Selasa, 30 Julai 2013

Apa Maksud Lagu " Tanya Sama Itu Hud-Hud"

Berapa singkat kehidupan kita dan berapa sedia kita menghadapi mati. Dimana kubur kita nanti. Dengan arus kemodenan, pembangunan rumah flat yang begitu pesat sehingga kita buntu mencari dimana kubur nanti.




Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi – Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, “Oohhh nanti dulu!”?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
“Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!“

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul.

POLIS BERJAYA KESAN PIHAK YANG SELUDUP SENJATA MASUK KE MALAYSIA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA-APA!!!




Episod pembunuhan berbayar dan dilakukan di tempat terbuka dengan mensasarkan individu-individu tertentu, sudah semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah semalam di mana, pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi, 75 telah ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Beberapa jam sebelum itu, Pengerusi MyWatch yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dan menjadi jurucakap untuk menghentam polis, R. Sri Sanjeevan ditembak oleh dua orang penunggang motosikal dalam keadaan cermin keretanya diturunkan dan tembakan hanya mengenai rusuk, bukannya kepala.

Walau apa pun jalan cerita yang membabitkan Hussain Ahmad Najadi dan R. Sri Sanjeevan, sesuatu yang pasti ialah, pembunuhan tersebut mempunyai motif spesifik. Selain daripada kedua-dua mangsa, terdapat sejumlah besar kes jenayah yang sama termasuklah pembunuhan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kesemua pembunuhan tersebut masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis biarpun polis sedang bertungkus lumus untuk menahan dan memberkas orang yang bertanggungjawab.



Isnin, 29 Julai 2013

Filem The New Village: Komunis Masih Cuba Pesongkan Sejarah Malaysia

Barangkali berasakan rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda sudah tidak begitu peduli dengan sejarah negara, maka agen-agen komunis cuba melakukan pemesongan fakta sejarah secara terang-terangan. Mereka telah cuba mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara ini sekalipun hakikatnya, komunis tidak pernah berusaha pun untuk mengeluarkan negara ini daripada belenggu penjajahan, bahkan mahu mengambilalih status penjajah daripada British dan Jepun.
Sebelum tahun 1955, kaum pendatang seperti Cina dan India bukanlah rakyat negara ini. Mereka masih kekal sebagai rakyat negara asal. Kalau ada yang statusnya berubah pun, mereka hanyalah RAKYAT RATU yang bermaksud, menjadi hamba sahaja British untuk sektor perladangan dan perlombongan.
Cina dan India hanya menjadi rakyat Tanah Melayu menjelang kemerdekaan Malaysia menerusi sistem jus soli yang dipaksakan oleh British ke atas Raja-Raja Melayu. Dan ujian kepada jus soli itu terhasil menerusi Pilihanraya Umum Pertama pada tahun 1955.
***Kalo melayu-melayu yang diatas sekali tu pon buat deq n still ikot kemahuan orang-orang Cina di Negara Nim..so, Nak pikirin apa lagi yakkkk?.....



SUPER HOT!!! NORA DANISH KANTOI DENGAN ANAK MENTERI DI DANNOK THAILAND??




Terkini mengenai pelakon Nora Danish, beliau elalui akaun instagramnya telah berkongsi gambar-gambarnya bersama anak Menteri Perlancongan, Nadeem, dan juga rakan-rakan produksi yang lain ketika melawat keluarga salah seorang kru produksi yang meninggal dunia di utara tanahair.

TIdak cukup dengan itu, beberapa keping gambar lain turut dimuat naik ketika berdua-duaan dalam lif, dan juga ketika makan di sebuah restoran di Danok, Thailand.





Gua rasa kalau setakat pergi makan-makan dan menziarah kengkawan, itu tak jadi hal beb.. Cuma biasalah mulut orang kann.., naik lif hotel tu nak buat apa pulak??

Itu boleh menimbulkan gossip yang terlampau tu beb.. Nasihat gua.., kalau hati dah berkenan.., kawin je lahh.. Itu akan mencegah dari menimbulkan persepsi buruk dari orang ramai.. Tak gitu?

Rabu, 24 Julai 2013

Di Iran, tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati!! SESAT LG MENYESATKAN SYIAH!!!


Anggota Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih perawan sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih perawan. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah satu anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tenterayang tidak mau disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.

Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih perawan, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Dikutip dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas mantan tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecerderaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

***sumber


Isnin, 22 Julai 2013

ABBY ABADIE NIKAH DI THAILAND!!!~

gambar-pernikahan-abby-abadi-dan-farhan-yang-menarik


Selain perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didedahkan minggu lalu, pernikahan Abby Abadi dan seorang pemuda berusia 24 tahun juga menjadi bahan bualan ramai peminat hujung minggu lalu.

Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.

gambar-pernikahan-abby-abadi-dan-farhan-yang-menarik.jpg

“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro.
“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik”

“Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa,” tambah Abby Abaid lagi.
Suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pula kongsikan yang majlis persandingan mereka akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala di Tumpat, Kelamtan pada 6 September depan.

GAMBAR ASHRAF MUSLIM KAHWIN KALI KEDUA



“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.

Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.

Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.

Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.

Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. (Sinarharian)

Peserta Miss World Malaysia 2013 berketurunan melayu duduki ranking 1, 2 dan 9 memang cunn!!!

Jika tiada halangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, rakyat Malaysia pastinya akan melihat salah seorang daripada gadis berketurunan melayu ini memperaga bikini di Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013.

Setelah melihat gambar-grambar mereka barulah kita tahu bahawa mereka adalah melayu kacukan. Tetapi bukanlah kacukan mamak. Tiga orang daripada mereka memiliki wajah eurasian.

Tidak hairanlah ketiga-tiga gadis berwajah eurasian itu menduduki tangga 1, 2 dan 9 dalam ranking 'Hot pick'. Kathrina Rizuan berada diranking pertama, Wafa Johanna De Korte ranking kedua dan Sara Amelia Bernard berada diranking ke sembilan.

Memandangkan peserta Islam yang menjadi hot pick pertama dan kedua, maka kemungkinan untuk mereka menjuarai Miss Malaysia World 2013 adalah cerah. Seterusnya mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss World kelak. Di sana tiada pengecualian, setiap syarat perlu dipenuhi termasuk berbikini.

Mujurlah Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim tersebut daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.


Wafa Johanna De Korte


Bulan Ramadhan pon sibuk berpakaian menjolok mata! so apakan daya beb....Islam hanya pd kad Pengenalan....



Jumaat, 19 Julai 2013

[18SG] VIDEO SADIS ANAK DARA MELAYU DIROMPAK DAN DIPUKUL OLEH PENYAMUN INDIA.



Di dalam video di bawah ini, seorang wanita melayu (cashier) pada mulanya ingin mengembalikan duit baki lelaki tamil (perompak). 

Tiba-tiba sahaja lelaki tamil tersebut bertindak ganas dengan merompak & memukul wanita melayu itu dengan batang besi kerana wanita tersebut bertindak menelefon pihak berkuasa. 

Nasib baiklah wanita melayu tersebut tidak diperkosa dan dibunuh! Selepas mendapat duit, lelaki tamil tersebut dengan selambanya keluar dari kedai tersebut bersama duit yang dirompaknya.



*sumber

100 Ribu Orang Membanjiri Ceramah PAS Di Kuala Besut!!! wahhhhh


PRK DUN Kuala Besut - Kpg Nail - 1


Malam tadi di Kampung Nail dalam DUN Kuala Besut PAS telah mengadakan ceramah meganya yang diserikan dengan kehadiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin PAS yang lain.

Hadirin di majlis ini boleh tahan kehadirannya, menurut info awal yang diterima mengagarkan jumlah hadirin mencecah 100 ribu orang sehingga jalanraya kecil di sebelahnya mengalami kesesakan teruk berkilometer jauhnya.


*wahhhh..hebat2..kehkehkeh...

Khamis, 18 Julai 2013

BOLEH TIDAK MEMAKAI TUDUNG TETAPI GUNA CARA INI!



Tindakan nekad dilakukan oleh seorang gadis Mesir hanya kerana dipaksa untuk memakai tudung yang memang sudah menjadi tuntutan agama tetapi gadis itu memilih untuk bunuh diri.

Seorang gadis Mesir berusia 15 tahun yang menolak tekanan keluarganya untuk memakai tudung, menembak dirinya sendiri sehingga mati menggunakan pistol yang dimiliki oleh ayahnya, Media Mesir dan serantau melaporkan.

Kejadian bunuh diri itu yang berlaku pada minggu lalu di daerah provinsi Giza, dilaporkan oleh laman berita popular Mesir Youm7.

Gadis, yang dikenali sebagai Amira dilaporkan menjadi sasaran tindakan "kekerasan" oleh keluarganya setelah dia melepas tudung yang biasa dikenakannya.

Memilih mati dari hidup di bawah tekanan, Amira dilaporkan menyelinap masuk ke bilik ayahnya dan mengambil pistol milik ayahnya lalu menembak dirinya sendiri, menurut hasil siasatan yang dilaporkan oleh laman Youm7.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب


penyelesaian terbaik!!! siapa minah-minah yg tidak mahu memakai tudung sila dapatkan bantuan dibawah 
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

AKHIRNYA ASHRAF MUSLIM NIKAH KALI KEDUA


Akhirnya, ASHRAF KAHWIN KALI KEDUA DENGAN WAN SAKINAH...........

KELUARGA VIVIAN CABUT LARI KERANA ADA ANAK YANG TAK LEH PAKAI!!!

KELUARGA VIVIAN CABUT LARI KERANA ADA ANAK YANG TAK LEH PAKAI!!!

JOHOR BAHRU – Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghIna Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini. Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.

Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni.

Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.

Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.

Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.

Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.

Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.


Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog. ~sinar harian

PASANGAN ZINA & HINA RAMADHAN DI DAKWA HARI NIE!!!


Menyorok betina nie! bukan suka sgt expose badan ker kat public? 

Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akandidakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.

Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Melalui pesanan ringkas yang dikirim oleh peguam, pasangan tersebut akan serah diri di Bukit Aman dan kita juga panggil mereka untuk ke IPD Dang Wangi namun sehingga petang ini mereka tidak muncul," kata sumber itu.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Kelmarin, Tan dan Lee memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kelmarin Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan yang boleh
menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

- Bernama

Rabu, 17 Julai 2013

KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! CHE LONG A.K.A AZLAN TARIK DIRI DARI PAS KERANA MERAJUK ??? VIDEO INSIDE !!!


Apa sudah jadi dengan calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Yusof@ Endut ni ??? Macam-macam perkara pelik yang berlaku keatasnya,Pas yang sepatutnya dahulukan Ulamak sebagai calon diambilnya kontraktor kelas 'A' sebagai calon,bila rasa kurang percaya akan kesetiaan calon kontraktor itu,disuruhnya berbai'ah dihadapan khayalak ramai.Tak cukup dengan itu,semalam mulutnya pula di plaster dan tidak dibenarkan untuk bercakap,bayangkanlah seorang kontraktor kelas 'A' dilabelkan sebagai kurang pandai dan lurus bendul.

Mahu dia tidak angin dan merajuk serta meng'kelaskan dirinya sebagai pengangkat bendera,aduh!!!! lagi gawat pengangkat bendera dijadikan calon oleh parti berwibawa Islam.Adun Pas Chukai dilihat terlalu memperlekehkan calon berkenaan,tekanan yang dihadapi dari dalaman Pas sendiri sudah cukup membuatkan calon ini kelihatan 'isim',tindak tanduk beliau yang perlu diawasi seperti budak-budak itu pasti mengjengkelkan,bawa diri sendiri pun tak pandai,macammana nak bawa orang lain ???  


Ramadhan Tahun 2011 The STAR Siarkan Iklan "Ramadhan Delight" Gambar Masakan Babi... Ingat Lagi..? Ini Semua Sengaja Dilakukan...?

Apakah juadah berbuka anda hari ini.....? Bubur lambuk, ayam golek, nasi Arab, ikan patin atau sekadar kuih muih.

Di mana anda berbuka...? Di rumah, di pejabat, di restoran atau di hotel....?

Biar apa pun menu berbuka anda pada petang ini dan di mana sahaja lokasi berbuka, sudah tentu perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal makanan yang halal, selamat dimakan serta tidak memudaratkan kesihatan. Perkara ini sememangnya dalam pengetahuan umat Islam.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram)"- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim"
Makanan dan minuman yang haram tentulah seperti babi dan minuman keras.

Orang Islam malahan bukan Islam terutama di negara seperti Malaysia tentu faham perkara ini. Dalam soal makan dan minum, umat Islam amat menjaga halal haram ini. Walaupun ada ‘seorang dua’ yang tergelincir minum minuman keras, tetapi bab makan, mereka cukup berhati-hati supaya tidak termakan babi.

Sikap berhati-hati ini akan lebih diberi perhatian ketika berada di luar negara. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan juga perlu menitik beratkan soal halal haram ini.





Selasa, 16 Julai 2013

ANAK PALESTINE JUARAI ARAB IDOL!!!

Beribu-ribu rakyat Palestin penuh sesak di luar terminal Rafah di sempadan Gaza dengan Mesir dan berbaris di jalan-jalan selama berjam-jam pada hari Selasa kerana menyambut pemenang Arab Idol, Mohammed Assaf, yang memenangi gelaran itu pada hujung minggu selepas persaingan sengit di Beirut dengan dua finalis lain, Ahmed Jamal dari Mesir dan Farah Yousef dari Syria.

Sebaik sahaja kemenangan beliau diumumkan, seluruh Palestine iaitu Gaza, Tebing Barat dan jerusalem Timur seolah berpesta.

Kemenagan beliau menmbawa kesan negatif kepada Hamas yang mengamalkan pemerintahan Islam yang 'strict'. Namun tiada apa-apa berlaku kepada Mohammed Assaf apabila pulang ke Gaza setelah memenangi gelaran Arab Idol.



HINA ISLAM, DIPENJARA SEUMUR HIDUP!!



Kalau di Malaysia ni, hantar mesej yang jelas menghina Islam melalui laman media sosial, hanya dipanggil dan diambil keterangan sahaja.

Kalau kena tindakan undang - undang pun hanya setakat perlu bayar sebanyak RM 50,000.00 atau penjara selama setahun atau kedua - duanya sekali.

Paling tidak pun, kena culik dan dipukul. Kemudian ditinggalkan dalam keadaan berbogel ditepi lebuh raya dan dikutip pulak oleh mereka yang simpati.


nama pon Cina Bangang beb! langsung tak tahunak hormat agama org lain....

PRK KUALA BESUT: KESIAN! PAS DIMALUKAN OLEH AZMIN!!!



Dalam pada cuba berlakon kononnya PKR menyokong PAS, Azmin Ali memperlekehkan calon yang ditampilkan oleh PAS dalam senyum dan dalam cakap manisnya.

Menurut Azmin, walaupun PKR tidak bertanding di Kuala Besut sebaliknya ‘menyerahkan’ kerusi itu kepada PAS untuk ditandingi, tetapi sebagai rakan dalam Pakatan, Azmin menyatakan bahawa PKR ada hak untuk menegur PAS.

Katanya lagi, PAS sepatutnya memilih calon yang lebih berkelayakan sama ada dari segi gerak kerja mahupun latar belakang akademik. 

Dengan kata lain, Azmin Ali mahu menyatakan bahawa PAS adalah segerombolan manusia yang benak, bodoh dan bahlol sehinggakan orang seperti Azlan Jusuh pun boleh terpilih.


poyorlah azmin...sok tahu dong....

Jumaat, 12 Julai 2013

RAMDHAN BERSAMA SYRIA, JOM SAMA-SAMA BANTU MERAKA!~




Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Membantu?


1. Share Sebanyak Mungkin Poster Ini Supaya Mereka Yang Berkemampuan Menyumbang Kepada Kami Sekaligus Menjayakan Misi Ini.



2. Jadikan Poster Ini Sebagai 'Cover Photo' Anda Sekaligus Akan Membuka Mata Lebih Ramai Dermawan Untuk Sama-Sama Menyumbang.

3. Cetak Poster Ini Dan Edarkan Di Masjid, Pasar Malam Dan Kawasan Tumpuan Orang Ramai.

“Sedekah Itu Memadamkan Dosa Sebagaimana Air Memadamkan Api.”

AGUNGNYA SEORANG MANUSIA BERNAMA MUHAMMAD S.A.W

Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan Lilalalmin.

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.” Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

Wallahua'lam...