BAJET MURAH HATI
Bonus dan BRIM2 adalah perkara
yang di tunggu-tunggu oleh kakitangan Kerajaan dan Rakyat dalam pengumuman
bajet 2013 yang akang dibentang oleh Perdana Menteri pada 28 september ini.
Berdasarkan cakap-cakap dan rumus-rumus kedua-dua perkara ini hampir pasti akan
menjadi perkara penting yang bakal diumumkan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memang berharap kerajaan dapat memberi
bonus 2 bulan gaji. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2
bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan
kemampuan kerajaan.
Menurutnya dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus
2 bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota
perkhidmatan awam ialah bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir
Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Yang pastinya ole-ole untuk
kakitangan kerajaan pasti ada samada ia merupakan bonus atau imbuhan-imbuhan
yang lain.
Bagi rakyat sudah tentunya BRIM2
menjadi ole-ole yang dinantikan dalam bajet 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, sebelum ini pernah berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak
lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan
dilaksanakan atau tidak.
Najib yang juga Menteri Kewangan
berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan
negara.
"Saya akan melihat aliran
tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk
melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal."
Najib juga berkata semua golongan
rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013.
"Akan ada sesuatu untuk
rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.
Memandangkan bajet ini adalah
bajet terakhir sebelum PRU 13. Sudah tentunya Perdana Menteri akan cuba mencari
seberapa banyak sokongan daripada rakyat melalui bajet yang akan dibentangkan.
Semestinya banyak ole-ole yang akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat. Sama-sama lah kita tunggu apakah yang akan
diberi oleh Perdana Menteri kepada Kakitangan Kerajaan dan rakyat dalam bajet
2013.
Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!