Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan Tahun 2011 The STAR Siarkan Iklan "Ramadhan Delight" Gambar Masakan Babi... Ingat Lagi..? Ini Semua Sengaja Dilakukan...?

Apakah juadah berbuka anda hari ini.....? Bubur lambuk, ayam golek, nasi Arab, ikan patin atau sekadar kuih muih.

Di mana anda berbuka...? Di rumah, di pejabat, di restoran atau di hotel....?

Biar apa pun menu berbuka anda pada petang ini dan di mana sahaja lokasi berbuka, sudah tentu perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal makanan yang halal, selamat dimakan serta tidak memudaratkan kesihatan. Perkara ini sememangnya dalam pengetahuan umat Islam.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram)"- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim"
Makanan dan minuman yang haram tentulah seperti babi dan minuman keras.

Orang Islam malahan bukan Islam terutama di negara seperti Malaysia tentu faham perkara ini. Dalam soal makan dan minum, umat Islam amat menjaga halal haram ini. Walaupun ada ‘seorang dua’ yang tergelincir minum minuman keras, tetapi bab makan, mereka cukup berhati-hati supaya tidak termakan babi.

Sikap berhati-hati ini akan lebih diberi perhatian ketika berada di luar negara. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan juga perlu menitik beratkan soal halal haram ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...