Isnin, 4 Februari 2013

KERANA PAKAI BAJU 1M4U, MENTERI BESAR KEDAH DI'SIALKAN' DAN DI'CELAKA''KAN OLEH PENYOKONG PAS!!!


Kalau dah namanya SYIAH, maka puak ini cukup tebal dengan fahaman ekstrim yang menjurus kepada kesesatan. Sejarah telah membuktikan bahawa SYIAH merupakan kelompok yang paling tidak boleh dipercayai walaupun mereka terlebih baik sedikit sahaja berbanding KHAWARIJ yang telah membunuh Syaidina Uthman Affan r.a bagi mencetuskan pergeseran antara para Sahabat r.a terutama sekali antara Syaidina Ali r.a dengan Syaidina Muawiyyah Abi Suffian r.a.

Bagaimanapun, golongan SYIAH terutama dari Karbala cukup terkenal kerana mereka telah membunuh cucunda Rasulullah s.a.w, Syaidina Husin bin Ali r.a. Bagaimanapun, kebijaksanaan mereka memutarbelitkan fakta, meletakkan kesalahan kepada Yazid bin Muawiyyah yang menjadi khalifah dan pernah bersama-sama Syaidina Husin r.a dan Syaidina Hasan r.a dalam barisan hadapan tentera Islam.

Di Malaysia, kelompok yang berpegang kepada ajaran Syiah sudah mula mempamerkan fahaman ekstrim mereka secara terang-terangan. Semenjak Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, kelompok Syiah yang selama ini bertaqiyyah dan berbaiat kepada pemerintah, berasakan mereka sudah bebas daripada berbuat begitu.

Dan kebiasaan bagi kaum Syiah ialah, mana-mana yang tidak sebulu dengan mereka, maka dihalalkan darah golongan berkenaan untuk ditumpahkan, terutama sekali sekiranya kelompok yang tidak sebulu dengan mereka itu beragama Islam.

Setakat ini, di Malaysia, puak-puak yang memeluk agama Syiah dan beranggapan mereka 'lebih maju' dan 'lebih baik' daripada kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana kononnya mereka mencintai Ahlul Bait, belum lagi mengisytiharkan perang ke atas umat Islam memandangkan kelompok mereka masih terlalu kecil.

Namun, kecenderungan ke arah itu sudah mula dapat dilihat dengan jelas.http://theflyingkick.blogspot.com/2013/02/kerana-pakai-baju-1m4u-menteri-besar.html