Khamis, 15 September 2011

HARGAILAH NEGARA KITA~

1Malaysia2011  Logo dan Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke   54 Tahun 2011(Bahasa Melayu dan English)



                       SeLamaT MenYambut Hari KemerDekaaN NegaRa Yang Ke-54


Esok 16 September  2011/Jumaat..sambutan hari kemerdekaan yang ke-54. Setiap tahun kita lihat bagaimana sambutan hari kemerdekaan sangat meriah. 

Tema pada kali ini ialah ‘1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.

Jom Kita layan Perutusan Khas dr PM kita..layan~~~

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.
2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.
3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.Selanjutnya Baca Disini!

KERAJAAN UMUM GUNA DAKWAT KEKAL- PRU-13

Puak2 Haram nie sudaH Mula Buat Bising..Kejap Mau.Kejap Tak Mau...meroyan!

Penggunaan dakwat kekal yang dilaung2kan oleh juak2 pakatan Haram kononnya telah dipersetujui oleh kerajaan.Baca sini..sini..sini....Juak2 pakatan Hampeh ini beria bersorak gembira sampai tak  henggat akhirat.

Bila sudah diluluskan konon, tiba2 bt spin lagi..kononnya telah ditemui bahan untuk melunturkan dakwat dan ia mudah diperolehi dan kini berada di psaran Baca sini..sini..sini..Apa ke hal neh? Apa yg juak2 nie nak lagi? Heran..bila kerajaan tak buat pun salah..buat pun salah..gila meroyan apa?

Apa yang diorang mahu sebenarnya??? Cakap jela penyokong semakin kurang..pengikut abih lari menjadi penyokong atas pagar..silap2 haribulan berpaling tadah krn tidak sanggup lagi membontoti AnuWar Ibrahim, Mat Sabun (Yang kuat SabUnnn) dan pemimpin2 yg dilihat tidak mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin utk rakyat jelata…

Nota:
Eloknya Bila Bukak Mulut jer Puak2 Neh bagi MakaN PisaNg n SabUn byk2…Sama PemimPin MereKa yg diPuja SelaMa neh…Ok Tak?