Isnin, 23 Julai 2012

#POLITIK# KELANTAN BINA 100 MASJID


Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi

Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini.

Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannyamendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat.

Tapi yang gua pelik, negeri yang kononya serambi Mekah yang dah memerintah 22 Tahun masih lagi tiada satu lagi pun masjid dibina???

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:54)

Renung-renungkan.....

#INFO# ZINEDINE ZIDANE GAGAL MEMASUKI GAZA


Bintang bola sepak  Muslim, Zinedine Zidane sangat peduli dengan nasib kanak-kanak yang hidup di Jalur Gaza, Palestin.

Kerana itu ketika dilantik sebagai duta badan dunia PBB bidang pendidikan, Unicef​​, Zidane seketika menyanggupinya. Apalagi dalam misinya legenda Les Bleus itu dijadualkan melakukan lawatan ke Jalur Gaza pada Mac 2010.

Dilaporkan dari The Palestine Telegraph, lawatan Zidane juga sebagai usaha untuk mempromosikan keamanan antara Palestin dan Israel. Dia dijadualkan melakukan perjalanan ke sepanjang wilayah daerah yang diblokade Israel. Zidane merasa senang sebab boleh membantu perjuangan rakyat Palestin yang merupakan saudara seiman.

Hope Zinedine Zidane dapat merubah sedikit sebanyak dan menolong warga palestin..

Erm..agenda zionist mang kejam dan zalim…Zionist tahu lawatan zidane akan memberi impak yang cukup besar kepada mangsa-mangsa palestin yang derita setiap saat salam memperjuangkan nasep kehidupan mereka…

Moga Allah membantu rakyat Palestin bebas dari Negara dunia ini…

Amin Ya Rabb!...

Kat Negara ini tak der neraka pun cari neraka..tak bala..cari bala….pelik2… 

#POLITIK# SAH!!! BN MANG MENIPU PILIHANRAYA


Kalo betoi ader kes mana bukti& bawak ke Mahkamah

Isu pengundi hantu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali dijelaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya negara ini.  

Pada SPR, dakwaan pengundi hantu adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.  Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar mahkamah.  

Dalam sejarah pilihan raya negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.  

Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.  

Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya pengundi hantu sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan dikekalkan di dalam daftar pemilih, sedangkan mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan- Sumber Lima Gantang

Kola betoi BN menipu mana buktinya geng?


#POLITIK# BN DALAM BAHAYA???



BN Bukan benar-benar dalam keadaan selesa menghadapi PRU13 nanti. Ini diakui oleh banyak pihak bahkan termasuk pucuk pimpinan sendiri. Memang payah untuk menyatakan sesuatu yang benar yang kadangkala ianya pahit untuk ditelan. Menyatakan kebenaranpun kadang-kala akan dipandang serong dan sinis.