Khamis, 29 Disember 2011

#POLITIK# PENYAMAR PALING HEBAT DIDUNIA!~

Siapakah penyamar yang paling hebat di dunia??? cuba teka? anugerah tuhan yang diberikan sangat Istimewa ini...


Apakah sebab Allah memberikan kelebihan ini kepada di bawah...mungkin untuk menyelamatkan diri dari pemangsa, dijadikan mangsa atau Menipu 'orang' disekelilingnya...JOM LIHAT!~







Yang Nie Special Kessss!! kena tengOk dalam2 kat Mana Yang PENYAMAR!!!huhu


#LUCU# 3 KALI MALANG!~

Adakah anda rasa gambar ini lucu. Tidak?  mungkin bagi anda yang melihat hanya satu gambar tidak merasa lucu. tetapi anda harus perhatikan satu persatu gambar-gambar di bawah ini. Anda akan rasa geli hati tentang gambar ini..
Ada sebuah kereta yang tercampak kedalam sungai. 

 sebuah kren sedang menaikkan kereta yang tercampak kedalam sungai.

Hampir berjaya kren menaikkan kereta  ke atas. namun!!!

oppps! kren yang menaikkan kereta tadi juga telah tercampak kedalam sungai..

keadaan kren yang tercampak kedalam sungai


kren yang lebih besar di perlukan untuk menaikkan kedua dua kenderaan yang tercampak.




kereta yang ttercampak kedalam sungai telah berjaya dinaikkan keatas.



namun untuk menaikkan kren yang terjatuh tadi juga  malang akhirnya. kedua dua kren tadi telah tercampak kedalam sungai. mungkin mereka memerlukan kren yang lebih besar lagi. tapi tidak tahu lah kalau kren yang lebih besar juga tercampak kedalam sungai untuk menaikkan kedua dua kren ini..


Read more: http://republicofmonggol.blogspot.com/2011/12/lucu-3-x-3-malang.html#ixzz1hsoSWTTE

#POLITIK# NGA KOR MING CABUT LARI TAKOT DENGAN BLOGGER SEKUPANGDUA!~

Blogger Sekupangdua Menunggu Di depan Pejabat DAP lebih dari 2jam

Nie yang SM nak gelak guling-guling neh!...Nga Kor Ming cabut lari apabila blogger Sekupangdua atau nama sebenarnya Ahamad Sofian Yahya menunggu lebih dari 2jam di depan pejabat DAP perak tetapi Nga Kor Ming tidak juga muncul2…cian..cha aliff bUt…Cabut!

Ini berikutan rentetan daripada pembongkaran blogger Sekupangdua atau nama sebenarnya Ahamad Sofian Yahya yang berani menyiarkan dokumen-dokumen yang mengaitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh kepada syarikat milik isterinya pada tahun 2008 selepas penaklukan Perak oleh Pakatan Pembangkang semasa tsunami politik lalu.

Selepas pembongkaran itu, empunya badan Nga Kor Ming mula melenting dan menggunakan media rasmi Pakatan Pembangkang, Malaysiakini, Malaysia Insider, Malaysia Today dan TV Selangor bagi menafikan tuduhan tersebut dan mencabar blogger Sekupangdua untuk membuat laporan kepada SPRM.


Cabaran itu segera dikemukakan kepada SPRM yang dibuat Ahmad Sofian pada 21 Disember lalu susulan daripada desakan Nga Kor Ming.

Sebaik sahaja Ahmad Sofian melaporkan kes ini kepada SPRM, Nga Kor Ming terdesak untuk membuat kenyataan untuk menyaman blogger Sekupangdua itu. Tindakan Nga Kor Ming itu tidak menakutkan Ahmad Sofian sebaliknya beliau sendiri telah pergi ke Pejabat DAP perak yang terletak di Medan Istana bagi menunggu Nga Kor Ming menghantar surat saman kepadanya.

Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangdua.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Dokumen-dokumen berkaitan boleh layari di alamat berikut  http://sekupangduas.blogspot.com/2011/12/nga-kor-meng-cabor-teman-lapor-jugak-ke.html

Malangnya setelah lebih 2 jam menunggu Nga Kor Ming di depan Pejabat DAP Perak bermula jam 10.00 pagi, bulu hidung Nga Kor Ming pun tidak kelihatan. Apakah Nga Kor Ming ini hanya berani di dalam media sahaja dan penakut di alam nyata?

Nga Kor Ming dalam kenyataannya menerusi Utusan Malaysia ketika dihubungi berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang,"

Tindakan Nga Kor Ming yang tidak kelihatan pada Rabu, 28 Disember 2011 dalam mengemukakan saman kepada blogger Sekupangdua, Ahmad Sofian disifatkan sebagai permainan politik DAP yang sudah diketahui sejak mula lagi.

Nga Kor Ming yang bersifat seperti talam apabila bijak menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi mendampingi masyarakat Melayu di sebalik mempergunakan PAS sebagai parti tunggangannya. 

Nota:
Takot Ker?Larilah..perak tur bukan luas sangat pun kui..kui..kui...