Jumaat, 28 Jun 2013

PRK Kuala Besut: Ujian Besar Pada BN

N1 Kuala Besut bakal menentukan!~

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman berjaya mempertahankan kawasan Dun itu dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail. Rahman mendapat undi 8,809, sementara Napisah 6,375.

PRK Kuala Besut mengulangi PRK selepas PRU-12 lalu, di mana untuk pertama kalinya, selepas PRU itu BN kehilangan satu kerusi yang dimenanginya; apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu berjaya dirampas oleh PAS.

Apa kah keputusan pada PRK di Kuala Terengganu itu berulang, di mana BN kehilangan kerusi DUN Kuala Besut pula?

PRK kali ini, sungguh mencabar, kerana jika kerusi itu berjaya dirampas Pembangkang, maka kemungkinan berlaku krisis perlembagaan, kerana kedudukan ADUN akan seimbang antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kedudukkan sekarang ada 17 kerusi DUN bagi BN, dan 15 kerusi DUN bagi PR. DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN.

Jika kerusi DUN Kuala Besut berjaya dirampas PR, maka perkiraannya kedudukan pengundian belah bahagi, akan menyebelahi PR, dengan jumlah kerusi ADUN 16, makakala BN 15, kerana Speaker tiada hak mengundi dibawah undang-undang tubuh kerajaan Terenggangu.

Sesungguhnya PRK Kuala Besut merupakan ujian besar kepada BN, apa kah masih memerintah Terengganu atau sebaliknya.

Dalam keadaan begini, ada baiknya, DUN Terengganu dibubarkan sahaja untuk memberi peluang pilihanraya bagi negeri itu sahaja, kerana tiada jaminan bahawa kawasan yang dipertandingkan melalui PRK itu boleh dimenangi calon BN.. Ambil iktibar kepada PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009; di mana calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan kekalahan 2,631 undi. Pada PRU-12 kawasan Parlimen itu dimenangi calon BN Datuk Razali Ismail. Kawasan tersebut diistiharkan kosong, apabila penyandangnya Datuk Razali meninggal dunia ketika bermain badminton.

15 MAKSIAT AKAN MENURUNKAN BALA!!!

Maksiat berleluasa bukan sahaja di malaysia tetapi di negara2 lain!~

Anak Derhaka  Semakin Ramai!~

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ".



H.R Termizi

keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Sumber dari 14.brinkster.com
Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

PATUTLAH NABILA AKHLAK HURU-HARA, BAPA SENDIRI PUN XKESAH!!!

Nabila_Huda
Chantek sgt ke Mokok tu? HEBAT dah?


Nabila Huda Suhaimi artis yang penuh dengan huru-hara, kontroversi. Pelbagai kontroversi yang ditunjukkan dan diciptakan untuk mencari publisiti. Lepas satu satu menjelma. Apa yang dicari sebenarnya, entahlah tetapi dia seronok dengan dunianya.

Terbaru dia muat naik video dia merokok di Youtube untuk menunjukkan kehebatannya. I’m a SMOKER!!!
Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian tentang Nabila Huda.

Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian tentang Nabila Huda.
“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.
“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.
“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”kata Amy Search. – Murai.com

Itulah kata-kata seorang bapa dalam mentarbiah seorang anak. Siapa pula kita nak menyibuk sangat kan… untuk ambil tahu bolehlah!!




Rabu, 26 Jun 2013

ALFATIHAH... ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA... PRK PERTAMA AKAN BERMULA!!!





AL-FATIHAH....

Kami di TFK mendapat khabar, ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.

Hampir dua bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama.

Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja.

Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu.

Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput.

Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!!

Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!!

Jumaat, 21 Jun 2013

CUBA SELAMATKAN GADIS DIROGOL, EMPAT ASKAR MUJAHIDEEN TERBUNUH

Empat askar Mujahideen dilaporkan terbunuh ketika dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan seorang gadis yang terdampar di sebuah jalan dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh askar Hizbullah, baru-baru ini.

Askar yang telah merogol gadis terbabit sengaja mahu menjadikan mangsanya sebagai perangkap untuk menembak mati askar Mujahideen yang mahu membantunya.

Nampaknya krisis di Syria semakin hari semakin membimbangkan terutama buat kaum wanita dan kanak-kanak.

Askar-askar di sana ternyata mengambil kesempatan dengan kelemahan kaum Hawa sehinggakan sanggup merogol dan mendera mereka demi memuaskan nafsu mereka sendiri. 

Apa yang kita tunggu lagi? tidak kah ada pemimpin-peminpin islam yg melihat ini semua? ya allah sedihnya hati ini melihat kekejam mereka2 ini..tiadakah perasaan sayang mereka kepada seorg manusia?

Ya Allah selamatkanlah Syria....

Khamis, 20 Jun 2013

TENGKU RAZALEIGH MENCABAR DATUK SERI NAJIB BAGI JAWATAN PRESIDEN???

Ramai mungkin tidak sedar bahawa sejak 1987,UMNO tidak pernah mengadakan pertandingan bagi jawatan Presiden dengan Tun Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO terakhir (setakat ini) yang pernah terlibat dengan pertandingan paling sengit dalam sejarah itu.Justeru,sebagai Presiden UMNO terakhir yang pernah menghadapi tentangan dalam pemilihan parti,Mahathir sudah tentu lebih tahu perkara buruk apabila berlakunya perebutan jawatan Presiden UMNO.

Dua2 tokoh ini saling bergading bahu? really?

Pada waktu itu,keengganan Tengku Razaleigh yang menjadi pencabar Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO menerima kekalahannya,telah menyebabkan rentetan peristiwa yang akhirnya membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988.Maka itu saya tidak terperanjat bila Mahathir menyokong supaya pertandingan 2 jawatan tertinggi UMNO tidak diadakan dalam perhimpunan agung UMNO yang akan datang sebab yang penting sekarang ialah memperkuatkan UMNO,bukan memecah belahkannya lagi akibat pertandingan di peringkat tertinggi. 

Setakat ini,hanya satu orang sahaja yang dikhabarkan bersedia untuk mencabar Datuk Seri Najib bagi jawatan itu dan ironinya,dia adalah orang yang sama menyebabkan UMNO diharamkan pada 1988 – Tengku Razaleigh sendiri.

Pada usia 78 tahun sekarang,hasrat Tengku Razaleigh untuk menjadi Perdana Menteri nampaknya tidak pernah padam walaupun setelah apa yang dia lakukan kepada UMNO dan BN sebelum ini.Bagaimanapun,kebenaran di sebalik dakwaan tersebut (Tengku Razaleigh akan mencabar Najib),masih tidak dapat dipastikan.saya yakin,Mahathir sedar kepada kemungkinan bahawa perpecahan UMNO akan menjadi lebih teruk berbanding 1987,apatah lagi melihat kepada pengaruh pembangkang yang semakin meningkat di Parlimen sekarang (walaupun tidak sekuat UMNO),ada kemungkinan pihak yang tewas dalam perebutan jawatan itu nanti,beralih kepada pembangkang untuk membentuk perikatan politik baru. 


DURI DALAM DAGING...kalo hanya nampak duit, pangkat....jadik apa pon bley....

Rabu, 19 Jun 2013

AZIZAN LETAK JAWATAN: PILIHANRAYA KECIL PERTAMA SELEPAS PRU13 AKAN DILANGSUNGKAN DI SUNGAI LIMAU, KEDAH!!!

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin.

Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.


Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu. 

Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN. 

Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya. 

Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi.... sambungan di sini beb!

Agak2 korang azizan mau letak jawatan ke beb?

Letak jelah bg kepada pemimpin yang lebey berwibawa.....xkira dari parti mana pun janji yang bley bt keje......

KATA-KATA GADIS SYRIA BUAT GADIS-GADIS MELAYU CEMBURU!~



Sila Lihat Link Dibawah!~
http://www.youtube.com/watch?v=H7khzRh3QVk&feature=youtu.be




































Artikel Berkenaan Gua Rembat Dari Blog::Klik Sini

Agak2 Koranglah, jika minah2 melayu nie yg kena mcm tu mesti lain ceritanyakan?

Betapa kukuhnya iman2 penduduk syria..ya allah selamatkanlah Syria....


Selasa, 18 Jun 2013

PATUTLA PENEBAT KILAT BANGUNAN UMNO RUNTUH, ANWAR PUNYA KERJA RUPANYA..KEH KEH KEH

Rupa-rupanya, bencana alam yang menyebabkan rod penebat kilat setinggi hampir 20 meter di Menara UMNO di Jalan Macalister tumbang akibat ribut kilat Khamis lalu telah dipolitikkan oleh Red Bean Army DAP dan pro-pembangkang.


 Read Bean Army Punya Keja Lorrr...

Mereka sengaja memainkan isu tersebut di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bertujuan memburuk-burukkan UMNO walau pun bencana alam itu tidak dapat dielakkan dan turut menimpa tempat-tempat lain di Pulau Pinang. Seorang rakyat Pulau Pinang meninggal dunia di Air Itam, Pulau Pinang dan banyak kerosakan berlaku di negeri itu.


Dan kepimpinan UMNO Pulau Pinang turut membantu keluarga mangsa yang terlibat. Mereka memberikan kerjasama kepada semua pihak dan agensi terlibat dalam kerja-kerja pembersihan dan mencari mangsa hilang.


Bencana Alam pun mau kecoh ka? 

MATI DALAM BLACK 505 SYAHID KATA HUSAM!!!

Ini dah masuk kategori SESAT yang hakiki. Sesat yang mana kalau kita tunjukkan Kebenaran didepan mata dia pun dia dah tak nampak.

Inilah akibatnya bila TERLAMPAU Gila Kuasa. Terlalu mengejar Keagungan Dunia, maka tak mustahil Allah S.W.T akan sesatkan dia dari jalan yang benar.

Disebabkan dia terlalu nak sangat kejar jawatan, akhirnya Si Husam Kambing ni sudah hilang akal dan keluarkan kenyataan yang bukan - bukan.

Bagaimana mungkin peserta yang sertai Himpunan Black 505 tu boleh disamakan dengan pejuang Islam yang mati Syahid? Nampak sangat sesatnya Si Husam ni.


Tapi, apa nak heran ye tak. Dah memang menjadi kebiasaan dari kalangan pemimpin Parti Angguk Saja tu buat fatwa ikut sedap Kepala Lutut diorang je.

Kalau sebelum ni, diorang boleh samakan Himpunan Black 505 tu sebagai satu ibadah dan disamakan dengan Himpunan Umat Islam di Padang Arafah.


SM, suka-suka hati jer nak kata mati shahid erk? Pas..Pas..makin pelik SM tgk...

Jumaat, 14 Jun 2013

EZAM KOTAK BAKAL DILANTIK JADI PEGAWAI KHAS NAJIB???





Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.

Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.


NAJIB JANGAN BERLEMBUT, PELEMPANGKAN JER-Tun Mahathir

Jangan Galak Benor Najib!!! Keras Skit layan deme pembangkang!
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
“Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari Khamis.<<<< Tampokan ajer deme, layan baik2 pijak kepala
Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
“Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi,” katanya.
LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.
Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk ‘Transforming A Nation: The Malaysian Experience”, Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.
“Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,” katanya.
Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
“Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita,” katanya – Bernama 
Zaman  Mahathir dah lama berakhir bglah najib dgn tenang untuk memerintah plak...
asyek suh org buat tu bt nie,,,jaga mukhriz tu baik2 sudahlah..mayb sok2 dapat jdk PM sapa tau....ngeh3x 
bakal PM Malaysia???

Selasa, 11 Jun 2013

LEPAS ROGOL BUDAK 12 TAHUN, NAK TUTUP KES TERUS KAHWIN?

SM berminat dengan artikel berkenaan mengenai seorg lelaki berusia 40an yang mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berusia 12tahun yang didakwa telah dirogolnya…..ikuti pembacaan dibawah yang agak menarik ini…

BEBERAPA tahun dulu, saya menonton filem Osama tentang seorang kanak-kanak perempuan miskin di Afghanistan yang terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki supaya boleh bekerja untuk menyara keluarganya. Cerita diakhiri dengan identiti budak kecil itu diketahui lalu dipaksa kahwin dengan lelaki tua beristeri tiga.

Para penonton, termasuk saya, merasa terobek-robek jiwa. Kalau boleh hendak minta penulis dan pengarah filem agar tukar skrip dan mengakhirinya dengan happy ending. Tapi, di situlah kekuatan filem itu. Ia menggugah kita bahawa realiti kehidupan tidaklah semudah dan seindah seperti yang kita mahu.

Yang sedihnya, kisah kahwin bawah umur seperti ini tidak lagi hanya berlaku di Afghanistan, Saudi Arabia, Pakistan dan Bangladesh. Sekarang, sudah semakin kedengaran ianya berlaku di negara kita, Malaysia sendiri.

Lepas Rogol dan nak tutup kes terus kahwin? di mana keadilan yang sebenar?

Saya telah menulis tentang isu kahwin bawah umur Oktober tahun lepas, tapi saya tulis juga lagi kerana ia masih berlaku. Sekarang terdapat satu lagi kes di Sabah. Riduan Masmud, 40 tahun, yang didakwa merogol seorang budak berumur 12 tahun, rupa-rupanya telah mengahwini mangsanya sebagai isteri kedua dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Bukankah tiba masa untuk Malaysia tidak lagi terima kes-kes seperti ini dan pelaku salah dijatuhkan hukuman di bawah undang-undang dan bukannya dibenarkan mengahwini mangsanya yang masih lagi kanak-kanak?

Bukan faktor agama

Masih ramai yang berpegang pada “Islam membolehkan kahwin bawah umur, Aisyah pun kahwin dengan Nabi s.a.w semasa beliau berusia 9 tahun”.  Apa benar begitu? Dalam artikelnya di The Star, Dr Wan Azhar Wan Ahmad, fellow kanan dan pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik di Ikim, telah menolak keras tanggapan bahawa perkahwinan bawah umur adalah anjuran atau amalan Islam. Menurut beliau, tidak ada nas atau dalil yang menyokongnya.

Dr Wan Azhar menyokong pandangan sesetengah ulama yang berpendapat Aisyah berusia sekitar 17 tahun sewaktu berkahwin. Beliau juga merujuk pada surah An-Nisa 4:21, yang mana Allah mengingatkan bahawa isteri berpegang kuat kepada perjanjian ataupun kontrak perkahwinan yang dibuat bersama suaminya. Beliau berhujah bahawa pastilah hanya wanita dewasa dan tidak mungkin kanak-kanak kecil yang mampu memahami kandungan, makna dan kesan perjanjian perkahwinan tersebut.

Kanak-kanak bukan saja tidak mempunyai kematangan yang mencukupi untuk memilih suami yang sesuai, malah tidak akan mampu menegosiasikan haknya di dalam perkahwinan, apatah lagi bila suaminya jauh lebih tua dari dirinya. Apalah anak kecil tahu tentang kesihatan seksual dan reproduksi misalnya, apatah lagi, menegosiasikan hak dan kedudukan sebagai isteri kedua? Justeru, saya menyokong penuh pendapat Dr Wan Azhar bahawa amalan kahwin bawah umur sangat bertentangan dengan Islam dan Al-Quran.


Seperti Dr Wan Azhar, saya juga berpendapat bahawa ianya hanyalah produk budaya dan faktor ekonomi, dan bukan faktor agama. Apakah anda kenal atau pernah dengar anak-anak orang kaya di Malaysia ini yang telah dikahwinkan di usia 12 atau 13 tahun? Mungkin tidak. Rata-rata kes kahwin bawah umur berlaku di kalangan keluarga miskin. Jadi, salah satu cara membasmi amalan kahwin bawah umur ialah dengan membasmi kemiskinan dan memastikan budak-budak perempuan mendapat pendidikan yang tinggi.  Pembasmian kahwin muda juga dapat mengelakkan sebarang masalah kesihatan ataupun kematian akibat kehamilan di usia terlalu muda.

Zaman Nabi bukan zaman sekarang

Tidak semestinya kalau sesuatu amalan itu berlaku di zaman Nabi s.a.w, maka kita pun harus atau boleh meneruskan amalan itu. Perhambaan berlaku di zaman Nabi s.a.w. namun kini, masyarakat dunia termasuk masyarakat Islam di Malaysia menolak dan mengeji perhambaan. Orang Islam di Malaysia pun menerima bahawa perhambaan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Malaysia juga telah berubah. Dulu, memang ada amalan perkahwinan bawah umur. Ibu saya sendiri kahwin pada umur 14 tahun. Tetapi semakin Malaysia bertambah dewasa, begitulah juga, umur perkahwinan turut semakin di peringkat dewasa. Ibu-ibu yang dulu kahwin muda tidak mahu anak-anaknya dikahwinkan di usia muda seperti mereka.

Trend dan pemikiran masyarakat Malaysia telah pun berubah. Namun, mengapa ada sesetengah pihak, teutamanya golongan agamawan, yang hendak mempertahankan amalan kahwin bawah umur? Kenapa sukar untuk masyarakat Islam mengambil pendirian bahawa kahwin bawah umur, memukul isteri dan poligami tidak boleh lagi diterima?

Jangan hipokrit

Rakyat Malaysia mahukan sistem demokrasi, menolak diktator dan autokrasi. Tidak ada siapa yang suka dianiaya atau ditindas, dan semua mahukan mutu hidup yang lebih baik. Semua tidak mahukan kekerasan, keganasan dan penindasan dilakukan terhadap dirinya.

Jadi, kita usah hipokrit. Kalau kita mahukan demokrasi dan keadilan, tidak mahu ditindas, dianiaya atau dikasari oleh sesiapapun termasuk oleh negara, maka sewajarnya kita juga harus menolak sebarang bentuk penganiayaan atau keganasan terutamanya terhadap kanak-kanak dan perempuan. Mengahwinkan kanak-kanak, memukul isteri dan mempoligamikan wanita juga merupakan suatu bentuk penganiayaan, kekerasan dan pelanggaran hak manusia.

Bagi umat Islam, mereka bangga bila mengatakan Islam agama yang membawa kebaikan dan boleh menyelesaikan sebarang masalah di dunia. Seharusnya memang begitu. Kebanyakan agama juga menganjurkan kebaikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah di dalam masyarakat, tidak ramai agamawan yang dapat menawarkan penyelesaian dengan baik dan komprehensif. Mereka lebih berusaha menguasai ilmu tentang ketuhanan akan tetapi gagal menguasai ilmu tentang kemanusiaan dan juga konsep kenegaraan di era dunia moden.

Agamawan lupa bahawa antara tujuan agama ialah untuk memberi pencerahan dan keadilan pada manusia. Bukankah orang Islam juga yang kata Islam itu agama ad-deen, agama yang mencakupi segala aspek kehidupan dan yang relevan untuk semua zaman?

Rogol berkanun dan poligami

Kes Riduan Masmud ini bukan setakat kes kahwin bawah umur tetapi juga kes jenayah statutory rape terhadap budak perempuan berusia 12 tahun 6 bulan.  Walaupun katakanlah kanak-kanak itu menyetujui hubungan seks itu, dan walaupun keluarga kanak-kanak itu telah menarik balik dakwaan rogol tersebut, namun pihak berkuasa tetap harus mendakwa Riduan kerana kanak-kanak itu masih di bawah umur 16 tahun.

Namun, istilah statutory rape tidak wujud dalam perundangan syariah atau dalam fiqah. Malahan, enakmen hudud PAS Kelantan dan Terengganu menyenaraikan jenayah rogol pun di bawah kategori zina. Bagi kes seperti ini, sistem perundangan syariah lebih bertumpu pada zina, pengesahan pernikahan dan juga poligami.

Percanggahan antara bidangkuasa dan system perundangan syariah dan sivil boleh wujud jika pihak-pihak berkaitan tidak jelas antara zina dan rogol. Selain isu statutory rape, isu incest iaini hubungan seks antara muhrim, seperti bapa merogol anak, juga tidak boleh sama sekali dikategorikan sebagai zina. Jika jenayah rogol, hanya lelaki yang akan dihukum sedangkan jika zina, perempuan yang menjadi mangsa itu pun akan dikenakan hukuman juga.

Saya mengucapkan tahniah pada beberapa pemimpin seperti Datuk Jainab Ahmad yang telah lantang dan tegas dalam memastikan keadilan terlaksana dalam kes ini. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga menyatakan bahawa kes terhadap Riduan akan diteruskan, dan telah meminta Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan kemungkinan berlakunya jenayah rasuah dari pemberian RM5,000 pada bapa kanak-kanak perempuan tersebut. Lim Guan Eng juga telah menyatakan bahawa pesalah rogol berkanun tidak patut lari dari hukuman dengan mengahwini kanak-kanak tersebut.

Namun, siasatan juga sepatutnya dibuat terhadap tindakan Mahkamah Syariah yang telah mengesahkan pernikahan Riduan dengan kanak-kanak itu dalam waktu yang sangat singkat (tidak sampai 10 hari). Apatah lagi memandangkan kanak-kanak itu dijadikan isteri kedua iaitu dipoligamikan dan adanya kemungkinan pemohon, iaitu Riduan, boleh dikenakan hukuman atas kesalahan rogol berkanun.

Kata mesti dikota

Selain dari pemimpin Barisan Nasional, kita juga mahu agar semua pemimpin parti-parti politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaku memperjuangkan perubahan, keadilan dan hak asasi manusia untuk menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap larangan dan penghapusan perkahwinan bawah umur. Kanak-kanak biarlah hantar ke sekolah, bukan dikahwinkan.


NAK SANGAT BUAT PERHIMPUNAN HARAM "BLACK 505" BACA INI DULU!!!



BLACK 505??? AKAN TEROS BLACKOUT!!

Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);

(b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c)  menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya  sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1.  Perletakan jawatan serta merta anggota SPR


Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:


(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau


(b)  melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut  cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).


Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.


Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti  itu.


Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.




3.  Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.


Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.


Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan. 


Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.



Masih lg nak teruskan perhimpunan haram nie ker???

manusia yang tak tahu peraturan akan teruskan perbuatan bodoh mereka nak buat mcm mana kan?