Rabu, 13 Februari 2013

Najib Umum 25,500 Unit Rumah Prima Dengan Diskaun Lebih 20 Peratus Dibina Di Johor




Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 25,500 unit rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Iskandar Malaysia di sini.
Perdana Menteri berkata, pembinaan rumah mampu milik itu di kawasan seluas 157.8 hektar dan siap dalam tempoh tiga tahun itu membabitkan usahasama PR1MA Berhad engan lima pemaju perumahan.
Beliau juga mengumumkan bahawa pemohon yang layak membeli rumah PR1MA di negeri itu akan mendapat potongan harga daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.
Beliau berkata, harga pasaran untuk setiap rumah tersebut adalah sebanyak RM250,000, namun menerusi kerjasama kerajaan dan swasta dalam bentuk sumbangan kemudahan dana oleh kerajaan, projek itu dapat dilaksanakan lebih cepat denganharga yang lebih rendah daripada pasaran.
“Ini merupakan diskaun yang agak besar iaitu dengan pengurangan sebanyak RM51,000 atau potongan lebih 20 peratus melalui sumbangan dana kemudahan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah mampu milik Nusantara PR1MA di Dewan Raya, Bandar Putra, di sini, Selasa.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman, Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Najib berkata, sebanyak 15,500 unit rumah akan dibina dengan oleh syarikat pemaju swasta iaitu Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd di Danga Bay, Plentong dan Masai; Casa Grey City Sdn Bhd di Tebrau, Larkin dan Plentong serta Aturan Prisma Sdn Bhd Sdn Bhd di Larkin.
Manakala Cahaya Bumimas Sdn Bhd pula akan terlibat dengan pembinaan PR1MA diBandar Layangkasa, Pasir Gudang dan Tentu Canggih Holdings Sdn serta PIJProperty Sdn Bhd pula di kawasan Plentong.
Projek tersebut akan dijalankan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd sebagai pemilik tanah.
Selain itu, PR1MA juga akan membangunkan sebanyak 10,000 unit kediaman mampumilik di atas tanah kerajaan di Tampoi yang melibatkan kawasan seluas 80 hektar.
Sementara itu, Najib berkata, kaedah cabutan undi membabitkan 201 unit di Nusantara PR1MA itu dapat memastikan ketelusan sekali gus mengelakkan pilih kasih dalam pemberian rumah PR1MA.
“Kita tidak mahu pemberian rumah dilakukan berdasarkan siapa yang kita kenali yang mana kita buat satu secara paling telus (pengundian).
“Peti undi pun telus (lut sinar) sekali supaya kita boleh tengok dan kitajuga lantik juru audit supaya dapat memantau proses pengundian supaya tidakberlaku pilih kasih,” katanya.
Projek Nusantara PR1MA itu adalah usahasama Denia Development Sdn Bhd dengan UEM Land Bhd., sebagai pemilik tanah manakala PR1MA bertindak memberi sokongan dana pemudah cara melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
Dalam pada itu, Jamaluddin berkata kemudahan seperti kedai, klinik, tempatpermainan dan rumah ibadat akan turut dibina di setiap kawasan projek tersebut.
Beliau berkata kesemua rumah PR1MA akan diselenggara oleh pihaknya berbanding projek perumahan lain yang menyelenggara kediaman mereka sendiri.–
-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...