Pelakon
dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang
mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan
kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah
dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja
bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru
saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang
terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya
kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang
terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke
arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada
keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Betoi tur kak....kita baru pakai tudung 2,3 hari macam kita sorng dalam dunia nie yang menutup aurat..kecoh seantero dunia...agaknya terkejut plak tibe2 bley dpt peminat...