Selamat Hari Raya Aidil Adha..........
Khamis, 25 Oktober 2012
Isnin, 22 Oktober 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
VIDEO ANWAR BERKARAOKE TAK HENGGAT DUNIA
Perghhh...
Gua rasa manusia yang paling Anwar takut sekarang ni adalah Najib.. Ni terbukti
bila nama Najib akan Anwar sebut setiap kali dia berceramah..
Yang
terkini, Anwar asyik sebut nama Najib masa dia berceramah di Permatang Pauh..
Bukan takat sebut nama je beb.., Anwar siap nyanyi lagu buat Najib...
Yang paling
gua tak tahan, Anwar meroyan pulak lepas nyanyi lagu tu.. Dia suruh Najib
bersiap sedia untuk jadi Ketua Pembangkang lepas PRU13 nanti..
Korang
jangan tanya Anwar jadi apa masa tu beb.. Dah tentulah dia perasan jadi Perdana
Menteri Malaysia..
Tapiii..,
Anwar tak sedar satu perkara.., kenapa Tuhan tak izinkan dia jadi PM selepas
Mahathir dulu sedangkan masa tu Anwar dah pegang jawatan TPM?
Itu tandanya
Anwar memang tak layak diangkat jadi pemerintah di Tanah Melayu ni beb..
Tuhan tak
redha beb manusia munafik macam badigol sood Al Juburi tu jadi Perdana
Menteri.. Kalau Tuhan pun tak redha.., jangan la kita pulak gatal untuk lawan
kuasa Tuhan.. Bala nanti beb!!!-SUMBER
Rabu, 10 Oktober 2012
JOHAN ASHARI SUKA NABILA BERTELANJANG
Laman Mstar Online melaporkan, pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.
Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.<Ko Bengong ke Ape Hah? SISI dalaman???>
“Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.
“Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya,” ujar Johan.
Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.
Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.
Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.
Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.
Alahai, bila mata da buta deq cinta..sampai benda salah pon jadik betul...ayooo..ayooo...
API MISTERI RUMAH ZAINAB SUDAH HILANG
Zainab Memanjat Syukur apabila kejadian api misteri di rumahnya sudah tiada lagi....
Api Misteri Yang Sering Menggangu Keluarga Berkenaan Di Dakwa Sudah Hilang...
KOTA
BHARU – Mangsa gangguan api misteri, Zainab Sulaiman, 75, melahirkan rasa
bersyukur dan gembira apabila kejadian api misteri yang berlaku semenjak tiga
tahun lalu kini sudah tidak berlaku lagi.
Dia yang tinggal bersama anak dan cucunya di rumah yang terletak di Kampung
Penambang Bunga Emas di sini berkata, mereka sekarang dapat hidup dengan tenang
dan melakukan kerja harian tanpa perlu memikirkan masalah tersebut.
“Sudah 16 hari kami tidak diganggu oleh api misteri selepas mendapat rawatan
daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Nilai, Negeri Sembilan.
“Makcik berharap misteri ini akan berakhir buat selamanya dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu kami,” katanya.
Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Shamsuri Shafie berkata,
pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas rumah itu
dalam usaha untuk memastikan gangguan tersebut tidak berulang.
Beliau berkata, pihaknya hanya mampu berikhtiar selebihnya ALLAH SWT yang
menentukan dan memohon kepada keluarga tersebut agar memperbanyakkan solat
Hajat serta berdoa semoga gangguan yang dialami pulih sepenuhnya.
“Semua ini adalah ujian dari ALLAH SWT kepada keluarga makcik Zainab dan saya
yakin mereka dapat mengharunginya dengan tabah,” katanya.
Selasa, 9 Oktober 2012
TONY BLAIR BAKAL PELUK ISLAM?
Kita Doakan Moga Tony Blair Nie Masuk ISLAM, meskipun dia da banyak menzalimi org Islam
LONDON: Tony Blair berkata beliau kini
bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana
menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca
al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai
iman.
"Berusaha ke arah celik iman amat
penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain,
Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk
memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang
berguna.
Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau
mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat
mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah
san Russia.
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan
iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong
peradaban.
Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran
adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan
pengetahuan dan membenci tahyul.
"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan
praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau
melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk
mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau
ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan
tugas sebagai utusan damai. - Agensi
TASHA SHILA BERCINTA DENGAN DATUK J?
Kosmo! telah menghubungi Tasha bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya semalam.
Biarpun dia ketika itu dalam keadaan tergesa-gesa kerana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Brunei. Tasha dengan penuh profesional menjawab segala persoalan berhubung kait gosip berkenaan.
Kosmo!: Tahniah Tasha atas kemenangan anda meraih Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 malam kelmarin?
TASHA: Terima kasih, saya juga tidak sangka atas kemenangan itu.
Adakah Tasha sudah tahu mengenai gosip terbaharu mengenai diri anda?
Ada gosip terbaharu ke? Saya tidak tahu lagi sebab sudah lama berada di Brunei.
Adakah benar dakwaan bahawa Tasha berparti di sebuah disko pada minggu lepas bersama rakan-rakan yang turut disertai oleh lelaki yang dikenali sebagai Datuk J yang dikatakan menaja anda?
Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari sya berada di Brunei.
Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.
Tasha berada di Brunei atas urusan apa?
Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu.
Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.
Apa komen Tasha mengenai gosip terbaharu ini?
Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja.
Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.
Kenapa agaknya Tasha sering dikaitkan dengan disko dan Datuk J?
Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.
Apakah pesanan Tasha kepada pihak mencipta gosip berkenaan?
Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.
Selepas penggambaran drama di Brunei, apakah drama lain yang dibintangi Tasha?
Pada bulan November nanti, saya akan masuk lokasi drama 28 episod slot Akasia dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.
Sibuk Benar Di Brunei, Tapi yang Sorang tu Sibuk Duq Dalam Toilet!
Khamis, 4 Oktober 2012
KONSTABEL MABUK TEMBAK PELAYAN
Boleh Tembak Orang Sesukati Hati Jer Ker? Adoi...
KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat
konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan
tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan
mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini
semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan
seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota
yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi
berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu
operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun
lalu.
P/s: Buat 'taik' selepas buat operasi.
Menyusahkan orang. Perlukah PDRM menyimpan anggota berperangai sebegini?
JANET JACKSON PELUK ISLAM? BOLEH CAYA KER?
Penyanyi sekaligus bintang top Amerika
Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap
sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah,
Wissam al-Mana.
Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt
kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana
hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu
akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'
“Mereka telah merencanakan pernikahan pada
tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu
sumber.
Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu.
Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu.
Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama
yang dianut Wissam.
Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept
memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di
Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah
positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life:
Inside Her Bizarre World“.
Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi
keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu
juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya
masih simpang siur. -ibnuhasyim
erm, boleh caya ker janet nie kawin sebb nak peluk islam or sebb bakal suaminya ini seprg muslim? duit...duit..duit....kalo tak der duit agama pon boleh tukar? apalah nak jadikan?
moga janet dapat hidayah n mendalami islam dengan baik..insyaallah....
Rabu, 3 Oktober 2012
PERBUATAN DJ RADIO INI HARUS DICONTOHI...TERBAIK!!
PETALING JAYA: Percubaan seorang
anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima
padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut
kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tyzo atau nama sebenarnya
Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut
semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut
khususnya melibatkan anggota mereka.
"Saya ditahan oleh salah
seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga
menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya
agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.
"Bukan setakat pihak PDRM
sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan
berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Tyzo diminta mengulas luahannya
menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang
dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi
pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika
menahannya. Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia
dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu
sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12
tengah hari pada Isnin lalu.
Tyzo berkata dia ditahan kerana
kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis
berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan
memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman. Katanya, selepas memohon maaf
kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan
yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media
dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
“Mungkin kerana terkejut dengan
penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya
begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas
Tyzo. Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai
peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.
Ujar Tyzo lagi, dia mendapat
respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian
tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut
berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah
serupa.
“Saya berterima kasih kepada
pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota
polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan
rasuah di negara ini," ujarnya.Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada
orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau
sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya. - mStar
Anggota yang mahu rasuah harus
dikenakan hukuman yang berat...jangan buat malu PDRM yang sentiasa berkhidmat
untuk masyarakat.
#SIAPAKAH CIK P PADA LIM GUAN ENG#
Cik P menghabiskan jutaan ringgit semata mata nak kutip sewa
banglow RM5ribu daripada Guan Eng...
Kenapa murah hati sangat? sehingga sekarang sejak di sewa iaitu RM5ribu x 12 x 4 = RM240,000.
Kenapa begitu bermurah hati sanggup menanggung kos ubahsuai rumah yang tinggi dan beri Guan Eng sewa dirumah banglow Jalan Pinghorn? Nak baca Cerita Panas nie? Klik Cini!!
Kenapa murah hati sangat? sehingga sekarang sejak di sewa iaitu RM5ribu x 12 x 4 = RM240,000.
Kenapa begitu bermurah hati sanggup menanggung kos ubahsuai rumah yang tinggi dan beri Guan Eng sewa dirumah banglow Jalan Pinghorn? Nak baca Cerita Panas nie? Klik Cini!!
Isnin, 1 Oktober 2012
BOLEH KER POLIS MALAYSIA BUAT MACAM INI?
Ini video
lagak seorang polis trafik terlebih happy kat Charlote : Clayton County
USA.Aku ingat polis trafik kita kena trim part yang 'boroi' tu
kalau nak tiru gaya mamat ini.Apapun polis trafik kita terbaik kerana terpaksa
bertugas dalam cuaca panas terik dan hujan tak tentu masa.Kalau mamat ini
dihantar attached sebulan kat Polis Trafik Jalan Bandar harus
masuk ICU....
Eh Plis nie bley plak bertindik kat lidah dier..korang perasan tak kat video bawah nie?
\
agak-agak korang kalo kat Malaysia buat mcm nie apa akan jadi?
Kalo kat Malaysia pastikan abag-abg polis perotnya TAK BOROI baru leh dance mcm nie kuikukui....
Langgan:
Catatan (Atom)