Khamis, 23 Jun 2011

Dewan Rakyat: ‘Cetak semula Interlok’

Teknik tampalan didakwa menyusahkan guru, pelajar


Novel Interlok Di Dakwa Menjadi Mangsa Politik!








KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula 120,000 novel Interlok baru membabitkan kos RM600,000, termasuk penghantaran berikutan beberapa pindaan terhadap buku yang digunakan pelajar Tingkatan Lima di empat negeri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan untuk mencetak semula diputuskan dalam satu mesyuarat selepas pihaknya menerima aduan guru bahawa pendekatan pindaan novel menggunakan teknik tampalan menyusahkan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian akan menarik semula buku sedia ada di sekolah terbabit dan menggantikannya dengan buku baru mengandungi pindaan beberapa frasa sensitif serta glosari. Read More...


Semerahcili!, berpendapat usaha kerajaan ini perlu dihargai kerana pihak kerajaan sedaya uapaya menjaga sensiviti pelbagai kaum dengan memgambil serius dalam menangani isu ini. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai setiap usaha kerajaan bagi memastikan keharmonian dan keamanan di negara ini sentiasa dikekalkan. Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia~~...

Tindakan SPRM satu kesalahan???



                           Abdul Taib akan jelaskan kedudukan sebenar hari iniKUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dirinya adalah suatu kesilapan.

Abdul Taib berkata, pembangkang mungkin akan menggunakan isu berkenaan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berlangsung ketika ini, namun ia tidak akan menjejaskan beliau. Read More...

Semerahcili!, berpendapat tindakan SPRM itu adalah prosuder biasa..itu adalah kewajipan pihak SPRM dalam menjalankan tugas yg diamanahkan kepada mereka...

Tak Abih-Abih Kes Dera!!!!

AZRI mendukung jenazah anaknya selepas selesai proses bedah siasat di PPUKM, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya reda dan menyerahkan kepercayaan sepenuhnya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan sama ada anak saya didera atau sebaliknya,” kata bapa bayi berusia 20 bulan, Nor Danish Haikal yang disahkan meninggal kelmarin akibat pendarahan usus selepas dua hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Difahamkan, ini kejadian kedua menimpa keluarga bayi terbabit kerana pada 2004, anak lelaki sulung mereka yang berusia dua tahun juga meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh namun pihak hospital mengesahkan ia akibat serangan sawan.Read More....


Semerahcili!, mengapa kanak-kanak ini menjadi mangsa penderaan? heran semerahcili!, mengapa ada pengasuh yang lalai serta tidak menjaga amanah yang diberikan untuk menjaga anak orang yang dihantar kpd mereka??? jika tidak suka menjaga kanak2 jgn ambil upah untuk menjadi pengasuh!!! itu pesan semerahcili!...kes ini  pernah juga berlaku kpd kaum keluarga semerahcili!, anak abang semerahcili! kerap luka, mata merah setiap kali mengambilnya pulang dr rumah pengasuh..semerahcili! pun rs nak mengamuk tidak keadaan tur bila setiap hari ada saja kesan-kesan anak saudara semerahcili! disakiti sebegitu rupa!...manusia kalo da tidak ikhlas membuat kerja jadik rupa itulerr!!!...duyit yg diterima setiap bulan baik dicampak dalam tong sampah jer, sebab tak berkat krn membuat kerja secara tidak ihklas dan tidak betul!....