Isnin, 26 Ogos 2013

KJ KAGUM DENGAN PEMBANGKANG?



KJ kagumi keakraban dalam Pakatan 


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya. 

Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata soalan itu meletakkan beliau dalam kedudukan yang 'sukar'. 

"Hmm..perkara pertama yang saya suka tentang mereka adalah keakraban di antara mereka yang sentiasa sepakat dan kelihatan bersama," kata ketua Pemuda Umno itu. 

Menurutnya, Pakatan Rakyat sentiasa berada bersama di pentas ceramah walaupun mereka bukanlah satu gabungan yang rasmi seperti BN. 

"Kami juga cuba berbuat demikian (ceramah bersama) tetapi semangat kekitaan Pakatan amat jelas dan ia adalah satu perkara yang saya kagumi," katanya. 

Selain itu, Khairy turut mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN"

"Mereka nampaknya mampu menjana penglibatan lebih ramai orang (menerusi media sosial)," katanya. 

Sewaktu diminta mencirikan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perkataan oleh seornag mahasiswa lain, Khairy berkata Anwar adalah seorang yang 'tidak tekal' (inconsistent). 

"(Bagaimanapun) anugerah yang ada pada beliau adalah beliau juga begitu tekal dalam mengharungi ketidaktekalannya itu," kata Khairy. 

Khairnya berkata demikian dalam sesi penutup forum Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini. -mk

Doakan Ustaz Kazim Selamat Sembuh Penyakit Setelah di bedah!!


Semalam Ustaz Kazim di masukan ke hospital untuk membuat pembedahan bagi menyembuhkan penyakit beliau (gambar diatas). Sudah tentu ramai peminat Ustaz Kazim yang risau akan keadaan ini.

Alhamdullilah pembedahan berjalan lancar.. 


Selepas pembedahan, peminat Ustaz Kazim dimaklumkan bahawa Ustaz Kazim selamat cuma mengambil masa untuk sembuh akibat dari pembedahan yang dilakukan..



Sama-samalah kita berdoa supaya Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia..