Rabu, 30 Januari 2013

PECAT USTAZ NASHA - MAHATHIR BALUN POLITIK KOTOR PAS.

Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, hari ini.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. sumber

Selasa, 29 Januari 2013

WAJAH WIRA PALESTINE MAHMUD SARSAK, PEMAIN BOLA SEPAK YANG MOGOK LAPAR DALAM TAHANAN


Mungkin mamat hensem yang berani mati ini tiada kaitan dengan Malaysia. Tapi anak muda Malaysia boleh mencontohi nilai perjuangannya. Edisi kali ini khas untuk anak muda.

Mahmud Sarsak ialah seorang pemain bola sepak yang ditahan oleh Israel tanpa tuduhan dan bicara pada tahun 2009. Undang-undang ini serupa macam ISA di Malaysia. Mahmud Sarsak telah mogok lapar selama 90 hari kerana menuntut kebebasannya. 

Mahmud Sarsak, pemuda Gaza ini adalah aktivis pejuang jihad Islam Palestine yang amat ditakuti Zionist Israel. Ketika ditahan beliau baru berusia 25 tahun




*** Kita di mana di saat warga palestin dipijak2, diseksa, dibom? sedap makan mc'D ker?

Rabu, 23 Januari 2013

MUSA HASSAN BUAT U-TURN!~?


Sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu dok mengagung - agungkan sangat dengan pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Musa.

Diorang bersorak seolah - olah Tan Sri Musa mula cenderung ke arah perjuangan mereka. Tapi, ternyata semua anggap tu hanya mimpi mereka disiang hari.



Hari ini, Tan Sri Musa tampil dan menyatakan bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang tu bukan la bagus sangat. Diorang bukan Pembangkang yang berkualiti.

Dari segi kepimpinan Pakatan Pembangkang tu saja dah GAGAL. Jadi, macam mana pulak diorang nak memerintah Negara kelak? 

Persoalan paling utama, apa pulak respon puak - puak Pakatan Pembangkang Haramjadah tu nanti bila diorang baca kenyataan Tan Sri Musa ni?

Adakah diorang akan mengakui bahawa kepimpinan dikalangan mereka tu semuanya tak berkualiti belaka? Senang cerita, semuanya tak boleh pakai. Cakap je pandai, tapi buat kerja satu hapah pun diorang tak reti. Kerja dok menipu rakyat tu je la!!!

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pembangkang di negara ini barisan pemimpin tidak berkualiti.


Menurutnya, ini berikutan sikap pembangkang sendiri yang sering menyalahkan kerajaan tetapi tidak menampilkan idea yang bernas untuk membangunkan negara.


“Bagi saya, pembangkang berkualiti akan bantu kerajaan majukan negara. Namun, apa yang saya lihat, mereka asyik mencari kesalahan kerajaan tanpa ada inisiatif untuk tampil dengan idea sendiri,” katanya.


Musa berkata demikian dalam temu bual dengan saluran televisyen internet, Dtubes.TV.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan sekarang juga masih memiliki banyak masalah yang perlu diperbetulkan.

“Kebanyakan pemimpin sekarang lebih utamakan kepentingan sendiri berbanding negara. Ini masalah yang harus diperbetulkan. Namun saya tidak bermaksud kerajaan salah sepenuhnya kerana pembangkang pun bukan semuanya betul.

“Cuma kerajaan sekarang perlu mentadbir dengan keterbukaan jika betul-betul mahu laksana transformasi seperti diingini rakyat,” katanya. 


Khamis, 17 Januari 2013

Sindrom “Listen, Listen, Listen”: Dulu Adam Adli, Sekarang Bawani



ScreenHunter_05 Jan. 17 04.00

Kadangkala, saya tidak nafikan bahawa pihak pembangkang memang “bijak” dalam memainkan peranan menyuntik racun ke dalam minda sehingga mampu menyembunyikan kejijikan mereka di mata rakyat.

Bagi yang tidak tahu, kurang faham dan kurang mengerti, saya yakin mereka mungkin akan mudah terpengaruh dengan “sindrom listen, listen, listen” yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Terus terang saya katakan, saya langsung tidak berminat untuk membela Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen, yang dijadikan “bahan” oleh segelintir mahasiswa Pro-M (pro-pembangkang) dan penyokong Pakatan Haram diluar sana.


ScreenHunter_04 Jan. 17 03.59
Mungkin saya akan mengulas mengenai Syarifah di akhir tulisan ini untuk berlaku adil.

Namun, saya lebih berminat untuk mengulas tentang Bawani yang tiba-tiba diangkat setaraf “wirawati”, sama seperti Adam Adli yang bertindak biadap di dalam beberapa kes yang melibatkan propaganda Pakatan Haram sebelum ini.

Dalam ertikata lain, Bawani dan Adam Adli memang tiada beza sikapnya. Cuma berbeza jantina sahaja. Adam Adli “mahasiswa biadap” versi lelaki dan Bawani “mahasiswi kurang ajar” versi perempuan.

**Sumber 


Isnin, 14 Januari 2013

PELAJAR-PELAJAR LUAR NEGARA YANG XSEDAR DIRI & BACUL!!!




Kalo korang tgk gambar dibawah ni, sumenya tutup muka..apa kes beb? Takot kena diambil tindakan kata berani sgt? Mana keberanian korang?

Para Pelajar Di Kaherah, Mesir Yang Menyertai KL112.....Awatnya tutup Muka Beb?

SM!~~ Kalo katakan dipihak yang benar naper takot beb? bukak jerlah kain yang tutup muka tu!~