Khamis, 27 September 2012

ESOK BAJET 2013!!! KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS RAKYAT DAPAT BR1M2?


BAJET MURAH HATI


Bonus dan BRIM2 adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh kakitangan Kerajaan dan Rakyat dalam pengumuman bajet 2013 yang akang dibentang oleh Perdana Menteri pada 28 september ini. Berdasarkan cakap-cakap dan rumus-rumus kedua-dua perkara ini hampir pasti akan menjadi perkara penting yang bakal diumumkan.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memang berharap kerajaan dapat memberi bonus 2 bulan gaji. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata  Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Menurutnya  dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus 2 bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialah bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Yang pastinya ole-ole untuk kakitangan kerajaan pasti ada samada ia merupakan bonus atau imbuhan-imbuhan yang lain.

Bagi rakyat sudah tentunya BRIM2 menjadi ole-ole yang dinantikan dalam bajet 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini pernah berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan atau tidak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.

"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal."

Najib juga berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013.

"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.

Memandangkan bajet ini adalah bajet terakhir sebelum PRU 13. Sudah tentunya Perdana Menteri akan cuba mencari seberapa banyak sokongan daripada rakyat melalui bajet yang akan dibentangkan. Semestinya banyak ole-ole yang akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat.  Sama-sama lah kita tunggu apakah yang akan diberi oleh Perdana Menteri kepada Kakitangan Kerajaan dan rakyat dalam bajet 2013.

Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

#LOKASI PENAHANAN SUSPEK UTAMA KES BUNUH, ROMPAK RM1.2 JUTA#


TAIPING 26 Sept. - Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta, akhirnya berjaya diberkas malam tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui keletihan dipercayai kelaparan dalam hutan tanpa sebarang bekalan makanan selepas bersembunyi sejak beberapa hari lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand 550 baht (RM54) bersama suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu.

Rabu, 26 September 2012

#ANWAR SINDIR UMAT ISLAM EMOSI BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMAD SAW!!!#


Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslimsyang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.

“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.

Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“. Baca Berita Selanjutnya Di Sini....


#SUARAM KANTOI!!!#





apa dah jadi sekarang ??? pertubuhan ini kononnya nak pertahankan hak asasi,sekarang dah kantoi.Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.OSI di miliki oleh George Soros,penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia,Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya,Suara Inisiatif Sdn Bhd.NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. baca selanjutnya disini




Khamis, 20 September 2012

#INI JADINYA BILA DRUMMER YANG MELEBIH-LEBIH DARI PENYANYI#

sepatutnya penyanyi yang mendapat lebih perhatian jika ada nyanyian di atas pentas, apatah lagi jika penyanyi itu cantik dan seksi.

Ini lain pula jadinya, si drummer pulak yang terlebih entertaining! Kemerduan suara penyanyi ini terganggu dengan aksi-aksi pakcik berambut putih (dan berbaju putih) ini.

Apa pun, tepukan untuk pakcik ini jugak sebab berjaya menghiburkan kami dengan aksi-aksinya yang pada kami memang cukup lawak. Walaupun disebabkan aksi-aksinya itu pukulan drum pun ntah terabur ke mana ntah jadinya.

Tonton video di bawah untuk bergelak ketawa sama. 



#BILA HANDPHONE LEBIH PENTING DARIPADA ANAK#

Bila handphone lebih didahulukan berbanding anak! Anak dah jatuh pun handphone masih 
dalam genggaman..hurrmmm - asiantown.net
Peaches out with Astala 01

Peaches out with Astala 02

Peaches out with Astala 03

Peaches out with Astala 04

Peaches out with Astala 05




#GEMPAR !!! AWAS PENCURI LAP TOP , DI SEBELAH ANDA SAHAJA DIA BEROPERASI..BERHATI HATI TAU....#


Lihat Selamba Je Pencuri lap top ni..dia dok  sebelah . kawan tu je..ambil dan terus belah...nak tangkap pun bukan payah. tapi dia ambil depan mata sahaja...huhu

# 14 KENA PECAT GARA2 GANGNAM STYLE#


Dengan gaya renang berirama, koreografi yang unik dan usaha yang gigih, sekumpulan 14 orang pekerja penyelamat dari city pool di El Monte, California telah menghasilkan video berkenaan lagu hangat Gangnam Style daripada rapper K-Pop, PSY. Malangnya, bos mereka tidak menghargai usaha itu dan 14 pekerja ini akhirnya dipecat akibat menghasilkan video dua minit yang diberi nama 'Lifeguard Style' itu. Lihat video di bawah:

#ANAK PATUNG BARBIE TIBA-TIBA HIDUP DAN JADI KEGILAAN DI INTERNET?#


Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.



 

 

Yang Ini Kot Muka Sebenar Dia....

Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...

Plastic Surgery bleylah....cuba tgk muka dia yg asal? buruk kot..



KAMI DOAKAN KEJAYAAN SHILA HAMZAH DI SHANGHAI!!!


WAH..Wah… Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau!
Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September HARI INI ini.

Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau!

 Cerita Shila:
“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.

“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.

“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.

“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!

“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.

“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”
MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! (Mangga Online)

SM rasa secara tidak langsung Shila juga menunjukkan yang orang pakai tudung juga mempunyai bakat yang sangat baik.....tengoklah macam mana lontaran vokal Shila Hamzah masa nyanyi lagu berbahasa CINA.sedap n merdu...

Doakan kejayaan shila pada hari ini...  






Rabu, 19 September 2012

#PAS MAAFKAN NGEH KOO HAM??#



aruskah kita terus diam dan membisu? Atau adakah kerana kita dibenarkan untuk bersahabat dengan syaitan sebagaimana yang diizinkan oleh pimpinan PAS PIS PUS maka kita harus menyokong perilaku syaitan?

Benarlah kata Tun Mahathir bila mengatakan mungkin kata azimat Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' tidak lagi akan boleh digunapakai kelak..

Melayu cuma hebat menghentam Melayu tetapi diam angguk sahaja bila orang lain mencerca Melayu bahkan lebih daripada itu Melayu seolah hilang daya apabila agama cuba dirobekkan..
Melayu nak tunggu apa lagi? Tunggu kiamat sajalah nampaknya..

Selasa, 18 September 2012

#BAKAR BENDERA BARISAN NASIONAL! BAKAR!!!!#


Hek eleh!!! Nak bising - bising pasal apa? Setakat bakar bendera, bukan salah pun. Kalau ikut Hukum Islam, tak berdosa lansung bakar harta orang ni.

Kalau baling batu dan simbah cat pada bas tu lain cerita. Yang tu menjejaskan keselamatan sehingga pengawal peribadi perlu keluarkan pistol dan acu kepada orang ramai.

Yang tu bukan sahaja perlu diambil tindakan segera oleh pihak Polis. Kalau boleh, orang yang buat tu perlu terus dipenjara. Tak payah tunggu - tunggu dah.

Itu la sikap prejudis puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila kena pada batang hidung diorang, semuanya salah. Semuanya tak kena.

Biar pun pihak Polis dah menyiasat kes tu, masih jugak diorang tak puas hati sebab tak de tangkapan dan tak de orang yang disumbat ke dalam penjara.

Tapi kalau diorang pulak? Nak dibiarkan begitu saja? Itu yang dinamakan Keadilan? Itu Keadilan Kepala Tengkorak Dia!!! Kalau setakat cakap boleh la. 

KOTA BHARU - Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, semalam, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.
Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.
Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.
“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
“Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

#KADIR SHIEKH FADZIR SUDAH JADIK NABI?#


Selepas Nik Abduh berkata Allah arahkan puak PAS berjuang ke Putrajaya,Kemudian disahut pula dengan mimpi Nabi Muhammad oleh Khatib di Kedah kononnya Islam akan menang dizaman Anwar Ibrahim nah yang terkini..Allah pula bercakap dan beri arahan kepada pemimpin pakatan agar menakluki Putrajaya.

Bagaikan kultus ajaran sesat kali ini barisan pimpinan pakatan sudah menggunakan tuhan dan rasul untuk menghasut dan pengaruhi penyokong pakatan. Korang pun tahu..puak pakatan nih bukan boleh fikir sangat sebab berotakkan kacang.. kalau pemimpin kata kambing boleh terbang..puak ni akan percaya sepenuh hati..begitulah jadinya jika pemimpin pakatan kata takluk Putrajaya kerana arahan tuhan dan rasul..rasanya selepas ini mereka akan melakukan apa saja kerana arahan ini bukan datang dari pemimpin sebaliknya datang dari tuhan dan rasul.


 Aiiii SHEIKH FADZIR UDAH NAK JADIK NABI MELAYU KER???sudah2 lah tur….




Jumaat, 14 September 2012

#KHUTBAH JUMAAT SUDAH TUKAR JADI KHUTBAH POLITIK#


Puak Pas mempertikaikan rakaman khutbah dari Khatib sesat kat Masjid Padang Serai. Ini dia rakaman penuh khutbah dari khatib sesat terbabit. Pada yang masih terkapai-kapai tak tahu hujung dan pangkal mengenai cerita hangat ini.


Apa dah jadik..inikah golongan2 khalifah muktazilah akhir zaman???

Khamis, 13 September 2012

# STRATEGI ANWAR DALAM MENIPU MENJELANG PRU-13 #


Awal tahun 2011 PKR pernah mengadakan satu kongres bagi mencari jalan bagaimana untuk mereka boleh mendapatkan sokongan orang-orang melayu serta taktik-taktik yang perlu digunakan untuk menjatuhkan BN.

Antara perkara yang perlu mereka lakukan,

Laga-lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin
Laga-lagakan isteri PM dengan isteri TPM
Serang isteri PM

Selebihnya anda boleh lihat sebahagian minit yang dicatitkan dibawah sepanjang kongres itu berlangsung...

Sekarang ini apa yang mereka bincangkan dulu sedang giat mereka lakukan.Anda boleh lihat sejak kebelakangan ini mereka begitu galak melaporkan berita serta menjaja cerita kononnya Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin bermasalah atau mempunyai hubungan yang dingin.Serangan terhadap isteri PM,tak usah cakaplah.Itu sudah menjadi perkara wajib bagi mereka. Naik sahaja pentas ceramah nama Rosmah dah jadi perkataan yang wajib disebut.Agenda melaga-laga isteri PM dengan isteri TPM tak berapa nampak lagi sekarang. Tetapi benda itu akan berlaku menjelang PRU.Dalam hal ini orang-orang Umno kena bijak. Jangan sesekali termakan propaganda mereka.Matlamat mereka adalah memecah belah ahli Umno supaya timbul perasaan tidak puas hati antara satu sama lain dan seterusnya membuatkan orang-orang Umno tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU serta melakukan sabotaj. Apabila itu semua berlaku undi akan lari kepada mereka dan akhirnya mereka yang untung.
 


Ingat ! Antara yang menjadi penyumbang kepada kemenangan besar PKR,Pas dan DAP 2008 adalah orang-orang Umno sendiri.Cukuplah sekali dan ambil iktibar dari apa yang terjadi.Pastikan pisang tidak berbuah dua kali.PKR tidak pernah duduk diam. Segala propaganda mereka telah dirancang atau dijadualkan dengan rapi dalam usaha untuk menyerang atau melemahkan musuh.Sebab itulah mereka ada biro strategi yang diketuai oleh Rafizi. Mana ada parti lain dalam Malaysia yang pengarah strategi seperti PKR ?

Hanya PKR sahaja yang ada.Itu pasal mereka cukup cekap dalam melancarkan propaganda.Tiba-tiba sahaja keluar cerita cermin bas PKR disimbah cat merah,brek kereta Anwar dirosakkan,bilik hotel Anwar cuba diceroboh dan macam-macam lagi.Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh mereka,banyak lagi perkara-perkara lain yang mereka lakukan termasuklah apa yang perlu diperkatakan oleh penceramah-penceramah dalam majlis ceramah-ceramah mereka.

SUMBER

Rabu, 12 September 2012

OPPAH JAHANAM STYLE FROM MALAYSIA


oppah jahanam style...........

Oppa Gangnam Style. Apa yang merisaukan zaman sekarang, bila orang berhujah dia sendiri tak menahu betul atau tidak, kemudiannya mengatakan maklumat tersebut daripada ulamak dotdotdot (fill in the blank) sebagai satu cara mahu orang lain percaya dengan apa yang disampaikan (tulus dan benar belaka), tapi yang kami hairan tak pernah pulak ulamat tersebut mengeluarkan fakta dan kata-kata seperti itu.

Isu lagu Gangnam Style pun boleh meleret-leret kononnya "Saya Nak Jadi Yahudi" la dan yang paling baru, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Insiatif ingin menyebarkan sesuatu untuk kebaikan tu sangat baik tapi biarlah sesuatu yang disebarkan itu, kita sendiri tahu sejauh mana kebenarannya. Janganlah nak paranoid dengan semua benda tak masuk akal. Kalau dah tak suka tu abaikan saja dan tak perlu nak gunakan agama dan nama ulamak sebagai cara ingin menghetam minat orang lain. Kita takkan mampu paksa orang lain untuk minat apa yang kita minat, dan membenci apa yang kita benci.

Lihat sendiri pendebatan Laman Sesawang di bawah ni.


Walau apapun, jaga tingkah laku kita kalu dah minat giler ngan "Gangnam Style" ni. Dan baru-baru ini kami ada terima satu video klik budak perempuan mengayakan Gangnam Style bertemak Hari Raya. Terkilan kami melihat video yang dikirimkan oleh seorang pembaca Klik Aje. Kami ambil keputusan untuk tidak siarkan video tersebut kerana pengakhiran video tersebut agak memalukan. 

Memang betul dalam video klip mereka, ada banyak simbol gerak-geri yang lucah dan tak patut kita contohi. Mereka di Korea, ada cara mereka tersendiri dan kita patut tahu mana yang boleh kita ikut dan tidak. Dengar sebagai penyedap halwa telinga sudahlah. Tak perlu sampai nak terikut-ikut dan tak perlu juga terlalu paranoid dengan semua benda yang kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.

YG PENTING KT MALAYSIA JDK OPPAH JAHANAM STYLE HE3


#NIK AZIZ, HADI AWANG TEPUK DAHI TENGOK BANNER NIE#


Banner di atas terletak di Jerantut, Pahang. Usaha murni bersatu padu atas dasar umat Islam ini amatlah disanjung tinggi.

Ini jelas membuktikan Islam memang mampu menyatukan kita semua. Cuma sesetengah puak haram jadah saja dalam pakatan yg sanggup menjilat si kapir harbi Dap dan bermusuh dgn sdr semuslim dalam umno.

Penentang usaha kerajaan perpaduan pastinya tidak gemar banner seperti diatas dicetak lagi.

Anwar Ibrahim akan menyinga kerana dalam Pkr melayu 2-3 kerat semuanya tak boleh diharap!


#ARTIKEL JUJUR DR SEORG CINA#


Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
  
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  
Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  
Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ 

Ditulis oleh Timbalan Editor, Sinchew Daily 28 Ogos 2012.

Selasa, 11 September 2012

MIZZ NINA TAK TAHU HUKUM SHUBAHAH


Mungkin berasa tertekan dengan kecaman dari pelbagai pihak ekoran tawaran persembahan dari sebuah syarikat Arak, Mizz Nina tampil membuat penjelasan kepada umum..

Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
 

"Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," katanya kepada Portal hiburan murai.com.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. 

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya.

P/s*** boley tak saper2 tlg bgtau pd mizz nina nie hukum shubahah.....kot2 doa lupa ker..he3

MISLINA MUSTAFFA TIDAK MAHU JADI MACAM ABBY ABADIE


Mislina Mustaffa- Nama yang tidak asing di dalam arena seni….apa ang menghairankan naper artis nie da jadik macam pengemis jalanan…

Nak tengok gaya pemikiran mislina mustaffa ini sila lihat video dibawah…siap buat projek homeless ii.

Video ini rasanya dimuat naik bagi memperlihatkan kehebatan projek dan pemikiran Mislina Mustaffa, salah seorang peserta Occupy Dataran tidak lama dahulu. 

Mislina Mustaffa - Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya
Tidak menutup aurat, berpakaian tidak senonoh....adoi ini ke yang kakak nie cari dalam hidup dia?

Projek hidup tanpa rumah atau hidup gelandangan — mula cakap rasa aman takda rumah…lepas tu cakap kalau ada rumah hendak ada halaman besar supaya boleh bela anjing.

Apa yang nak di herankan, jika seseorang muslim itu hanya pada nama, ia akan memperlihatkan kebododohan dan kejahilanya sahaja….sayang, ilmu di dada digunakan hanya untuk mengetahui setakat mana dia boleh mengkaji bab2 dalam hidup tidak berkait dgn ilmu selepas mati…

Di dalam video nie, jelas pandangan Islam melalui pemikiran lojik akal nya saja.
Agak2 Tok guru Nik Aziz mahu tak jumpa Mislina Mustaffa nie? Mungkin boleh tarbiyahkan skit macam ustazah abby???.

Pegang&membela anjing macam tak der rasa apa2...pelik2....




Isnin, 10 September 2012

#ANWAR IBRAHIM GUNA TRELER TARIK UNDI RAKYAT#?



Sejak 2,3 menjak ini Anwar Ibrahim semakin galak mempamerkan ‘Kekayaan’ PKR..dulu siap guna bas lagi skang guna treler plak..yang herannya mana plak mamat nie dapat duit sediakan perkhidmatan nie?

Siap guna treler tur bai…apa dalam treler tur..dasat gak erk? Agak2 dana nie dari mana? Cuba teka?


Panjanggggggggg tur....agak2 bape dana yang anwar dapat? dari mana erk?


Rabu, 5 September 2012

JULIA PEREZ MENGHINA AGAMA ISLAM




Artis Indonesia Julia Perez atau lebih dikenali dengan panggilan Jupe tampil mengejutkan dalam rancangan televisyenDahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Sebelum ini selebriti sensasi Indonesia ini pernah menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia apabila pernah bercadang untuk memakai pakaian dalam yang dilengkapi oleh laser, semata-mata untuk mengalih perhatian pemain Malaysia sempena Final Kedua AFF Suzuki Cup tahun 2010.

Jupe yang berpakaian seperti berkemban itu mempamerkan tato baru yang bertulis huruf Jawi di belakang tubuhnya.

Bukan sekadar tatoo biasa, tetapi perkataan kalimah Arab ini adalah kaligrafi lafaz adzan yang selalu dikumandangkan oleh Muslimin lima kali sehari, iaitu kalimat
حَيَّ عَلَي الْفَلاَحِ "Hayya 'alal Falaah".

Selain haram menurut syariat, tatoo pada tubuh yang Jupe lakukan boleh dikenakan Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.

Julia Perez yang baru melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci pernah berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya hanya sekadar janji.

 Inilah bila manusia yang sentiasa mempermainkan hukum Allah…padahal baru jer balik dari umrah da pangai buruk balik….bukan bt umrah tp pergi melancong beb!

Tunggu sajalah hukuman dr Allah..manusia mcm ini hanya akan mendapat pengajaran dr Allah…baru akan berubah..

Selasa, 4 September 2012

LIM KIT SIANG TAKUT SAMAN SUHAIMI?



PENGARAH dan penerbit filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menanti tindakan susulan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya gara-gara filem itu.

Shuhaimi atau mesra disapa Shumi berkata, pada waktu ini pihaknya enggan memikirkan mengenai isu tersebut sehingga hasrat yang disuarakan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu untuk mengambil tindakan benar-benar dilaksanakan.

“Kami hanya tunggu dan lihat sahaja buat masa ini. Kini kita lebih relaks dan bersabar dalam menghadapi isu itu walau apa sekali pun cerita yang ditimbulkan.

“Kami tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara itu melainkan pihaknya (Lim) benar-benar meneruskan tindakan undang-undang seperti yang dikatakan,” katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini. 


Hai Kit Siang, da takot ker? takot kebenaran terbongkar? kata nak saman sgt sampai skang senyap jer?

Suhaimi dok tunggu rileksss jer hehehehe...

Skang kita semua nampak sapa yg betoi or tak...