Selain perkahwinan Ashraf Muslim
dan Wan Sakinah yang didedahkan minggu lalu, pernikahan Abby Abadi dan seorang
pemuda berusia 24 tahun juga menjadi bahan bualan ramai peminat hujung minggu
lalu.
Dengan situasi pernikahan beliau
yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi
dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.
“Ya saya bernikah di Thailand.
Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran,
tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi berterus terang kepada
Harian Metro.
“Benda itu (bernikah di luar) tak
jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan
Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik”
“Jadi untuk dengan manusia pula
sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang
penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa,” tambah Abby Abaid
lagi.
Suami Abby Abadi, Muhammad Noor
Farhan Che Bakar pula kongsikan yang majlis persandingan mereka akan
berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala di Tumpat, Kelamtan pada
6 September depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...