Boleh Tembak Orang Sesukati Hati Jer Ker? Adoi...
KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat
konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan
tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan
mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini
semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan
seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota
yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi
berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu
operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun
lalu.
P/s: Buat 'taik' selepas buat operasi.
Menyusahkan orang. Perlukah PDRM menyimpan anggota berperangai sebegini?