Khamis, 7 Februari 2013

KISAH YANG TIDAK AKAN DIPAPARKAN DI HARAKAH!~


Al-Fathiah!~ Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat & Ditempatkan Dikalangan Org2 Soleh

"DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah. Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah..."

Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan:

"Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nal tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu..."

Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

(Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013)

AZIZAN BAKAL TINGGALKAN PAS & SERTAI UMNO?!!!


Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.
Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.
Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.
Cheq X Lama!~ Cheq Nak Pencen Dah!~
Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.
Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.
“Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.
“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,” katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.
“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.
Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.
“Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu,” katanya.
- SINAR HARIAN


HUSAM MUSA HALAU NASA PERGI MASUK UMNO!~




Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.

Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.

"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan.

Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.

"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.

Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama