Rabu, 13 Februari 2013

(HIBURAN) Anak-Anak Whitney Houston Bersikap Liar

"likes daughters like mothers" 

BANYAK pihak berpendapat mendiang Whitney Houston telah mewariskan sesuatu yang kurang baik kepada anak perempuan tunggalnya, Bobbi Kristina apabila gadis tersebut dilihat mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mana mendiang ibunya dahulu.
The Sun melaporkan, Bobbi dan abang angkatnya, Nick Gordon dilihat menghisap rokok di khalayak selain dipercayai rokok itu mengandungi bahan terlarang.
Pasangan itu juga tidak segan silu menunjukkan kemesraan mereka sambil bercium dan berpelukan seperti pasangan kekasih.
Hubungan antara Bobbi dan Nick sememangnya menjadi bualan kerana lelaki itu telah dibesarkan oleh Whitney sejak kecil sebagai anak angkat.
Macam2 Kes Daaa...
Walaupun hubungan itu ditentang keluarga mereka kerana dianggap seperti abang dan adik tetapi mereka baru-baru ini mengumumkan telah mengikat tali pertunangan.
Bagaimanapun, pasangan itu mengakui telah memutuskan pertunangan itu dengan sebab-sebab tertentu.
Whitney setahun lalu telah ditemui mati di bilik hotelnya di Beverly Hills, Los Angeles dan telah mengejutkan dunia hiburan di seluruh dunia.
Kematian diva terkenal itu dikatakan berpunca daripada sikap penyanyi itu yang ketagihan minuman keras, ubat-ubatan terlarang dan dadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...