Khamis, 8 Mac 2012

#POLITIK# DUA EXCO KEDAH DEDAH RAHSIA SEBENAR

Ada Kejutan Lagi????

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri. <Selesai Mankok Ayun Selesai???>

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.<Wah..tercapai Erk? Padahal Duq dalam Ribut Sebab nak election jer Weh!>

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.<Kalo Jemaah, Naper Duq Masok Paper Woit??>

kalo korang nak baca lagi berita neh, p bukak laman web Harakohhhh tur...SM malas nak layan beb! penat tgk laman web yang penuh dengan ubat kuat tur kuikuikui...

Jemaah bley pakai ker???

#POLITIK# PROJEK LYNAS DIBATALKAN?

Bantah Tanpa Sebab Yang Kuat!

SM, merasakan isu Lynas@ Nadir Bumi ini lebih kepada isu politik yang dimainkan untuk memancing undi masyarakat. Ini kerana isu ini dilihat tidak sekata atau lebih senang hanya mengambil isu yang dilihat negatif oleh masyarakat.

Jika bukan kerana motif politik, semua orang percaya bahawa isu Lynas @ nadir bumi ini sudah lama selesai di Pahang dan Foziah sepatutnya sudah lama menutup mulutnya. Namun, beginilah politik di tanah air kita. Segalanya dipergunakan dan permainkan semata-mata untuk meraih undi. Yang malangnya adalah segalanya dilakukan bagi memburukkan kreadibiliti kerajaan dan pemimpin dengan tujuan menjatuhkannya untuk maerbut kuasa seterusnya melapangkan jalan ke Putrajaya.

Anu arr seperti biasa, matlamatnya menghalalkan cara. Kerana itu Pahang teruskan dijadikan sasaran kerana menganggap bahawa politik Pahang berantakan dan UMNO Pahang dalam keadaan yang lemah. Seperti biasa juga, Anu arr rela mencapai nafsu dan cita-citanya biarpun melalui 'jalan belakang'. Kerana itulah isu Lynas sering saja dihangatkan dan terbaru, 'Himpunan Hijau' diadakan di Kuantan untuk tujuan sama
Rakyat sudah semakin sedar dan tidak lagi dapat diperbodohkan.

Kerana itulah 'Himpunan Hijau' tidak mendapat sambutan. Sasaran mereka 26 ribu yang hadir hanya sekitar 3 ribu, itupun termasuk mereka yang diimpot. Malahan MB Pahang menyindir supaya aktiviti berkenaan diadakan sepanjang masa kerana ianya mampu manjana ekonomi negeri. MB Pahang menganggapnya sebagai sebahagian dari sektor pelancongan dan menamakannya ‘Demo Tourism’

Sebenarnya isu kilang Lynas di Kuantan itu tidak patut langsung jadi isu. Cuma Foziah Thoron yang gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen ingin menutup malu dan kemaluannya atas kegagalannya memutarbelitkan keadaan dan jadikan Lynas sebagai kambing hitam bagi mengalih pandangan.

Jika 'rare earth' ini dianggap terlalu bahaya kepada rakyat, kenapa tidak pembangkang mengadakan bantahan juga di Selangor yang turut juga mempunyai kilang yang sedang beroperasi? Kenapa hanya kilang demikian itu dipertikaikan di Pahang tidak di Selangor yang diperintah oleh Pembangkang?



#POLITIK# SBPA BATAL, SSM DITAMBAH BAIK KEKAL

Terbang Melayang??? hahaha...




PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA
Nak sangat! Hambik....adoiii....dapat skit jeq..kuikuikui...