Jumaat, 22 Mac 2013

PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT


Lahad Datu, 21 Mac - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.


"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. - BERNAMA 

Rabu, 20 Mac 2013

TANAH BERTUKAR MENJADI WARNA WARNI

Pening..pening..pening...

Kita tinggalkan dunia saman menyaman!~ tinggalkan sekejap isu-isu serangan tentera syaitan di Lahad Datu, Sabah!~

SM nak kongsi pic2 menarik mengenai tanah-tanah berwarna pelangi!~ very nice!~


 
Cahantekkk!~

Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga. Namun di Mauritius, difahamkan terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah. Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai. Jom lihat gambar di bawah ini.

Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.

Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.

Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke  Chamarel. Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.

Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. Subahanallah…






Ciptaan Allah Tiada Tandingan!~Nikmatilah kedamaian dan kecantikan ini dengan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t

Selasa, 19 Mac 2013

DATUK HARUN TAIB TENTUKAN SAPE SYAHID SAPE X!~




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac. 

skang PAS boleh pilih dan tentukan sape yg mati shahid ke tak ke wei? 

Sape2 nak tahu dia shahid dunia or shahid akhirat or shahid apa pon bley tanya kat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib!!~

Syurga and neraka pon ley main2 beb!~ 

Isnin, 18 Mac 2013

PENGGANAS SULU LETAK TANGKAL CELAH KANGKANG DEMI PERTAHAN DIRI!~


Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan. "Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 54 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.


The Lion Of Sulu, akhirnya tumpas dengan peluru, ternyata tangkal yang mereka agungkan tidak mampu menangkis peluru tidak bermata.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

Sibuk benor nak rampas sabah, smpi aurat pun xtau nak jaga? Islam? 

HADOIIII! SESAT SAMPAI LETAK TANGKAL CELAH KANGKANG??? TENTERA2 MALAYSIA NIE CER CUBA TGK DLM SUAR2 TENTERA SYAITAN NIE..NTAH APA LAG YANG ADA DALM SUAR DIORG NIM!....inilah apabila agama diletakkan di bawah nafsu, inilah yang terjadi, sanggup menyekutukan Allah demi mahu menguasai negeri sabah!....

pengikut ajaran sesat lagi menyesatkan! taubatlah wahai kaum Muslimin.....masih sempat lagi!~...

PENGGANAS SULU SAHIH PAKAI ILMU HITAM!



Jika bukan ilmu hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan beterbangan ?

Gila sungguh kerabat pengganas ini. Coba kalian  bayangkan...anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok. Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu. 

Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana, fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api.

Kerna itu jika mahu ditulis banyak lagi kisah pelik yang dialami oleh anggota kita yang bertugas di sana. Mahu lagi..tunggu jika ada waktu wak tulis satu-satu. 

Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.


Khamis, 14 Mac 2013

RAHSIA TENTERA SULU TIDAK DIBOLOSI PELURU TENTERA MALAYSIA!~


KEBAL!!. Amalan dan kepercayaan berperang dengan memakai tangkal dan azimat untuk kebal dan tidak lut oleh peluru dan tidak luka ditetak ternyata syirik dan merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampun oleh Allah SWT.


Di Kedah pada sekitar tahun 1921 terkenal dengan kisah Panglima Nayan yang mendapat gelaran 'Robin Hood Malaya', menyamun si kaya untuk disalur kepada si miskin.

Menurut kisahnya seperti yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Nik Man Nik Taha, bekas Penghulu Mukim Guar Kepayang, Alor Setar, Kedah di dalam buku Panglima Nayan penerbitan Sinaran Bros. Pulau Pinang, Nayan kononnya seorang yang kebal. Guru silatnya Awang Panjang telah menganugerahkan tangkal yang 'special' kepada Nayan. Kehebatannya melebihi tangkal-tangkal yang diberi kan kepada anak-anak silatnya yang lain. 

“Tangkal yang ku berikan kepada kau ini mempunyai kuasa yang lebih daripada yang ku berikan kepada kawan-kawan kau yang lain, aku harap dengan tangkal ini kau akan menjadi seorang panglima negara pada masa yang akan daaing” nasihat Awang Panjang di malam akhir tamat pengajian silat di Kampung Buluh Lima.

Akhir ceritanya seperti kebiasaan cerita-cerita Melayu Nayan menjadi anggkuh dan ganas. Dia mula liar dan buas seperti harimau. Licin laksana belut di lumpur. Akhirnya dia duburu oleh Polis bagai kerbau jalang.

Menurut yang ampunya cerita kekebalan Nayan menjadi lemah kerana Nayan suka menghisap candu dan akhirnya dicekup polis.


Di zaman siber hari ini pun masyarakat tidak pernah sunyi disajikan dengan kekebalan beberapa mahaguru silat seperti yang dipertontonkan kepada orang ramai di dalam video dan dokumentari seperti di tanam dalam tanah, ditetak dengan parang tajam, dihempap dengan batu besar tetapi masih bernyawa segar kebal tidak mati. Hebat dan mendapat pengiktirafan pemerintah.

Insiden yang terbaru lebih trajis apabila lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah pun tidak kurang juga hebat tangkal dan azimat mereka, tetapi kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa tangkal dan azimat. Akhirnya mereka juga tergolek mati kerana ditembusi peluru tembaga M16 wira-wira negara. 

Sesungguhnya tangkal dan azimat tidak menjanjikan sebarang kekebalan dan tegaknya syiar Islam di dunia ini bukan dengan kuasa tangkal dan azimat tetapi melalui peradaban yang tinggi yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Akibatnya mereka terpesong dan berdosa menceroboh membabi-buta negara Islam lain yang berdaulat di samping dosa mereka mensyirikkan Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” Surah An-Nisa’: 48

TERKINI!!! ANAK KIRAM III BUKA AKAUN TWITTER BARU DAKWA SABAH BUKAN MILIK MALAYSIA


Anak Perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram semalam (13 Mac 2013) telah dengan bangganya membuat twitt di laman rasmi twitter.




Cukup Popular nampaknya. Hanya dalam masa sejam, lebih 1,500 pengikut yang majoritinya adalah rakyat Malaysia

Salah satu twitt dari pengikutnya, Fatin Nadia (rakyat Malaysia) telah meminta Jacel supaya mengajak abang-abangnya balik ke Filipina tetapi telah dibalas sinis oleh Jacel Kiram :






Jacel juga mendakwa dalam jawapan balasnya kepada pengikutnya Geminianeyes bahawa Sabah bukannya milik Malaysia berdasarkan senario kerajaan kita masih membayar wang pajakan kepada waris Raja Sulu.





LANUN SULU UMPAN PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA UNTUK DISERANG HENDAP DENGAN MAYAT RAKAN SENDIRI!!!




Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

"Sebaliknya, mereka akan mengambil masa secukupnya supaya kita yakin keadaan selamat. Jika kita terleka, pada waktu itulah mereka akan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri apabila kita menyerang balas," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, biar apapun taktik digunakan saki baki pengganas Sulu, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

"Disebabkan itu jugalah pasukan keselamatan kita sentiasa berhati-hati dalam usaha mengeluarkan mayat pengganas. Ini kerana apa yang lebih penting ialah nyawa anggota kita," katanya.

Dalam satu kejadian di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserang hendap ketika ditugaskan untuk mengeluarkan sembilan mayat pengganas yang ditemui dalam satu lubang besar, namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Semua mayat pengganas itu dipercayai ditanam rakan mereka selepas mati ditembak pasukan keselamatan negara ketika bertempur pada 1 Mac dan dipercayai jumlah musuh yang terbunuh dalam pertempuran itu keseluruhannya 15 orang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media semalam berkata jumlah kematian pengganas setakat ini 58 orang namun jumlah mayat yang sudah dibawa keluar adalah 25.

Kelmarin, beliau memberitahu ada lagi kubur pengganas di Kampung Tanduo, namun bukan semua mayat akan dikeluarkan kerana ada yang sudah reput dan pihaknya turut mengeluarkan satu mayat pengganas di Kampung Tanjung Batu.

Sebelum ini, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan berkata bedah siasat perlu dilakukan ke atas mayat pengganas Suluk, untuk membolehkan pihak berkuasa mengenali identiti mereka terutama dalam menjejak pemimpin utama, Abgimuddin Kiram.

Kelmarin, Hussein memberitahu satu daripada 16 mayat yang dibedah siasat setakat ini ialah orang kanan Abgimuddin iaitu Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu oleh sepasukan pakar patologi diketuai Datuk Dr Zahari Noor dari Jabatan Forensik Pulau Pinang.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengganastunggudekatkubur/mobile/mArticle