Khamis, 1 Mac 2012

#POLITIK# TINDAKAN ‘PANDAI’ GOMO, TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG?

Baca artikel ini dengan teliti!:


Naik Tanpa Kebenaran??? Logik ker?

Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.

Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.

“Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.

Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

“Mungkin beliau (PapaGomo) terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet,” kata penulis yuseriyusoff lagi.

Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.

Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.- WARKAHDAILY

SM, tak nak ulas apa-apa berkaitan isu ini..cuma SM nak tau betul ker tidak sampai jadik macam neh...kalo tak betul sila bagitau kat Sm..if betul hope gomo boleh ambi iktibar beb!
bukan apa..rini kita susahkan org sok2 Allah susahkan kita 1000 kali ganda...
kita ada isteri&anak2..jgn kerana perlakuan kita semua org nti di timpa bala...cian...



#POLITIK# APA INI ‘MENU’ YANG RAKYAT MAHU?



Assalamualaikum….SM semakin malas mahu menaep bait-bait ayat dan menempelkan diruangan blog…semakin hari, samakin ramai para blogger yang rakus menghasilkan artikel-artikel yang hanya menjatuhkan pihak lawan (pihak lain) demi, duit, nama, pangkat, dan rasa ketidakpuas hati mereka kepada orang lain…

Rasa tidak aman langsung hidup di dalam keadaan sebegini yang hanya mementingkan diri sahaja…

Inikah ‘menu’ yang akan dihidangkan oleh para blogger,para wartawan, para pengamal media am nya? SM merasakan rasa mual& mahu muntah dengan gossip..cerita fitnah…cerita tidak betul dan sebagainya?

Apa yang SM tahu, rakyat yang semakin dihimpit dengan harga barang yang melambung tinggi, kadar sewa rumah yang semakin mahal kerana tidak mampu membeli rumah, yuran pengajian yang semakin berat untuk ditanggung tiada siapa yang serius untuk memperjuangkan tetapi parti politik di tanah MALAYSIA ini lebih rakus mempamerkan keburukkan dan aib parti-parti yang bertentangan!

Letih..penat..tension..muak..menyampah 1001 perkataan bermain difikiran SM…sampai bila ‘menu’ ini akan dihidangkan kepada rakyat?

KAMI RAKYAT YANG BERADA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN TEGAR DAN TIDAK ADA DUIT BERIBU2 MASUK KE POKET SETIAP BULAN ini tidak mahu semua berita-berita sampah seperti ini! Tetapi KAMI MAHU PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB LEBIH MEMIKIRKAN KESUSAHAN, ISU YANG LAGI BESAR UNTUK DISELESAIKAN!!!~~~

sampai bila kita mahu dihidangkan dengan berita-berita seperti ini? adakah ini isu yang besar untuk diberikan publisiti secara meluas, sedangkan rakyat kini memerlukan pelbagai pihak untuk membantu dari banyak segi terutamanya dari segi ekonomi harian!

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu. 

Sampai bila kita mahu disajikan dengan berita-berita ini? Cuba bagitau?

Rakyat tak memerlukan pun sebenarnya cerita-cerita ini! Yang rakyat tahu dan mahu skang adalah apakah ada pihak yang betul serius mahu membantu dan merubah masa depan yang betul2 pasti…yang ikhlas..yang tak tamakkan duit! Kuas! Pangkat!..

KAMI SEMUA DAH MUAK DENGAN SEMUA INI! FULL STOP!