Adakah Betul Niat Ambiga Benar2 BERSIH dalam Memperjuangkan Keadilan di dalam negara ini???
Adakah dengan berhimpunya semua orang-orang Melayu di perhimpunan Haram ini akan mengubah keadaan BANGSA MELAYU yang kian mundur ketika ini??? Tanya Diri Anda....
Disebalik niat BERSIH : Ambiga Sreenevasan
Siapa Ambiga Sreenevasan??? Mesti ada yang tidak kenal dgn wanita ini dan ada yang memandang beliau sebagai yang sangat hebat, berani menyuarakan pendapat, berani menentang kerajaan dgn pelbagai cara dan sebagainya. Mari kita sama-sama selidik dan siasat apakah wanita ini begitu berani atau hanya berjuang untuk kepentingan diri, dan sebagainya.
- Agama Hindu
- Bekas Presiden Majlis Peguam
- Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
- Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
- Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
- Penyokong Tegar Kes Murtad
- Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
- Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak
Sekarang anda boleh lihat siapakah Ambiga sebenarnya, kepada orang-orang melayu+islam pastinya tahu bahaya yang bakal di bawa oleh wanita ini sekiranya dibiarkan beliau untuk terus memperjuangkan niat ‘BERSIH’ seperti yang beliau dakwa selama ini.
Sebagai Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Ambiga telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan tersebut adalah seperti: -
14 Tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
- Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
- Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
- Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
- Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
Dalam soal hukum hakam yang telah di ALLAH s.w.t tetapkan dalam Al-Quran, setiap peraturan yang telah di maktubkan di dalam perlembagaan juga berani Ambiga persoalkan, apatah lagi perkara lain yang membabitkan hak-hak bangsa MELAYU selepas ini. Orang-orang Melayu mudah lupa dan cepat sangat terpedaya dengan setiap tindak tanduk manusia ini.
Allah berfirman tentang buruknya perlakuan kaum yahudi ini iaitu:
“ (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu mengikat, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi (al-Baqarah: 27)”…
Orang-orang Islam masih ada waktu untuk berfikir dengan waras…setiap kata-kata Allah itu adalah kebenaran. Berubah selagi ada waktu…Jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan akhirnya rosak dan musnah BANGSA, NEGARA, dan yang paling penting AGAMA ISLAM yang disayangi kita semua…..walahhua’lam…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...