Rabu, 17 Ogos 2011




SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER!!!


Hello geng cepat2 klik banner tu kalau korang nak join jugak....
Nama panggilan blogger :
Semerahcili!

Tarikh mula berblog :
23 Mei 2011

Rakan blogger terkini :
4 orang (Kecian Woooo)
Target tambah rakan blogger : 
Mahu Tambah kenalan sebanyak mungkin! kerana tanpa kekawan yang rajin komen setiap Artikel yang dihasilkan pasti hambar! so geng semua dtg n komen kaw..kaw punyer k? 

= tarikh tutup 17 Ogos 2011 jam 11.00 malam ini =
GAMBAR2 SUSPEK YANG DITAHAN KETIKA PEMERIKSAAN JAIS DI GEREJA DUMC!


pEREMpUAN yANG tERTERA nAMANYA 'sO...' nTAh NamA BetUl or Tak....





OraNg Yang Sama???? BertUdunG? ketika HadiR MemBeri KeTeranGan Di PeJbat JaIs...



                                                           Lari JanGan Tak Lari WoIt.....



BerBaju kuruNg..BertUdung Litup..tp BerBuKa Puasa Di geReja....Adoi Yaii.....


Note:


hANyA aLLaH yANG mAHA mENGRTAhUI aPAkAH dISEBALIK pEMAKAiAN mUSLImAH INI DAN aGenda Jahat Mereka....
PAS: TUKAR SLOGAN LAGI "Berjuang Demi Undi"

Hai udah nak tukar slogan lagi ke PAS neh? Udah nak tukar slogan 'Berjuang Demi Undi' pulak dah??? Hai macam2 yang SEMERAHCILI!, dengar sejak akhir2 neh mengenai PAS yang sudah kelam kabut bagai dilanggar negari yang dilanggar garuda...hahaha

Asek TukaR SloGan DeMi RaIh Undi..TuKar Terus Rrr....


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Larangan membaca Al-Quran itu sebetulnya memang dilarang oleh Islam kerana boleh menganggu ketenteraman orang lain. Tetapi inikah dasar2 serta prinsip yang di tegakkan oleh nik aziz sebelum ini yang berkobar2 berkata mengenai Islam?
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
Ada betulnya apa yang dikatankan oleh  Ibrahim Ali..PAS sering menukar slogan mereka demi memuaskan DAP untuk meraih sokongan dan undi masyarakat bukan Islam di negara ini meskipun terpaksa menjual AGAMA....
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.
Mengapa tidak mengadakan sebarang muzakarah dan perjumpaan dengan masyarakat mengenai larangan berkenaan..di negara2 arab khususnya di mekah, jordan dan sebagainya kebanyakkan masjid di sana membaca al-Quran bermula jam 3 pagi..tiada masalah pun???

Note:

Apa pun SEMERAHCILI! merasakan sebab2 dorongan larangan itu dibuat bukan sebab hakiki tetapi ada UDANG DISEBALIK MEE! kita tengok apa kesudahanya...siapa yang untung dr semau ini..hahaha




NAJIB TUBUH JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN DEMI PILIHANRAYA YG BERSIH!

PiliHanRaYa YaNg BersIH senTiasa di IdamKan OleH seTiap OrG TmaSuk Parti PemBanGakang..Hah! SkAng Pun Da DirealisasIkan...RakYat NiLaila SenDiri...
"kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang. 
"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan. 


Salam, SEMERAHCILI! ucapkan..agak2nya apakah reaksi juak-juak pakatan rakyat biler baca berita ini? PM kita siap wujudkan jawatankuasa lagi sekaligus memaklumkan kepada rakyat bahawa beliau serius untuk mengadakan Pilihanraya umum yang bersih tanpa ada sebarang penipuan!


Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih. 
"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat. 
"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media. 


Note:
Mahu apa lagi? PM kita sentiasa mendengar segala luahan hati setiap rakyat di negara ini...Negara yang aman dan tenteram....rakyat yang tak tahu menilai semua ini tak tahubuta tang mana...mata ataupun hati yang buta....huhu..jgn marah2 nie bulan puasa....