Selasa, 28 Ogos 2012

#AD-DIN# MAT SALEH BERJIHAD UNTUK ISLAM


The Telegraph melaporkan temu bual dengan seorang pemuda British yang memeluk Islam 5 tahu sebelum ini dan masuk ke Syria bagi menyertai aktivis Islam membebaskan Syria dari pemerintah zalim. Terdapat ramai rupanya warga British muslim lain yang turut sama menyertai aktivis Islam ini di Syria.

Jika tidak boleh mengangkat senjata cukuplah kita berdoa untuk meminta allah menolong umat2 islam yg teraniaya.. 

Tujuan mereka yang paling utama adalah untuk mati syahid dan mahu merebut nikmat syurga sebagaimana yang dijanjikan pada orang yang mati syahid. Abu Yaakob (bukan nama sebenar) menjadi salah seorang daripada barisan pertama askar jihad yang disertainya.

Setiap kali berlaku kacau bilau di mana-mana tempat di seluruh dunia akan ada saja golongan mereka yang tanpa gentar memburu syahid. Dulu ketika Afganistan dianiaya penjahat, ada ramai juga orang dari negara kita yang dengan berani terjun ke sana untuk sertai jihad fisabilillah. 

Bukan senang sebenarnya untuk menemui keberanian pergi berperang yang mana kemungkinan mati lebih besar dari kemungkinan hidup. Hanya mereka yang benar-benar percaya yakin pada Allah dan hari akhirat sahaja yang meletakkan keredhaan Allah lebih utama daripada kesakitan dan kematian.

Aku terfikirkan di mana kedudukan aku sekarang. Adakah sama dengan mereka yang mencari alasan demi alasan untuk membenarkan sikap pengecut bertakhta dalam diri atau mereka yang yakin dengan janji-janji Allah dan bergegas mendapatkan apa yang dijanjikan.

Pernah tak korang berfikir, adakah kita semua ini berani berjihad seperti itu? Atau adakah kita berjihad dengan hanya pandai cakap sahaja?...termasuk diri saya, adakah berani untuk pergi ke Negara palestin or ke myammar untuk bantu rakyat Rohinggya?...dalam hati kecil mesti kater Takoottt…

Apa yang kita boleh buat adalah dengan memohon doa ke hadrat illahi, jika tidak mampu untuk menolong umat2 islam yang kesusahan…