Setelah
PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing
Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.
Pada
suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS,
mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS
mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana
ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman
lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk
terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.
Hadi
Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada
PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi
Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau
apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan
DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.
Dengan
semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan
talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun
dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.
DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.
Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN
tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.
Di
masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi
manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.
Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi
meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan
negara seiring dengan negara-negara maju.
Media
asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan
secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran
buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di
Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama
iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi
buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu
menghapuskan Institusi Raja-raja.
Pada
ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun
tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi
sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.
Tanpa
pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk
menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.
Hutang negara pun bertambah secara drastik.
Menyedari
ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal
berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun
dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka
selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara
sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik
tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku
mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika
berpotensi membuka pekung mereka.
Media
asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR
mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator
yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.
Rakyat
yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu
yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat
menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.
Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.
Akhirnya,
pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil
negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya
beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.
Jika
kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan
penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada
mana-mana dari kedua parti ini?
Di
bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.
Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam
berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.
Pendek
kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang
mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah
menghalang mereka merebutnya.
Hidup
kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.
Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari
keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang? Kenapa
kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’
Ditulis
oleh Timbalan Editor, Sinchew Daily 28 Ogos 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...