Seharusnya masyarakat menyambut baik pemansuhan ISA bukannya mencemuh!
Pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang memansuh ISA dan tiga Proklamasi Darurat yang baru sahaja diumumkan. Pendekatan ini secara tidak langsung mematangkan pemikiran dan tingkah laku rakyat dalam menghadapi sebarang isu dan keadaan terutamanya dalam di dalam keselamatan negara.
Tidak ke rakyat berfikir bahawa PM dengan rela hati dan memberi kepercayaan kepada rakyat dengan memansuhkan akta berkenaan demi kebaikan kita semua dan berharap kepercayaan yang diberikan olehnya digunakan sebaik mungkin…
Jika sebelum ini kecoh mengatakan ISA zalim, ketinggalan zaman dan sebagainya, setelah dimansuhkan adalah WAJIB kita bersyukur dan berharap akta baharu yang menggantikannya lebih baik dan sesuai mengikut keadaan negara ketika ini.
Persoalannya adakah dengan pemansuhan ini rakyat akan lebih bersikap terbuka atau mengambil kesempatan dengan membuat huru-hara yang lebih dasyat dr sebelumnya??? Di sinilah nanti kita akan lihat tahap kematangan dan pemikiran rakyat negeri ini…lebih bersikap terbuka dan berpendirian teguh dalam menangani sebarang isu yg mendatang atau masih lagi seperti BERUK KENA BELACAN terkinja2 berdemo di atas jalan raya kerana pd mereka tiada lagi undang2 yang akan menahan setiap perbuatan salah mereka yang merobek keamanan di negara yg kita sayangi ini dengan seribu 1 alasan yang tidak masuk akal.
Wahai saudara/I sekalian apa juga agama yg kita anuti tidak pernah mengajar kita untuk membuat kerosakkan di bumi yg indah ini. Kebaikan yang Tuhan berikan kepada kita apalah salahnya kita bersyukur bersama2 dan menerima setiap berita gembira ini hati terbuka tanpa syak wasangka yang buruk.
Mengapa tidak mengambil pendekatan menerima, bersyukur dan menggunakan kebaikan yg dianugerahkan sebaik2nya…kini bila sudah ISA dimansuhkan, tiada lagi tangisan hiba anak dan isteri apabila si suami di tahan dibawah akta berkenaan…segala bentuk kezaliman yang di sebut2 sejak 54 tahun tidak lagi dirasai…apakah pengumum baik ini dipandang enteng oleh mata2 yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap kerajaan?
Berfikirlah wahai anda semua…Najib yang telah dipilih oleh majority rakyat di negara ini untuk memimpin negara kita pastinya mahu membawa kemakmuran. Percayalah, jikalau tidak banyak sedikit di dalam setiap kepala2 seseorang pemimpin pasti mahukan yg terbaik untuk rakyatnya. Ia seolah KPI kpdnya apabila rakyat sentiasa sejahtera dan harmoni. Jika ada sedikit sebanyak kesilapan serta kesalahan yg dilakukan oleh pemimpin2 yang telah dilantik itu lumrah sbgi seorg manusia yg tidak pernah lekang untuk melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak….
Apa pun pandangan SM, dengan pemansuhan ISA ini adalah terbeekkk…Najib dalam secara tidak langsung mendidikan minda rakyat negara ini bahawa keamanan dinegera ini terhasil bukan kerana ISA tetapi kerana diwujudkan oleh tangan2 kesemua rakyat di negara ini….semoga negara ini terus aman damai dan di limpahkan rezeki oleh yang maha ESA…amin…
Note:
Syahdu melihat keadaan di Somalia yang tidak henti2 dilanda bala dan malapetaka..jauhkan semua ini dr negaraku ya Allah…