Tak Kenyang lg ker???
Saudagar bertaraf MAULANA [Millionaire] berbangsa melayu, anak kelahiran negeri Selangor yang menjadi tauke unggul air di Selangor, Tan Sri Rozali Ismail diberitakan mempunyai cita cita menjadi “khalifah” kepada kesemua Winnable Candidate yang bakal disenaraikan mengharungi pertarungan PRU ke 13 untuk cubaan merampas kerajaan negeri Selangor daripada tangan Khalid Gagap PKR dan Pakatan Rakyat…
Andaikata benarlah telahan ini, apakah para pimpinan UMNO Selangor yang akan bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 beberapa hari lagi akan berdiam diri..? Sudah pasti dikalangan pimpinan UMNO Selangor tidak mudah untuk merestui tauke air ini diangkat sebagai calon MB Selangor sekiranya Pakatan berjaya ditewaskan oleh BN…
Gerak kerja “orang orang Tan Sri Rozali” dalam UMNO Selangor sudah dikatakan beroperasi, cuma uniknya ialah dikalangan pimpinan UMNO tidak menyedari ‘gerakan’ ini…, klik sini.
Apakah Rozali Ismail ini memiliki ciri ciri yang menepati kelayakan diiktirafkan sebagai “winnable candidate” untuk mewakili UMNO-BN di Selangor..?
Nantikan sambungannya…, ada kisah kisah mengenai kesombongan dan keangkuhan Boss Syabas ini yang membuktikan beliau bukanlah seorang ‘friendly’ dan senang didekati untuk diangkat sebagai ‘khalifah..’ Malah sifatnya yang tamak haloba mahu menguasai banyak projek melalui FELDA bakal dibongkar sedikit masa lagi…! Ini hanyalah sebagai mukadimah sahaja…
p/s; perkataan ‘khalifah’ merujuk kepada keyword ‘orang orang Rozali’ yang sedang menjalankan kerja underground cuba menyelinap dalam UMNO Selangor!