Bilangan
penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka
sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan. "Ini terbukti
apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata
Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP
Ramli Mohammed Yusoff.
Beliau
berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai
apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal
dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu
mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka
kononnya adalah jihad.
Tangkal
bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta
dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal,
ternyata tidak berkesan apabila 54 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi
berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.
Tangkal
terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan
keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat
dengan tali dan dililit di pinggang.
The Lion Of
Sulu, akhirnya tumpas dengan peluru, ternyata tangkal yang mereka agungkan
tidak mampu menangkis peluru tidak bermata.
Malah tangkal
itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang
ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan
tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
"Hakikatnya
hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam
mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita,"
katanya. - BERNAMA
Sibuk benor nak rampas sabah, smpi aurat pun xtau nak jaga? Islam?
HADOIIII! SESAT SAMPAI LETAK TANGKAL CELAH KANGKANG??? TENTERA2 MALAYSIA NIE CER CUBA TGK DLM SUAR2 TENTERA SYAITAN NIE..NTAH APA LAG YANG ADA DALM SUAR DIORG NIM!....inilah apabila agama diletakkan di bawah nafsu, inilah yang terjadi, sanggup menyekutukan Allah demi mahu menguasai negeri sabah!....
pengikut ajaran sesat lagi menyesatkan! taubatlah wahai kaum Muslimin.....masih sempat lagi!~...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...