NAJIB bergambar dengan belia pada Forum Tindakan Belia 2011 di ibu negara, semalam
Kenaikan tarif elektrik pada masa depan galak guna, teroka tenaga alternatif
- Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik pada masa depan tidak akan menjejaskan rakyat di samping menggalakkan penggunaan serta penerokaan tenaga alternatif di negara ini.
- Perdana Menteri berkata, tarik elektrik ada kaitan dengan keadaan semasa dan realiti semakin banyak keperluan tenaga, termasuk gas yang perlu diimport mengikut harga pasaran.
- 75 peratus daripada isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik sama sekali di samping melaksanakan langkah menjimatkan tenaga.
- Najib berkata, kerajaan memberi jaminan subsidi tenaga elektrik dirangka khusus untuk memberi manfaat kepada rakyat negara ini dan tidak sekali-kali bertujuan untuk memberi manfaat kepada Stesen Tenaga Bebas (IPP).