Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh
kemerdekaan yang saban tahun disambut rakyat negara ini. Tarikh itu walaupun
bukan merupakan tarikh pembentukan negara, namun diraihkan sebagai hari
kemerdekaan.
Pada 31 Ogos 1957, iaitu 56 tahun
lalu, tanah melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah, British. Maka mulai
tarikh itu Tanah Melayu terbebas daripada cengkaman penjajah lebih 400 tahun
lamanya.
Berikutan merdekanya tanah
Melayu, maka negara-negara yang belum merdeka pada masa itu, hanya Sabah,
Sarawak dan Singpura; manakala negara-negara lain yang berada di lokasi Asia
Tengara, sudahpun dimerdekakan oleh penjajah masing-masing kecuali Thailand, di
mana negara itu tidak pernah dijajah oleh bangsa asing.
Berikutan merdekanya Tanah
Melayu, maka keinginan merdeka daripada Sabah, Sarawak serta Singapura turut
membuak-buak, atas sebab itu rakyat negara-negara itu bersetuju bergabung
dengan Tanah Melayu membentuk negara Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Dengan laungan keramat itu, maka
perasaan tidak dapat digambarkan betapa bahagianya bangsa yang merdeka. Merdeka
dalam semua perkara. Bebas memilih anutan hidup, bebas segala-galanya.
Selama 56 tahun, atau 50 tahun
bagi Sabah dan Sarawak; kini timbul pengertian merdeka itu sendiri. Ada rakyat
yang merdeka atas nama sahaja, namun belum merasa merdeka dalam segi kehidupan.
Selama setengah abad, bagi mereka
yang memang merdeka dalam soal-soal kehidupan, memangpun merdeka sehingga kini,
malah kemerdekaan mereka ditambah dengan kesejahteraan.
Namun, mereka yang
memang benar-benar dimerdekakan setengah abad yang lalu, masih belum merasakan
apa erti kemerdekaan sepenuhnya.
Kalau tidak percaya, Tanya pada sesiapa yang
ada di depan, di belakang, di kiri kanan saudara, sudah tentu, mereka-mereka
itu akan memberi jawapan yang berlainan antara satu sama lain, dalam pengertian
kemerdekaan.
Pengertian kemerdekaan, hanya
akan mendapat jawapan yang sama pada satu kumpulan yang monomus, namun jawapan
yang berbeza akan diperolehi daripada kumpulan majmuk.
Sampai kapan kah? rakyat yang
dimerdekakan lebih setengah abad yang lalu memberi jawapan yang sinomim? atau
kah akan memerlukan masa setengah abad lagi? bagi menemukan jawapan yang sesuai
dengan pengertian kemerdekaan.