mengenalinya, tidak pernah dia meluahkan kata-kata sedalam itu kerana dia bukan jenis yang romantik.
“Surat kali ini sangat mendalam dan istimewa. Ia menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.
Sabariah berkata, surat itu mengukuhkan lagi ikatan mereka biarpun dia terus disindir dengan kata-kata sinis segelintir pihak yang mempersendakan hubungan mereka sejak penahanan Ameng di Penjara Kluang, Johor kira-kira setahun lapan bulan yang lalu.
“Banyak dugaan sejak dia dipenjarakan. Ramai yang meragui kesetiaan Ameng terhadap saya apabila dia dibebaskan nanti tetapi saya percaya apa juga luahan dan kerinduannya itu adalah ikhlas.
*** Hope bukan hanya insaf dalam penjara sahaja....harap selepas kuar penjara dapat berubah diri..