Selasa, 11 September 2012

MIZZ NINA TAK TAHU HUKUM SHUBAHAH


Mungkin berasa tertekan dengan kecaman dari pelbagai pihak ekoran tawaran persembahan dari sebuah syarikat Arak, Mizz Nina tampil membuat penjelasan kepada umum..

Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
 

"Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," katanya kepada Portal hiburan murai.com.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. 

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya.

P/s*** boley tak saper2 tlg bgtau pd mizz nina nie hukum shubahah.....kot2 doa lupa ker..he3

MISLINA MUSTAFFA TIDAK MAHU JADI MACAM ABBY ABADIE


Mislina Mustaffa- Nama yang tidak asing di dalam arena seni….apa ang menghairankan naper artis nie da jadik macam pengemis jalanan…

Nak tengok gaya pemikiran mislina mustaffa ini sila lihat video dibawah…siap buat projek homeless ii.

Video ini rasanya dimuat naik bagi memperlihatkan kehebatan projek dan pemikiran Mislina Mustaffa, salah seorang peserta Occupy Dataran tidak lama dahulu. 

Mislina Mustaffa - Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya
Tidak menutup aurat, berpakaian tidak senonoh....adoi ini ke yang kakak nie cari dalam hidup dia?

Projek hidup tanpa rumah atau hidup gelandangan — mula cakap rasa aman takda rumah…lepas tu cakap kalau ada rumah hendak ada halaman besar supaya boleh bela anjing.

Apa yang nak di herankan, jika seseorang muslim itu hanya pada nama, ia akan memperlihatkan kebododohan dan kejahilanya sahaja….sayang, ilmu di dada digunakan hanya untuk mengetahui setakat mana dia boleh mengkaji bab2 dalam hidup tidak berkait dgn ilmu selepas mati…

Di dalam video nie, jelas pandangan Islam melalui pemikiran lojik akal nya saja.
Agak2 Tok guru Nik Aziz mahu tak jumpa Mislina Mustaffa nie? Mungkin boleh tarbiyahkan skit macam ustazah abby???.

Pegang&membela anjing macam tak der rasa apa2...pelik2....