KEBEBASAN BERSUARA ADA BATASANYA~
SEMERAHCILI!
Segala Percakapn Adakah Selari Dengan Setiap Tindak-tanduknya? Anda Nilai Sendiri....
Pemikir Islam??? Adakah semua ilmu dan amal terpaksa dikorbankan hanya untuk memenuhi tuntukan politik sehingga terpaksa mengikut segala kehendak individu yang songsang???
Benar2 Ikhlas Memperjuangkan BERSIH atau ada Agenda Lain??? Gunakan Orang2 Melayu atau Cuba Pergadaikan AGAMA ISLAM???
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65)
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65)
Lidah adalah merupakan nikmat yang paling besar yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita utk kegunaan harian seperti berkata-kata, merasa kelazatan makanan dan sebagainya. Namun kegunaan yangpaling banyak sekali adalah untuk berkata-kata. Dalam menggunakan kata-kata, kita bukan semata-mata diberi kebebasan mengikut hawa nafsu untuk bersuara, sebaliknya Islam meletakkan sempadan dan batasannya untuk berkata-kata. Pepatah Melayu ada berkata ‘Silap Kata Badan Binasa’.
Di antara larangan Islam dalam menggunakan kata-kata atau lidah adalah:
1. Larangan Mengumpat
‘Celakalah bagi pengumpat lagi pencela (Surah Al-Humazah, Ayat 1) ’
2. Larangan Berdusta
‘Dan apabila kamu melihat kpd mereka, kamu akan kagum dengan batang tubuh mereka (termasuk pemakaian dan perwatakan mereka) dan sekiranya mereka bercakap (atau berpidato) kamu akan terpesona atau terpengaruh dengan kata-kata mereka’ (Surah Al-Munafiqun, Ayat 4)
~ Adakah ini yang telah berlaku kepada masyarakat MELAYU ketika ini yg terlalu mempercayai seseorang pemimpin sehingga terpedaya dengan setiap omongan kosong, janji-janji manis, kata-kata dusta yang diucapkan oleh pemimpin mereka yg disanjung. Bermati-matian mempertahankan seseorang indivu tanpa menyiasat kebenaran terlebih dahulu. Renung-renungkanlah wahai BANGSAku…
3. Larangan Berdebat Sesama Islam
~Ramai orang suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. Kadang-kala timbul situasi menyerang, menentang dan saling mencela antara mereka. Situasi ini berlaku sangat sengit ketika ini. Apabila PERHIMPUNAN HARAM BERSIH yang tetap dianjurkan meskipun mendapat tentangan hebat dr kebanyakkan orang awam. Pastinya sepanjang penganjuran berkenaan, perdebatan berlaku di mana-mana…saling tuduh menuduh antara pihak penganjur dan juga pihak sebaliknya dalam menegakkan siapa yang betul?, Islam tidak membenarkan kita berdebat walaupun kebenaran memang di pihak kita! Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud:
‘Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun ia benar (Riwayat Abu Daud)’
~ Mengapa Individu yang beragama Islam, hebat dan mempunyai pemikiran Islamic seperti Datuk Seri Haji Abdul Hadi, Haji Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa pemikir Islam yang lain menolak bulat2 riwayat dan saranan Rasullulah ini? Adakah mereka ini terlalu taksub dengan kekuasaan, terlalu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada meskipun menggunakan cara kotor seperti ini??? Seperti biasa tepuk Iman Tanya diri anda, adakah ini yang anda mahu ikot???.
4. Larangan Menghasut dan Mengadu Domba (Batu Api)
~Perbuatan ini amat besar implikasinya kepada masyarakat sehingga boleh menyebabkan PERPECAHAN dan SALING BENCI-MEMBENCI di antara satu sama lain. Oleh itu, Semerahcili!, sarankan jauhilah diri drpd mereka yang berperangai seperti ini. Ancaman bagi si pengadu domba atau penghasut telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya:
‘Tidak masuk syurga bagi orang yang mengadu domba (Hadis Riwayat Al-Bukhari)’
5. Larangan Membangga Diri (Takabbur)
~Ramai juga yg membangga diri bertujuan utk meninggikan DARJAT DIRI tetapi dgn cara menghina orang lain. Bercakap dgn tidak menghiraukan perasaan orang lain sehingga mengoreskan hati orang lain yang mendengarnya.
~Sifat sombong dan bongkak ini mendorong mereka memperkecil-kecilkan orang lain seperti menggunakan agaman untuk kepentingan diri..menutup segala kejahatan menggunakan jubbah dan kopiah..menggunakan firman-firman Allah agar dipandang mulia meskipun niat tidak selari dengan tindakan….Lagi teruk kebolehan diri yang di anugerahkan Allah di gunakan untuk kepentingan politik semata-mata! Rasulullah bersabda yang bermaksud:
‘Sesiapa yang tersemat di dalam hatinya sifat takabbur walau sekecil zarah sekali pun, ia tidak akan masuk syurga (Riwayat Muslim)’
nOTa Semerahcili!:
Justeru itu jagalah segala percakapan kita, jangan kerana sepatah percakapan kita ianya menghancurkan segala kehidupan kita dan menghumkan kita ke dalam neraka. Walahu’lam…………………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...