PARTI GERAKAN LIABILITI KEPADA BN UNTUK PRU KE 13?
AdAkAH kOh TSu kOoN BENAR2 dILihat boleh meNarik Kembali KeperCayaan MasyaRakat CINA di PulaU PiNanG?
Pelbagai suara2 sumbang dan sinis kini kerap kedengaran yang mahukan Tan Sri Koh Tsu koon, melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kini dilihat semakin jelas dari pelbagai sudut.
Apa yang pelik bagi SEMERAHCILI! kesemua desakan dan suara2 sinis itu dikeluarkan oleh ahli-ahli GERAKAN dan pernah bekerja dengan Tsu Koon!
Adakah ini bermakna Tsu Koon tidak mampu lagi menarik masyarakat pengundi Cina Amnya untuk kembali memberi sokongan padu kepada kerajaan pada PRU ke 13 akan datang?
Adakah benar tindakan PM kita yang sering dilihat membawa Tsu Koon kemana-mana terutamanya ketika sidang media bersama PM dilihat dapat memberikan keyakinan kepada kaum Cina bahawa mereka tidak pernah dipinggirkan tetapi mempunyai taraf yang sam seperti Orang2 Melayu???
Pada pendapat SEMERAHCILI!, tindakn PM itu kurang bijak kerana masyarakat Cina ketika ini tidak lagi mahu menghargai bekas ketua menteri Pulau Pinang itu lagi kerana ia bukan sahaja tidak diterima oleh masyarakat Cina ketika ini malah dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan untuk PRU ke 13 akan datang.
Tsu Koon juga dilihat kurang memberikan komitmen yang padu bagi menyusun strategi antara komponen dan mengadakan program masyarakat bagi mengambil hati penduduk pulai mutiara yang kini sudah buta mata&hati kerana tertipu dengan setiap agenda Pembangkang setiap hari.
Antara yang lantang memberi pendapat mengenai Tsu Koon yang sudah tidak ‘laku’ di Pulau pinang adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang mengatakan bahawa rakyat di negeri itu sudah muak dan ketidak puashatian terhadap Tsu Koon sentiasa memuncak.
Apa yang menjadi persoalan besar hingga kini adalah, siapakah pihak yang wajar menuntut Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Tuntutan Tsu Koon undur tidak berkesan jika tiada suara berani dalaman GERAKAN.
Kita sama2 tunggu apa yng mahu PM lakukan selepas ini..adakah dengan membiarkan kelemahan ini terus menghantui BN dan seterusnya membawa keburukkan yang jauh lebih besar atau PM akan membubarkan parti ini yang bagai ‘Nyawa2 Ikan’ di mata rakyat PULAU PINANG.