Rabu, 25 Mei 2011

Seorang mangsa masih kritikal- Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat

Antara Mangsa Tanah Runtuh Yg Berjaya Di selamatkan

















  • SEORANG daripada tiga mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Sabtu lalu masih dalam keadaan kritikal.
  • Ini berlaku kerana selepas otaknya dikatakan membengkak, manakala buah pinggangnya dikhuatiri mengalami kerosakan akibat terlalu lama tertimbus dan kekurangan oksigen dalam kejadian berkenaan.
  • Mohd Izzuddin Abdullah @ Ibrahim, 29, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang dan pemerhatian khusus diberikan pakar bagi meredakan otaknya serta memulihkan buah pinggang yang rosak, sebelum dipindahkan ke wad biasa.
SemerahCili!: Marilah kita bersama2 berdoa agar mangsa ini dikuatkan semangat dan pulih semula..Amin Ya Rabb...

Pantau menyeluruh: PM


PM melawat antara mangsa tanah runtuh di Hospital AMPANG

  • Datuk Seri Najib Razak mahu pemantauan menyeluruh dilakukan ke atas semua bangunan atau rumah yang dibina di atas tapak tanah berstatus pertanian bagi mengelak tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, pada Sabtu lalu, berulang.
  • Pemantauan perlu berikutan kebanyakan rumah atau bangunan dibina di tanah berstatus pertanian tidak mematuhi garis panduan pembinaan sehingga menyebabkan mereka terdedah risiko seperti tanah runtuh
  •  Pemilik rumah yang didapati tidak selamat atau tidak mengikut garis panduan akan dimaklumkan dan diberi notis.
  • PM turut mengumumkan kerajaan akan membina semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di tempat lebih selamat
SemerahCili!: Pemantauan yang berterusan perlu dijalankan dengan lebih hebat lagi! usaha ini perlu berterusan bukan mengikut musim. Moga selepas kejadian ini, semua pihak peka dengan keadaan sekeliling terutamanya rumah yang berhampiran lereng2 bukit.