Selasa, 11 Jun 2013

NAK SANGAT BUAT PERHIMPUNAN HARAM "BLACK 505" BACA INI DULU!!!



BLACK 505??? AKAN TEROS BLACKOUT!!

Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);

(b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c)  menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya  sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1.  Perletakan jawatan serta merta anggota SPR


Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:


(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau


(b)  melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut  cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).


Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.


Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti  itu.


Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.




3.  Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.


Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.


Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan. 


Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.



Masih lg nak teruskan perhimpunan haram nie ker???

manusia yang tak tahu peraturan akan teruskan perbuatan bodoh mereka nak buat mcm mana kan?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...