Khamis, 5 September 2013

Potong elaun menteri, kurangkan majlis keramaian



SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. 

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.

“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.

“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.

“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.

Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.

“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.

“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.

***Pendapat SM..ada baiknya para menteri membuat perubahan agar rakyat tahu yang sememangnya bila para menteri prihatin dengan masalah rakyat.. x gitu?

Menakjubkan! Kayu Leper Bergerak Automatik Membentuk Sebuah Istana (Video Pendek)

Kami paparkan seorang lelaki membuat rekaan kreatif dan inovatif menggunakan kayu yang mana apabila suis dihidupkan kayu leper ini akan bergerak dan membentuk sebuah istana.

Tonton video di bawah untuk melihat hasil inovatif yang mengagumkan ini.



PENJELASAN MENGENAI STESEN MINYAK ROSAK!

Susulan Berita Amukkan RON95 : BUKAN NAIK MINYAK TAPI TERLELAP!! #MinyakNaik #MalaysiaNews


Alor Gajah: Pekarangan sebuah stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, gempar selepas seorang lelaki warga emas yang beratur untuk mengisi minyak tertekan pedal minyak lalu melanggar deretan kenderaan dan pam minyak, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Abd Rani Baba, 59, yang memandu Kia Spectra dikatakan terlelap seketika sebelum terjaga dan tiba-tiba tertekan pedal minyak kereta dipandunya itu. 
Kenderaan itu kemudian hilang kawalan lalu merempuh kereta Puegeot yang mengisi minyak dan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Vios, Proton Wira dan Iswara. 

Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Foto
           KEADAAN pam minyak yang rosak selepas dirempuh kereta, malam kelmarin.
Pemilik stesen minyak berkenaan, Mohd Farid Abu Bakar berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta Kia Spectra itu meluncur laju sebelum merempuh kereta Peugeot.
“Kenderaan itu kemudian melencong ke kanan lalu merempuh pam minyak dan Toyota Vios ketika pemandunya mengisi minyak. Panik dengan keadaan itu, warga emas terbabit kemudian mengundurkan kenderaannya lalu merempuh pula Proton Iswara dan Wira sebelum terhenti. 

“Selepas kenderaan mangsa terhenti, orang ramai membantu mengeluarkan warga emas itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Menurutnya, beliau kesal dengan dakwaan mengatakan berlaku pergaduhan dan kekecohan di stesen minyak berkenaan yang tersebar luas malam kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lima kenderaan. 

“Dakwaan mengatakan berlaku kekecohan di stesen minyak itu tidak benar sebaliknya ia hanya kemalangan kecil,” katanya, semalam. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Muhabir Ibrahim turut menafikan pergaduhan di stesen minyak berkenaan. 

“Maklumat awal diterima mendakwa berlaku satu pergaduhan di stesen minyak berkenaan seperti yang tersebar luas di Internet sebelum anggota KPDNKK melakukan tinjauan di tempat kejadian. 

“Selepas siasatan difahamkan berlaku salah faham seperti gambar yang tersebar di Internet seolah-olah menggambarkan berlaku pergaduhan sehingga orang ramai membuat andaian sendiri,” katanya yang melakukan tinjauan di stesen minyak berkenaan, semalam.
sumber Harian Metro

BALU BEKAS PEMIMPIN AL-ARQAM SUDAH INSAF DAN BERTAUBAT.


Dalam  satu perkembangan yang mengejutkan, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ustaz Asaari Muhammad yang juga Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam mengumumkan bertaubat dan meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan tersebut.

Dalam tiga pucuk surat yang diemel kepada Harakahdaily, Hatijah (gambar), Timbalan Pengerusi GISB, Rasidi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Lokman Hakim memohon maaf kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis, akhbar, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Kerajaan Malaysia kerana melanggar fatwa, memutuskan silaturrahim dan bersangka buruk.


***Baguslah kalo ummu nie da bertaubat..so, hope boleh menjernihkan kembali apa tanggapan org kepada Islam...Janganlah Bersangka Buruk.....


RON97 NAIK, BISING... RON95 MELONJAK, HINGAR... TAPI BARANG MAKAN NAIK HARGA, PECACAI PAKATAN SENGAP!!!



Pantang petrol dan diesel naik sikit waimma, 1 sen pun pastinya akan melonjaklah segala macam harga barangan yang lain. Sampaikan benda yang tidak ada kaitan dengan petrol dan diesel pun naik harga juga termasuklah roti canai mamak dan teh tarik.

Kalau pergi ke kedai-kedai runcit hari ini, anda akan terkejut beruk apabila harga barangan sudah dinaikkan mengatasi kenaikan harga petrol dan diesel. Di kedai runcit di kawasan penulis di Pandan Mewah, sekilogram ayam yang beberapa hari lepas RM7.30, hari ini berharga RM8.00. Harga sayur pula naik beberapa sen. Manakala ikan pula, bergantung kepada jenis, paling rendah RM0.80 sekilo sehingga maksimum RM2.00.

Tidak semua rakyat Malaysia membeli-belah di gedung-gedung berstatus borong. Lebih ramai pengguna kedai runcit, malah jauh lebih ramai mereka yang bergantung kepada kedai runcit berbanding bekalan dari pasar basah.

Hai, takkanlah KPDNKK yang menterinya sering memberikan nasihat-nasihat hebat kepada rakyat Malaysia, tak mahu mengulas apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap para peruncit, orang tengah dan pemborong yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga petrol dan diesel ini?

Takkanlah hanya dengan kenyataan di akhbar, maka ianya boleh dianggap selesai kut, sedangkan di peringkat bawahan, rakyat tahu, setakat kenyataan tanpa sebarang tindakan penguatkuatkuasaan daripada pihak berkuasa, ia hanyalah satu pembaziran air liur dan persepsi rakyat terhadap kerajaan semakin buruk?


*** Apabila minyak naik, semua barang2 naik....kita semua tahu yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak adalah siapa?...fikir..fikirkanlah...

EKSKLUSIF !!! KEPADA KERAJAAN MALAYSIA !!! TOLONG TINGKATKAN JUMLAH BR1M DAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM !!!

Ramai yang merasa lega apabila kerajaan mengumumkan bahawa penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat.Justeru,ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah RM3.3 billion tersebut akan dimanfaatkan.

Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah.Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.Oleh itu,adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini. 


Ini kerana saya tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.Beberapa pihak telah membayangkan yang BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1000 hingga RM1500.


***SM rasa ada baiknya BRIM diberikan lebih daripada tahun2 sebelum ini. Bagi Meredakan kemarahan Rakyat....

Anak jenis apa yang mahukan bapanya sendiri dipenjara nih?




Pelakon terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.

Beliau bagaimanapun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes tersebut kerana baru dilantik.

Sehubungan itu, Mohamed Fouzi berkata, bagi melancarkan perjalanan kes, beliau mengarahkan defendan untuk membuat afidavit pembelaan sebelum kes disebut semula pada 11 September depan.

Wan Nor Azlin ketika ditemui media sejurus prosiding enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan.



Sementara itu Roshdan pula berkata, perintah komital yang difailkan plaintif adalah berhubung isu penjualan rumah milik defendan di Taman Keramat.

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.

Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.

Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri ~ Sinar Harian

DS Rosmah Sumbang RM515,000 Kepada Tabung Pahlawan, Contohi kebaikannya!!!!

Soal kebajikan anggota pasukan keselamatan negara begitu dekat di hati Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor apabila bersedia menyumbangkan RM515,000 hasil jualan tanaman rock melon bagi mengisi Tabung Pahlawan 2013.
Sumbangan itu sekaligus mengiktiraf jasa dan dan pengorbanan anggota tentera yang menggadai nyawa untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Beliau yang merangkap sebagai Penaung Tabung Pahlawan berkata, wang itu merupakan hasil jualan tanaman rock melon yang diuruskan oleh syarikat IRIS Corporation Berhad.
***Moga2 Datin Seri Rosmah sentiasa menghulurkan bantuan dari semua segi....kita patut contohi dan teladani kebaikan yang beliau buat....

Saranan Zahid Perluaskan Kuasa Polis Harus Dipuji

Oleh Ahmad Suffian

Baru-baru ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa Akta Pencegahan Jenayah 1959 akan digubal semula untuk memperkasakan PDRM dalam menangani jenayah yang semakin meningkat di Malaysia.


Perkara ini harus disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ianya akan memudahkan dan mempercepatkan kerja penyiasatan dan pendakwaan kes-kes jenayah yang semakin meruncing.

Hampir setiap hari kita disajikan dengan kes-kes jenayah yang seharusnya tidak patut ada di negara semaaju Malaysia.

Umum mengetahui bahawa pihak polis dikritik hebat oleh pembangkang, kononya atas dasar hak asasi manusia. Namun begitu, hak asasi yang diperjuangkan oleh pembangkang nampaknya lebih memihak kepada penjenayah berbanding mangsa. Sekalipun telah terbukti seseorang itu merupakan penjenayah ataupun ahli sindiket, pihak pembangkang nampaknya senang untuk membela mereka.

Pembelaan dan perjuangan untuk mengukuhkan jenayah di Malaysia adalah disebabkan oleh kerakusan pihak pembangkang yang mahukan sokongan politik dari kaum minoriti. Ia telah menyebabkan ramai penjenayah bukan Melayu dinaik taraf sebagai wira di pihak pembangkang. Pihak kerajaan pula dilihat sebagai musuh kepada kaum minoriti kerana dengan mengambil tindakan tegas kepada semua golongan penjenayah tanpa mengikut ras bangsa atau agama.



***Pendapat SM eloklah jikalau pihak PDRM memperkasakan jabatan masing-masing sbb semakin hari semakin imej PDRM tercalar kerana kelakuan anggota masing-masing....

Ini akan memberi kepercayaan kpd rakyat bahawa PDRM ini jelas kewibawaannya....