Jika bukan ilmu
hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang
menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa
angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota
tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit
banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan beterbangan ?
Gila sungguh
kerabat pengganas ini. Coba kalian bayangkan...anggota kita meronda
dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok.
Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah
lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu.
Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana,
fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun
tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus
membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al
Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas
Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan
mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api.
Kerna itu jika mahu ditulis banyak lagi kisah pelik yang dialami oleh
anggota kita yang bertugas di sana. Mahu lagi..tunggu jika ada waktu wak tulis
satu-satu.
Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir
Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau
sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan
wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.
“Memang maklumat dari sumber yang boleh
dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk
mempertahankan diri dan menjadi kebal.
“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang
memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin
untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan
mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan
izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir
sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.
Menurutnya, militan Sulu sedar mereka
kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk
mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu
hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.
Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan
sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan
sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
“Kita nak berperang kena ingat Allah,
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu
misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan
benar dan tidak lalai,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...