Khamis, 14 Mac 2013

RAHSIA TENTERA SULU TIDAK DIBOLOSI PELURU TENTERA MALAYSIA!~


KEBAL!!. Amalan dan kepercayaan berperang dengan memakai tangkal dan azimat untuk kebal dan tidak lut oleh peluru dan tidak luka ditetak ternyata syirik dan merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampun oleh Allah SWT.


Di Kedah pada sekitar tahun 1921 terkenal dengan kisah Panglima Nayan yang mendapat gelaran 'Robin Hood Malaya', menyamun si kaya untuk disalur kepada si miskin.

Menurut kisahnya seperti yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Nik Man Nik Taha, bekas Penghulu Mukim Guar Kepayang, Alor Setar, Kedah di dalam buku Panglima Nayan penerbitan Sinaran Bros. Pulau Pinang, Nayan kononnya seorang yang kebal. Guru silatnya Awang Panjang telah menganugerahkan tangkal yang 'special' kepada Nayan. Kehebatannya melebihi tangkal-tangkal yang diberi kan kepada anak-anak silatnya yang lain. 

“Tangkal yang ku berikan kepada kau ini mempunyai kuasa yang lebih daripada yang ku berikan kepada kawan-kawan kau yang lain, aku harap dengan tangkal ini kau akan menjadi seorang panglima negara pada masa yang akan daaing” nasihat Awang Panjang di malam akhir tamat pengajian silat di Kampung Buluh Lima.

Akhir ceritanya seperti kebiasaan cerita-cerita Melayu Nayan menjadi anggkuh dan ganas. Dia mula liar dan buas seperti harimau. Licin laksana belut di lumpur. Akhirnya dia duburu oleh Polis bagai kerbau jalang.

Menurut yang ampunya cerita kekebalan Nayan menjadi lemah kerana Nayan suka menghisap candu dan akhirnya dicekup polis.


Di zaman siber hari ini pun masyarakat tidak pernah sunyi disajikan dengan kekebalan beberapa mahaguru silat seperti yang dipertontonkan kepada orang ramai di dalam video dan dokumentari seperti di tanam dalam tanah, ditetak dengan parang tajam, dihempap dengan batu besar tetapi masih bernyawa segar kebal tidak mati. Hebat dan mendapat pengiktirafan pemerintah.

Insiden yang terbaru lebih trajis apabila lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah pun tidak kurang juga hebat tangkal dan azimat mereka, tetapi kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa tangkal dan azimat. Akhirnya mereka juga tergolek mati kerana ditembusi peluru tembaga M16 wira-wira negara. 

Sesungguhnya tangkal dan azimat tidak menjanjikan sebarang kekebalan dan tegaknya syiar Islam di dunia ini bukan dengan kuasa tangkal dan azimat tetapi melalui peradaban yang tinggi yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Akibatnya mereka terpesong dan berdosa menceroboh membabi-buta negara Islam lain yang berdaulat di samping dosa mereka mensyirikkan Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” Surah An-Nisa’: 48

TERKINI!!! ANAK KIRAM III BUKA AKAUN TWITTER BARU DAKWA SABAH BUKAN MILIK MALAYSIA


Anak Perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram semalam (13 Mac 2013) telah dengan bangganya membuat twitt di laman rasmi twitter.




Cukup Popular nampaknya. Hanya dalam masa sejam, lebih 1,500 pengikut yang majoritinya adalah rakyat Malaysia

Salah satu twitt dari pengikutnya, Fatin Nadia (rakyat Malaysia) telah meminta Jacel supaya mengajak abang-abangnya balik ke Filipina tetapi telah dibalas sinis oleh Jacel Kiram :






Jacel juga mendakwa dalam jawapan balasnya kepada pengikutnya Geminianeyes bahawa Sabah bukannya milik Malaysia berdasarkan senario kerajaan kita masih membayar wang pajakan kepada waris Raja Sulu.





LANUN SULU UMPAN PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA UNTUK DISERANG HENDAP DENGAN MAYAT RAKAN SENDIRI!!!




Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

"Sebaliknya, mereka akan mengambil masa secukupnya supaya kita yakin keadaan selamat. Jika kita terleka, pada waktu itulah mereka akan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri apabila kita menyerang balas," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, biar apapun taktik digunakan saki baki pengganas Sulu, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

"Disebabkan itu jugalah pasukan keselamatan kita sentiasa berhati-hati dalam usaha mengeluarkan mayat pengganas. Ini kerana apa yang lebih penting ialah nyawa anggota kita," katanya.

Dalam satu kejadian di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserang hendap ketika ditugaskan untuk mengeluarkan sembilan mayat pengganas yang ditemui dalam satu lubang besar, namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Semua mayat pengganas itu dipercayai ditanam rakan mereka selepas mati ditembak pasukan keselamatan negara ketika bertempur pada 1 Mac dan dipercayai jumlah musuh yang terbunuh dalam pertempuran itu keseluruhannya 15 orang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media semalam berkata jumlah kematian pengganas setakat ini 58 orang namun jumlah mayat yang sudah dibawa keluar adalah 25.

Kelmarin, beliau memberitahu ada lagi kubur pengganas di Kampung Tanduo, namun bukan semua mayat akan dikeluarkan kerana ada yang sudah reput dan pihaknya turut mengeluarkan satu mayat pengganas di Kampung Tanjung Batu.

Sebelum ini, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan berkata bedah siasat perlu dilakukan ke atas mayat pengganas Suluk, untuk membolehkan pihak berkuasa mengenali identiti mereka terutama dalam menjejak pemimpin utama, Abgimuddin Kiram.

Kelmarin, Hussein memberitahu satu daripada 16 mayat yang dibedah siasat setakat ini ialah orang kanan Abgimuddin iaitu Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu oleh sepasukan pakar patologi diketuai Datuk Dr Zahari Noor dari Jabatan Forensik Pulau Pinang.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengganastunggudekatkubur/mobile/mArticle