Kecohlah sudah perihal video BANGKANG DARI LONGKANG yang
memaparkan Salleh Yaacob dan Nabil menyindir Pakatan Rakyat yang lebih banyak
bermimpi dan memberikan mimpi kepada para penyokong mereka berbanding berpijak
ke bumi yang nyata.
Hasilnya, Salleh Yaacob dan Radio ERA diserang oleh para
pecacai Pakatan dengan menggunakan modus operandi mereka. Kekuatan pecacai
Pakatan Rakyat, yang kebanyakannya diupah dan mempunyai ratusan akaun Facebook,
telah dipergunakan sepenuhnya untuk menyerang dan menjatuhkan kredibiliti serta
semangat Salleh Yaacob.
Akhirnya, penyampai radio, pelawak, pelakon, penyanyi serta
pengacara itu mengambil keputusan untuk bersara dari dunia hiburan, sekaligus
memberikan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat yang sangat terkesan dengan
sindiran terhadap BUKU JINGGA yang dilihat tidak ubah seperti sebuah komik
kartun yang hanya digunakan untuk dibaca di dalam jamban.
"Saya sangat kecewa dan
meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang
hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah
semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia hari ini.
Serangan bertali arus oleh pecacai Pakatan Rakyat bagi
mewujudkan tekanan di dalam FACEBOOK dan medium Internet, bukanlah perkara
baru. Sebelum Salleh Yaacob, PSY Gangnam yang telah bersetuju untuk membuat
persembahan di Pulau Pinang dan di atas pentas Barisan Nasional turut mendapat
tekanan daripada para pecacai Pakatan Rakyat.
Para pecacai Pakatan Rakyat yang dikenalpasti sebagai
sibertruper DAP yang pernah menyerang blog TFK dalam kes ANAK GUAN ENG RAMAS
TETEK PELAJAR PEREMPUAN, membuat pelbagai cerita hodoh tentang Malaysia yang
semuanya bersifat fitnah dan tohmahan.
Sebahagian besar daripada mereka, merupakan Cina Singapura
dan langsung tidak faham atau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu!
Bagaimanapun, dalam kes Salleh Yaacob, serangan telah
dilakukan oleh pecacai-pecacai Pakatan Rakyat dari mereka yang boleh berbahasa
Melayu.
Agak aneh memandangkan para pecacai Pakatan Rakyat langsung
tidak dapat menerima sebarang bangkangan atau sindiran terhadap mereka. Belum
lagi berkuasa, mereka telah bertindak menghapuskan semua bangkangan atau
golongan yang tidak bersetuju dengan mereka. Dan kalau boleh, mereka hanya mahu
menguasai medium Internet bagi pihak mereka sahaja. Kalau ada mana-mana pihak
yang tidak bersetuju, turut menggunakan Internet, mereka akan menggunakan
sebarang cara bagi menghapuskan ancaman tersebut.
Dan Salleh Yaacob adalah salah seorang daripada mereka yang
terkena natijah tersebut.
Ini dalam keadaan UMNO-BN masih lagi menjadi Kerajaan.
Bayangkanlah kalau UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai kuasa,
rasa-rasanya ramai yang akan mati dibunuh di tepi jalan dengan mayat-mayat
mereka reput kering begitu sahaja tidak diuruskan hanya semata-mata dengan
alasan, mereka yang dibunuh itu adalah penentang Pakatan Rakyat.
Kecenderungan melakukan pembunuhan dan menghapuskan
tentangan dengan pembunuhan sudah semakin ketara dalam Pakatan Rakyat sekarang ini.
Di Perak, kes penyokong PAS yang mahu membunuh Ketua Cawangan UMNO kerana
mendakwa bendera PAS diturunkan dan dibakar, telah diketahui secara umum. Di
Terengganu pula, empat orang samseng PAS telah mengugut dan mengancam hendak
membunuh bekas ahli PAS yang telah masuk UMNO dan kemudian menjadi Pengerusi
Penaja penubuhan cawangan, turut mendapat tempat dalam media.
Manakala di Pandan Indah pula, pemimpin PKR dan DAP memburu
dan cuba membunuh sekumpulan penyokong Barisan Nasional semata-mata kerana mendedahkan
keburukan Mak Lampir, Azmin Ali dan Janice Lee yang telah menjadikan MPAJ
sebagai gudang duit mereka.
Kecenderungan Pakatan Rakyat untuk menjadi satu lagi REJIM
POL POT di Malaysia, semakin ketara kebelakangan ini. Anda boleh mendengar
sendiri bagaimana mereka AKAN MEMBALAS DENDAM apabila mereka berkuasa, jikalau
anda rajin bergaul dan berbual dengan mereka!!!