Selasa, 21 Jun 2011

Sekalung Doa Buat konvoi flotila~~~

Doakan kejayaan Misi Konvoi Flotila!!!




Misi diharap pecah sekatan Israel

Umat Islam diminta mendoakan kejayaan misi konvoi flotila kemanusiaan ke Gaza yang akan berlepas ke sana pada 27 Jun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap misi kali ini membuahkan kejayaan.
Read More

Semerahcili!, mengharapkan agar misi ini berjaya ini kerana  sudah puluhan tahun umat Islam merasa kepedihan kerana Masjidil Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat penganutnya ditawan Israel!. Meskipun, kita semua tiada upaya untuk membantu dari segi tenaga, wang ringgit dan sebagainya tetapi insyaALLAH kita ada kekuatan untuk membantu dengan mengangkat tangan dan berdoa kepada illahi agar misi ini berjalan dengan lancar.


Bukan Semua Majikan Di Malaysia Kejam!

Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.  

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.-Read More



SARMINI menunjukkan surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.



Pada pendapat Semerahcili!, bukan semua majikan kejam kerana selama ini kita hanya sering dengar bahawa majikan di Malaysia zalim dalam melayan pembantu rumahnya. Hari ini kita dengar seorang majikan banyak membantu pembantu rumahnya sehingga pembanturumah berkenaan tamat belajar di universiti berkenaan dengan membiayai sebahagian daripada kos pengajian pembantu rumahnya. Ini boleh dijalankan contoh kepada majikan yg lain agar lebih prihatin dan membela nasib pembantu rumah mereka yang kebanyakkannya datang ke negara ini kerana miskin&memerlukan pekerjaan di Malaysia.


Penganjur BERSIH cuba pengaruhi penduduk kampung???




Pembangkang dipercayai biaya kos perhimpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 dikesan cuba mempengaruhi penduduk kampung di beberapa negeri, termasuk Melaka, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan untuk menyertai perhimpunan haram itu yang dijadual berlangsung di ibu negara, 9 Julai ini.

Difahamkan, kegiatan itu didalangi parti pembangkang yang bersedia menanggung kos berkaitan, termasuk pengangkutan, penginapan dan makan minum penduduk kampung terbabit sebagai helah meraih sokongan terhadap penganjuran perhimpunan itu walaupun diberi amaran keras oleh polis supaya tidak meneruskan acara berkenaan

Ia didedahkan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom sambil menyatakan tindakan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka semakin terdesak dan cuba meraih sokongan orang ramai selepas polis mengeluarkan amaran keras supaya perhimpunan itu tidak diteruskan atas sebab-sebab keselamatan.

“Kami memperoleh maklumat ada kumpulan tertentu, dipercayai parti pembangkang cuba mempengaruhi penduduk kampung dan kawasan terpencil di empat negeri berkenaan menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara dengan semua perbelanjaan ditanggung.

“Sebenarnya, penduduk kampung itu tidak sedar diperdaya, mereka hanya diberitahu terpilih menyertai program lawatan percuma ke Kuala Lumpur. Padahal, mereka akan dikumpulkan sebagai kumpulan penyokong perhimpunan itu sebaik tiba di ibu negara,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengeluarkan amaran, termasuk akan menahan penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, 9 Julai ini jika masih mahu meneruskan perhimpunan itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan.
Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit perhimpunan itu, termasuk permohonan daripada Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0.

Mohd Ali dalam laporan polis dibuatnya turut mendakwa penduduk kampung terbabit dijangka tiba di ibu negara menggunakan 30 hingga 40 bas sebelum dikumpulkan bagi tujuan menyertai perhimpunan haram itu.

“Kami berharap polis dapat bertindak segera mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Manakala, golongan ibu bapa diingatkan memantau gerak geri anak mereka supaya tidak diperdayakan kumpulan tertentu untuk menyertai perhimpunan haram itu. Ini juga bagi mengelak berlakunya sebarang insiden tidak diingini,” katanya-Sumber Berita Harian