Rabu, 27 Julai 2011

USTAZ FATHUL BARI BIDAS KENYATAAN DR ASRI!
SEMERAHCILI


NAK TENGOK KEBENARAN? TENGOK SINI!!!


Kewajiban taat kepada pemerintah merupakan salah satu prinsip Islam yang agung. Namun di tengah carut-marutnya kehidupan politik di negeri-negeri muslim, prinsip ini menjadi bias dan sering dituding sebagai bahagian dari gerakan pro status quo. Padahal, agama yang sempurna ini telah mengatur bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap pemerintahnya, baik yang adil maupun yang zalim.

Allah telah memerintahkan kepada kaum muslimin untuk taat kepada penguasanya betapapun jelek dan dzalimnya mereka. Tentunya dengan syarat, selama para penguasa tersebut tidak menampakkan kekafiran yang nyata. Allah juga memerintahkan agar kita bersabar menghadapi kedzaliman mereka dan tetap berjalan di atas sunnah.

Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah dan memberontak kepada penguasanya maka matinya mati jahiliyyah. Yakni mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah seperti keadaan orang-orang jahiliyyah.
(Lihat ucapan Al-Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas , dia berkata: ”Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)

nOTE:
Zalim sangat ker pemimpin kiter sehingga perlu ditentang habis-habisan? tepuk dada tanya iman~~




 

MELAYU ATAU LAYU?
SEMERAHCILI!
MELAYU, MELAYAU ATAU TERUS LAYU???


Semangat mahu terus hidup dengan prinsip dan berdaya maju semakin hilang dek krn terlalu asyik dibuai dengan keistimewaan hak2 orang Melayu itu sendiri!


Adakah saranan ini betul2 diikuti atau hanya memandang 'sebelah mata sahaja???


Semangat berdaya saing sentiasa mahu kehadapan dalam perkara kebaikan pasti mengembalikan Rahsia Kejayaan Melayu seperti yg ada pd hati para perjuang terdahulu!
Melayu gah! Takkan Melayu Hilang Di Dunia? Melayu Tetap Di hadapan? MELAYU…MELAYU..MELAYU….adakah nama sesebuah bangsa terlalu penting atau prinsip, perjuangan dan budaya yang berdaya saing sebagai kayu pengukur sesebuah bangsa perlu dititik beratkan!.
Sekiranya, hak-hak dan kewajipan orang-orang Melayu ini tidak diwujudkan di dalam perlembagaan apakah yang akan terjadi kepada orang Melayu ketika ini adakah lebih maju dari pelbagai aspek dari kalangan bangsa yang lain atau terlalu mundur kerana bangsa Melayu itu terlalu lemah dalam berdaya saing.
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak keistimewaan berbanding bangsa lain di Tanah bertuah ini!. Hak-hak dan keistimewaan ini bukan perkara baru tetapi telah termenterai sejak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi dan diamalkan di negeri2 melayu yang tidak bersekutu sebelum perang.
Di bawah ini adalah senarai Hak2 Untuk MELAYU yang diberikan tetapi Persoalan BESAR sehingga kini yang menjadi tanda Tanya adakah ini masih MEALAYU yang PUNYA???
1.      Tanah untuk Orang Melayu
Hak2 untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh oleh Kerajaan Negeri

~~~ Kerajaan negeri berhak membuka tanah dibawah kawal-selia kerajaan negeri tetapi adakah kini masyarakat Melayu punya tanah seluas beribu2 ekar??? Apa yang orang Melayu buat yg satu ketika dulu punya tanah abih dijual kerana duit, kerana tamak, kerana mahu cepat kaya..berfikiran singkat! Akhirnya tanah yang ada digadai, duit abis, badan tergadai….(org2 tue kater)

2.      Jawatan dalam Sektor Kerajaan
Jawatan2 kanan dalam kerajaan persekutuan tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

~~~ Adkah krn tahu yang sektor kerajaan ini orang Melayu senang nak dapat menyebabkan tiada sikap DAYA SAING…apabila sudah mendapat kerja kerajaan pula buat kerja sambil lewa..sifat malas menguasai diri..tiada usaha untuk meningkatkan kredibiliti pekerjaan sambil melambat2kan urusan kerja mengikut sukaHATI sendiri..berbeza dengan bangsa lain yang kita lihat hari ini kebanyakkannya ‘Workaholic’ dan sentiasa berdaya saing untuk maju dr pelbagai aspek!

3.      Peruntukkan Biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut2 Melayu daripada penuntut bukan Melayu

~~~ Sikap Malas Belajar! Apabila tahu MELAYU diberi hak keistimewaan dan senang memperolehi biasiswa menyebabkan ada yang mendabik dada bangga memiliki keistimewaan berkenaan…apabila sudah terima tidak tahu hargai, hanya tahu merungut sekiranya tidak dapat bantuan dr kerajaan…sudah abis belajar berkhidmat dengan negara luar krn memikirkan DUIT semata2 bukannya mahu membalas kebaikan negara yang telah membantu memberikan tajaan selama ini. Ini MELAYU?? Yea!!!

4.      Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen2 atau kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti2 ekonomi lain.

~~~ Siapakah yang memegang Ekonomi negara kita ketika ini? Bangsa Melayukah yang menopoli kadar perniagaan, kedai2, restoran, gudang dan sebagainya? Jawapannya Tanya diri sendiri…Kemungkinan besar Bangsa MELAYU yang sering diberi layanan sangat istimewa, di manjai sehingga lemak dan tak tahu berdikari menyebabkan bangsa MELAYU ketika ini tenat dr semua segi!

Apakah yang terjadi kepada masyarakat Melayu ketika ini? Maju? Seiring dengan bangsa lain yang ada di negara ini? Dr aspek kaca mata seperti tiada apa yang berlaku kepada Bangsa Melayu ketika ini..tetapi apabila dikaji dan diteliti pelbagai kemusnahan sedang rancak berjalan….Bangsa Melayu kini kian mundur..tiada berdaya saing…masalah social yang melibatkan org2 melayu khususnya belia2 yang sepatutnya menjadi pelapis negara hancur!! Hancur!! dan terus hancur dengan segala KEISTIMEWAAN yang diberikan selama ini!

Wahai Bani MELAYU…adakah sudah tiada perjuangan dalam diri kamu lagi? Adakah tiada lagi keinginan untuk terus kehadapan seperti perjuang2 dahulu yang mempertaruhkan nyawa demi negara? Adakah kamu semua sudah mati kerana terlalu kaya ataupun miskin? Adakah sudah lupa janji2 yang ditaburkan kepada nenek moyang untuk terus maju dalam pelbagai bidang?

BANGKITLAH WAHAI BANI MELAYU…berubahlah demi nama AGAMA, BANGSA DAN NEGARA yang tercinta ini……….




RAKYAT BIJAK DALAM MEMILIH!
Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Yang telah dipilih oleh majoriti Rakyat seharusnya dihormati dan dimuliakan sebagai seorang pemimpin

Pemimpin yang sah perlu diperakui serta diterima meskipun kadang kala kita berbeza fahaman politik


Generasi muda perlu dipupuk perasaan sayangkan negara agar dapatt melahirkan umat yang mendukung dasar agama, negara dan bangsa


Rakyat kini bukan saje didedahkan dengan pelbagai informasi tanpa sempadan tetapi bijak berfikir dan memilih setiap tindak-tanduk pemimpin mereka. Adakah dengan hanya janji2 kosong, hebat berpidato akan dapat menjamin kesinambungan dari segenap aspek di negara ini?
Dalam menghormati setiap pemimpin yang telah dipilih oleh majority rakyat di negara ini hukumnya adalah wajib seperti Firman Allah SWT:
Patuh kepada ketua dan pemimpin meliputi pelbagai bidang dan pengertian. Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil Amri (pemerintah) daripada kalangan kamu” - (An Nisa: 59).

Mengapa kita perlu hormat dan taat kepada pemimpin? Penerangan di bawah mungkin dapat membantu:
1.      Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia pemimpin kita ialah Perdana Menteri yang dilantik secara sah. Manakala pemerintah ialah Yang diPertuan Agong. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan juga parti wajib taat kepada kedua-dua selagi perintah itu tidak melanggar undang-undang dan syariat.

2.      Seluruh rakyat yang bermustautin dan bermukim di negeri-negeri berkenaan tanpa mengira agama, bangsa, dan parti politik wajib taat kepada pemimpin dan pemerintah mereka selagi kedua-duanya tidak mengarahkan sesuatu yang melanggar undang-undang dan syariat.

Persoalan sekarang, adakah realiti rakyat Malaysia hari ini taat kepada pemimpin dan pemerintah? Adakah pemimpin dan pemerintah sekarang ikut undang-undang dan syariat dan mengarahkan sesuatu yang berlandaskan undang-undang dan syariat? Apakah mereka adil dalam melaksanakan amanah Allah dan rakyat?
Mengikut pemerhatian Semerahcili! ada pemimpin yang tidak adil kepada rakyat yang berlainan parti. Ada pemimpin yang memilih kroni untuk memberi projek kerajaan. Ada juga pemimpin yang cakap tak serupa bikin, janji politik yang sukar ditunaikan. Pemimpin sebegitu sudah tentu tidak mengikut undang-undang dan syariat, maka sesiapa yang terlibat dalam urusan dengan pemimpin itu, tidak perlu taat. Tetapi dalam perkara lain yang elok dan menepati undang-undang dan syariat masih wajib ditaati.
Sebenarnya kalau semua rakyat ikut perintah Allah dan Rasul, mereka pasti tidak menjadi pembangkang kepada pemimpin yang telah dilantik. Maknanya seluruh rakyat Malaysia akan taat kepada Perdana Menteri dan pemimpin di bawahnya.
Seluruh rakyat negeri Selangor wajib taat kepada Mengeri Besar dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat Perak wajib taat kepada Menteri Besar yang sah dan pemimpin yang di bawahnya.
Begitu juga di negeri-negeri lain termasuk pemimpin yang bukan Islam seperti di Pulau Pinang. Rakyat tersebut boleh menjadi pembangkang kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariat tetapi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang betul.
Dalam ini yang menjadi pembangkang bukan semestinya daripada golongan parti pembangkang, sebaliknya mereka daripada parti pemerintah juga boleh membangkang pemimpin.
Kalau perkara ini boleh dipraktikkan oleh rakyat, pastilah negera kita akan maju, aman dan mendapat keredaan Allah.
Sedarlah wahai pemimpin dan pemerintah dan juga seluruh rakyat Malaysia, kita dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini. Kalau kita asyik mempertikaikan itu dan ini, masa bila kita hendak memakmurkan bumi ini. Ingatlah amanah Allah akan dipersoalkan di akhirat nanti, jadi fikirlah sebelum kita semua dijemput oleh Allah bertemunya nanti. Wallahu’lam….
Note:
Pemimpin Yang Baik&Berakhlak mulia pasti Rakyat Akan Sanjung….