Isnin, 9 Januari 2012

#POLITIK#ADAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH JADI PENAMAT KEPADA SAIFUL BUKHARI?


Adakah kebebasan sebenarnya milik beliau?

Keputusan Mahkamah pada jam 9.00 pagi tadi di mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi tadi mengejutkan ramai pihak. Ramai pihak mengandaikan termasuk pihak pembangkang mengenai keputusan mahkamah bahasa DSAI akan dihumbankan ke dalam penjara sungai buloh.

Sekiranya keputusan pagi tadi adalah sebaliknya, apakah yang akan terjadi di mahkamah jalan duta? Pasti penyokong-penyokong Pembangkang akan membuat kecoh dan mencetuskan huru-hara membantah keputusan mahkamah.

Apa pun pihak pembangkang perlu sedar bahawa kehakiman di negara ini adalah benar dan adil..jika tidak benar seperti yang mereka laung-laungkan selama ini pasti keptusan mahkmah tadi adalah sebaliknya bukan?
Mengenai Saiful Bukhari pula, SM sempat menjenguk FB miliknya dan tertera ayat seperti dibawah:>

"Reda apa jua keputusan. Kepada Allah saya berserah. Akan terus doa, istiqamah dan sabar," –kata-kata Saiful Bukhari Di dalm Facebook Miliknya

Kedengaran seperti belaiu sedih dengan keputusan mahkmah berkenaan…Reda, bermaksud sudah pasrah dengan apa yang berlaku…itulah yang terbaik Saiful…Sebarang keputusan yang Allah beri kepada kita itulah yang terbaik untuk kita..pasti ada hikmah yg terbaik untuk kita perlajari dari setiap dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh itu.

Apa pun, setiap keadilan pasti akan ditunjukkan Allah kebenarannya…kalo tidak sakang pasti akan datang…(sekiranya kita dipihak yang benar)…InsyaAllah…

Nota:
Adakah keputusan mahkamah itu benar? Kita tunggu sedikit masa lagi….